Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel isu semasa

Pengagungan berlebihan Muhammad membawa kepada ajaran Sihulk

Imej
 Saya tidak terkejut pun apabila wujud ajaran mengatakan Muhammad itu adalah Allah seperti ajaran Sihulk yang mengejutkan masyarakat Islam di Malaysia baru-baru ini. Menurut laporan akhbar, ajaran Sihulk yang diasaskan oleh Suhaini bin Mohammad difatwakan sebagai sesat kerana menganggap Nabi Muhammad dan Allah adalah entiti yang sama. Pengasas ajaran Sihulk dilaporkan melarikan diri ke New Zealand daripada ancaman ditangkap oleh penguasa agama Islam Malaysia yang akan menangkap sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran yang bertentangan dengan tafsiran Islam mereka. Pengagungan Muhammad menerusi konsep Nur Muhammad Pertama kali saya mendengar mengenai ajaran Sihulk beberapa bulan yang lalu mengingatkan saya kepada konsep Nur Muhammad yang pernah saya dengar ketika di saya bersekolah agama berpuluh tahun lalu. Konsep ini mengatakan bahawa Muhammad adalah makhluk Allah yang pertama sekali diciptakan daripada cahaya (nur) Allah sebelum segala sesuatu yang lain. Konsep ini berdasarkan beber...

Mata Satu, Freemason dan reformis Islam

Imej
Kira-kira lebih 10 tahun yang lalu, sahabat saya menghubungi saya untuk bertanya adakah saya yang mencadangkan namanya untuk menyertai gerakan Freemason di Malaysia. Saya agak terkejut kerana saya tidak tahu menahu apatah lagi mempunyai kaitan dengan Freemason. Dia beranggapan begitu kerana saya memang seorang yang suka bercerita kepadanya mengenai Freemason dan Iluminati. Sahabat saya ini dahulu memang baik dengan beberapa orang penting dengan ahli politik top ketika ini.  Saya tidak dapat mengesahkan sama ada cerita sahabat saya benar atau tidak cuma saya ingin menulis sedikit mengenai perkara ini, terutama ketika ada isu panas di media tempatan apabila pelawak dan penyampai radio Shuib dituduh sebagai agen Freemason. Semuanya apabila dia dan isterinya bergambar dengan menutup sebelah mata. Tindakan menutup sebelah mata dan menampakkan satu mata merupakan simbol Mata Satu.  Simbol Mata Satu dikaitkan dengan Freemason dan digunakan oleh Freemason sebagai simbol bahawa tuhan s...

Antara Allah dan Alien

Imej
Terkini beberapa media bukan perdana di Amerika Syarikat melaporkan seorang pembocor maklumat atau whistleblower bernama David Charles Grusch mendakwa kerajaan AS menyimpan kapal angkasa yang bukannya berasal daripada manusia. Dengan kata lain, kerajaan AS menyimpan kapal angkasa kepunyaan alien dan dikatakan telah melakukan reverse engineer untuk kegunaan ketenteraan. Grusch yang juga merupakan bekas pegawai perisikan ketenteraan berkata dia telah memaklumkan program rahsia kerajaan AS itu kepada Kongres. Boleh baca beritanya di sini , dan di bawah. Dalam UFO, alien dan masa depan agama , saya menggambarkan ulama Islam tidak bersedia untuk berhadapan dengan fenomena alien. Hujah paling kuat mereka adalah alien ini berkemungkinan jin. Berbanding Pope yang pada tahun 2014 berkata dia akan membaptiskan alien jika alien itu muncul di Vatican dan meminta untuk dibaptiskan. Di mana buktinya? Masyarakat masih skeptikal tentang kewujudan alien. Meskipun Grush mendakwa sudah memberikan bukti ...

Politik kalimah Allah

Imej
Kecoh apabila kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim menarik balik rayuan dalam kes mahkamah tentang penggunaan nama Allah oleh orang Kristian. Maka berduyunlah parti politik berasaskan Melayu dan Islam, persatuan-persatuan, lebai, dan warga maya yang membantah penarikan balik rayuan kerajaan ini dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama. Kononnya umat Melayu Islam akan menjadi keliru dan menukar agama kepada agama Kristian kerana Bible dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan Allah untuk tuhan. Alkisah isunya bermula pada era Mahathir Apa yang saya faham, isunya bermula pada zaman pemerintahan Mahathir Muhammad pada tahun 1986. Kabinet pada masa itu membenarkan penganut Kristian menggunakan beberapa perkataan seperti syukur, doa, iman, ibadah oleh penganut agama Kristian. Sementara empat perkataan Arab iaitu Allah, Baitullah, Kaabah dan solat, tidak dibenarkan. Tetapi hendaklah ditulis "Untuk agama Kristian" pada kulit muka depannya. Namun pada tahun sama, Kementerian Dal...

