Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Anwar Ibrahim

Cabaran menghadapi gelombang hijau politik Islam

Imej
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November. Seumur hidup saya rasanya inilah pengumuman pelantikan PM yang paling lama selepas tamat Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November. Sudahlah drama pelantikan PM mengambil masa berhari-hari lamanya, pengumuman barisan menteri kabinet pun dibuat pada 2 Disember iaitu sembilan hari selepas Anwar menjadi PM.  Tapi yang menarik perhatian pada PRU15 ini adalah prestasi tinggi Perikatan Nasional (PN) yang bertunjangkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan memenangi kawasan majoriti Melayu terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang. UMNO/BN tidak langsung menang kerusi parlimen di Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang disapu bersih oleh PN. Dengan 49 kerusi PAS merupakan parti tunggal terbanyak yang menang, diikuti oleh DAP sebanyak 40. Jika kerajaan persekutuan dibentuk oleh PN, tentu sekali PAS akan mendapat jawatan kan...