Mentega Terbang: Provokasi yang perlu

Imej
Kecoh umat Melayu Muslim Malaysia dengan filem indie Mentega Terbang. Mereka yang kecoh ini termasuk parti politik tunggang agama PAS, pertubuhan-pertubuhan ultra Islam, individu, dan warga maya di media sosial. Mereka mendakwa filem Mentega Terbang mempunyai agenda untuk memurtadkan Muslim, menggalakkan liberalisme dan pluralisme agama. Filem Mentega Terbang ini hanya ditayangkan di platfrom dalam talian, dan kebanyakan mereka yang kecoh ini tak tonton pun filem itu pun cuma nampak klip-klip video pendek. Filem indie arahan Khairi Anwar ini mula ditayangkan pada tahun 2021 untuk tontonan terhad. Ia juga ditayangkan dalam festival filem di Indonesia dan di Universiti Malaya sebelum ini. Kontroversinya bermula apabila mula ditayangkan kepada umum pada platform penstriman Viu sejak bulan Februari. Selepas itu ada viral klip-klip video pendek berkenaan watak Muslim yang memegang anjing, dialog tak kisah makan babi, minum air holy water dan tentang reinkarnasi atau kelahiran semula.  A...

Kononnya Allah Maha Segalanya

Imej
Catatan ringkas: Setakat entri ini ditulis, gempa bumi dahsyat 7.8 skala ritcher yang melanda Turkiye dan Syria pada 6 Februari telah mengorbankan lebih 48,000 nyawa. Bukan sahaja nyawa banyak yang melayang tetapi juga banyak bangunan yang runtuh dan rosak. Dilaporkan lebih 84,000 runtuh atau rosak teruk di Turkiye sahaja termasuk "rumah Allah" iaitu masjid. Gempa bumi ketiga dilaporkan berlaku pada 20 Februari, dan sekurang-kurangnya 8 orang lagi mati. Pada mulanya saya ingin menulis panjang tentang konsep Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Segalanya. Tapi akhirnya saya rasa bentuk puisi pun boleh menyampaikan perasaan saya. Puisi berikut ditulis berdasarkan gempa bumi ini. Gambar: Sebuah masjid yang hancur akibat gempa bumi di Turkiye. Nampaknya Allah tak kisah rumahnya pun hancur. Gambar diambil daripada portal berita Aljazeera. Kononnya Allah Maha Segalanya Kononnya Allah Maha Berkuasa Namun tatkala gempa menggoncang bumi Turkiye dan Syria Dengan amarah kuasa alam semest...

Perceraian Muhammad dan Hafsah, serta wanita yang menghadiahkan diri kepada Muhammad

Imej
Tulisan kali ini sebenarnya mendapat inspirasi daripada siaran di Facebook oleh Puan Asiah Abd Jalil yang berkata Nabi Muhammad pernah menceraikan tiga orang isterinya. Peguam Asiah mungkin mengulas untuk menunjukkan bahawa isteri yang meminta cerai daripada suaminya itu adalah satu perkara biasa dan Muhammad sendiri pernah menceraikan isterinya. Isu cerai ini menjadi hangat berikutan kes rumahtangga antara pengarah muda terkenal Syamsul Yusof dan isteri tuanya yang juga pelakon dan selebriti Puteri Sarah Liyana yang menuntut cerai kerana Syamsul berkahwin lain dengan pelakon Ira Kazar. Kalau Asiah tidak menulis mengenai perihal Muhammad yang menceraikan isterinya, bukan satu tetapi tiga, saya sejujurnya tidak tahu pun mengenai kisah ini. Sejak sekian lamanya, apa yang disajikan dan diajarkan kepada Muslim, terutama di Malaysia, bahawa Muhammad itu adalah suri teladan dan manusia yang amat sempurna perilakunya. Setelah melakukan carian di Internet, maka dapatlah saya maklumat bahar...

Kalaulah Nabi Muhammad hidup pada zaman selfie...

Imej
  Tidak habis-habis kontroversi dicetuskan oleh Islam dan pemikirannya yang ketinggalan zaman, terutama zaman moden dengan media sosialnya, dan seni visual dan budaya selfienya. Kali ini seorang pensyarah di Universiti Hamline, Minnesota, di Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatannya kerana memaparkan lukisan Nabi Muhammad di dalam satu kelas seni oleh pihak universiti. Pihak universiti membuat demikian selepas mendapat aduan daripada seorang pelajar Muslim yang menganggap tindakan pensyarah itu menghina Islam.  Pada 6 Oktober, pensyarah Erika López Prater yang mengajar sejarah seni dunia menunjukkan lukisan Nabi Muhammad yang dibuat pada abad ke-14 oleh wazir dan ahli sejarah Muslim terkenal pada masa itu Rashid-al-Din (1247-1318). Gambar itu menunjukkan Malaikat Jibril menyampaikan wahyu Quran pertama kepada Nabi Muhammad. Anda boleh melihat gambarnya di atas.  Malah sebelum menunjukkan lukisan tersebut, pensyarah seni itu telah memberi amaran bahawa, walaupun terdapat...

UFO, alien dan masa depan agama

Imej
Tengah hari tadi saya berkesempatan berjumpa rakan rapat yang saya sudah lama kenal hampir 30 tahun. Kami sama-sama belajar di Amerika Syarikat dan berkongsi banyak pandangan mengenai Islam, politik, dan misteri dunia termasuklah fenomena UFO, alien (makhluk asing), kejadian mistik, dan gerakan Freemason di Malaysia. Selalunya memang seronok bercakap dengan orang yang mempunyai "wavelength" yang sama dengan kita tanpa dipandang sebagai orang pelik yang percaya dengan teori-teori konspirasi. Walaupun ada terdapat perbezaan pandangan dan pernah berbalah dalam hal politik pada masa dahulu, saya seronok bercakap dengannya kerana banyak mendapat perkara baharu yang saya tidak ikuti perkembangannya. Perbualan kami tadi ada menyentuh tentang fenomena UFO dan alien. Menurut rakan saya ini, dengan teknologi telefon pintar sekarang amat mudah untuk merakam kejadian pelik seperti UFO. Dia berkata terdapat banyak video di TikTok mengenai fenomena UFO, terutama yang terbaharu kelihatan di...

Cabaran menghadapi gelombang hijau politik Islam

Imej
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November. Seumur hidup saya rasanya inilah pengumuman pelantikan PM yang paling lama selepas tamat Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November. Sudahlah drama pelantikan PM mengambil masa berhari-hari lamanya, pengumuman barisan menteri kabinet pun dibuat pada 2 Disember iaitu sembilan hari selepas Anwar menjadi PM.  Tapi yang menarik perhatian pada PRU15 ini adalah prestasi tinggi Perikatan Nasional (PN) yang bertunjangkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan memenangi kawasan majoriti Melayu terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang. UMNO/BN tidak langsung menang kerusi parlimen di Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang disapu bersih oleh PN. Dengan 49 kerusi PAS merupakan parti tunggal terbanyak yang menang, diikuti oleh DAP sebanyak 40. Jika kerajaan persekutuan dibentuk oleh PN, tentu sekali PAS akan mendapat jawatan kan...

Pengajaran Iran untuk orang Melayu

Imej
 Dalam masa dua bulan ini saya telah mendengar dua buku (melalui Audible) berkenaan Iran. Satu buku bertajuk  Iran's Great Awakening dan satu lagi bertajuk  From Miniskirt to Hijab. Kedua-dua buku ini memberi saya konteks untuk memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang berlaku di Iran sekarang yang sedang melalui revolusi menentang pemerintahan teokratik agama Islam.  Dalam Iran's Great Awakening , penulisnya Dr. Hormoz Shariat merupakan seorang bekas Muslim yang kini mengabdikan kehidupannya untuk Jesus Christ. Melalui stesen TV satelitnya, beliau memancarkan program agama Kristian ke masyarakat Iran yang semakin hari semakin menolak Islam. Apa yang menarik beliau meramalkan Iran akan menjadi sebuah negara Kristian. Negara Kristian yang dimaksudkan beliau bukanlah seperti apa yang kita fahami sebuah negara yang menjalankan hukum-hukum Kristian tapi lebih kepada negara sekular dengan nilai dan falsafah Kristian seperti mengutamakan pendidikan, menent...

Bandar pintar masa depan dan pesta Halloween di Arab Saudi

Imej
Saya agak sibuk kebelakangan ini tapi masih sentiasa mengikut perkembangan semasa tentang apa yang berlaku di Iran terutamanya. Selain Iran, antara negara Islam yag saya merasakan akan memberi impak sekiranya mereka mereformasikan Islam adalah Arab Saudi. Ada beberapa perkembangan yang menarik perhatian saya baru-baru ini mengenai Arab Saudi. Pertamanya baru-baru ini saya menerima gambar pembinaan The Line di Arab Saudi melalui WhatsApp. Gambar yang diambil dari atas oleh dron itu menunjukkan jentera berat sedang bekerja di tengah-tengah padang pasir. Kedua ialah tentang sambutan Halloween di Arab Saudi dengan gambar dan video rakyat Arab Saudi memakai pakaian bertemakan hantu, topeng yang menakutkan, atau pakaian yang beraneka ragam.  Bandar pintar Neom The Line merupakan satu bandar pintar yang sedang dibina secara memanjang lurus 170 km di Arab Saudi. Ia merupakan sebahagian daripada projek bandar pintar Neom Arab Saudi yang dianggar akan menelan kos US$500 bilion.  Ne...

Rakyat Iran bangkit menolak Islam

Imej
 Satu gelombang kebangkitan rakyat sedang melanda Republik Islam Iran. Gelombang kebangkitan rakyat yang menolak Islam di negara yang mengamalkan sistem teokratik Islam. Gelombang kemarahan ini menjadi lebih parah dengan kematian Mahsa Amini, wanita berusia 22 tahun, yang mati dibelasah oleh polis agama Iran kerana tidak memakai tudung dengan menampakkan rambut.  Gambar: Wanita Iran membakar hijab dan memotong rambut sebagai protes terhadap kerajaan Islam Iran. Di jalan-jalan di Iran, gadis Iran, pemuda, pelajar universiti dan rakyat Iran secara umumnya melaungkan "marg bar diktator" atau "hancurlah diktator" dan nama Mahsa Amini. Sementara itu, wanita dan gadis Iran memotong rambut mereka dan membakar hijab sebagai tanda protes. Berada di luar tanpa hijab adalah kesalahan jenayah di Iran. Dalam sebuah video yang disiarkan dalam akaun Twitter pejuang demokrasi Iran Masih Alinejad, seorang wanita muda Iran berkata: "Kami benci dengan Republik Islam. Republik ...

Jenayah, korupsi dan agama

Imej
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan lagi dengan isu korupsi. Kali ini skandal pemerolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang menelan kos RM9 bilion. Seorang bekas pegawai Boustead Naval Shipyard yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Laut didakwa melakukan pecah amanah lebih RM21 juta. Dia tidak mengaku bersalah. Tidak dapat dinafikan korupsi itu berlaku di mana-mana, namun adakah agama dijadikan justifikasi untuk korupsi, dan jenayah? Ironinya ramai Muslim yang berpendapat agama itu menghalang melakukan perbuatan korupsi dan jenayah. Tapi sepanjang sejarah Islam, kita diberitahu bahawa antara sebab Khalifah Uthman, salah seorang khalifah rashidun, dibunuh kerana amalan korupsi. Terdapat juga beberapa ajaran Islam yang agak bermasalah kepada saya yang bagi saya mendorong kepada berlakunya korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Ini seperti ajaran yang Muslim itu walau sejahat mana pun akan masuk syurga selagi dia mengakui keesaan Allah. Satu perkara lagi, kebanyakan Muslim tidak beg...

Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Salman Rushdie

Imej
 Kemas kini: Hadi Matar, 24, dari Fairview New Jersey, dikenal pasti sebagai suspek yang menikam Salman Rushdie. ------ Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang lelaki yang menyerang dan menikam Salman Rushdie. Penulis yang banyak memenangi anugerah antarabangsa, Salman Rushdie telah ditikam dan diserang di New York. Beliau dilaporkan dalam keadaan kritikal. Serangan tidak bertamadun ini berlaku selepas beberapa siri cubaan bunuh terhadap beliau yang tidak berjaya susulan novel The Satanic Verses beliau yang diterbitkan pada tahun 1988 yang sumber inspirasinya adalah daripada kisah Muhammad sendiri. Saya ada mengulas tentang isu Ayat-ayat Syaitan di sini . Penterjemah The Satanic Verses versi Jepun, Hitoshi Igarashi ditikam sampai mati pada tahun 1991. Pemimpin Republik Islam Iran Ayatollah Khomeini pernah mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan pembunuhan Salman Rushdie. Tonton pendapat Abdullah Sameer kenapa kita perlu bersuara terhadap ajaran dogma Islam yang menggalakkan k...