Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 5

Imej
Teringat bulan teringat Islam. Hari ini melihat anak bulan Syawal. Kalau muncul bermakna Hari Raya Puasa jatuh hari Jumaat dan jika sebaliknya hari Sabtu. Kisah aneh kali ini berkait rapat dengan bulan dan Islam. Islam begitu obsesi dengan bulan seperti gambar di atas. Abu Yusuf Al-Malizi ada menulis panjang lebar betapa tradisi melihat anak bulan ini suatu tradisi kuno dan menyusahkan di sini . Saya setuju kerana setiap tahun ia menjadi polemik bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam lain seperti Pakistan. Jadi tulisan saya ini melihat pada sisi lain mengenai bulan. Mengapa penganut Islam begitu obses dengan bulan? Apakah peranan bulan dalam sejarah awal Islam dan bangsa Arab di tanah Hijaz? Terdapat teori, katanya berasal seawal tahun 1901 oleh pakar arkeologi Hugo Winckler, yang Allah sebenarnya tuhan Hubal yang juga tuhan bulan yang disembah oleh masyarakat Arab pagan sebelum Islam. Teori ini kemudian dipopularkan oleh apologis Kristian pada tahun 1990-an sehinggal

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 4

Imej
Berapa banyak mata ganjaran sudah anda kumpul untuk ke syurga? Kisah aneh mengenai bulan Ramadan kali ini tentang ganjaran berlipat kali ganda. Seperti biasa apabila masuk bulan Ramadan  banyaklah iklan meminta Muslim membuat banyak amal kebajikan. Kononnya sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam bulan puasa ini seperti bersembahyang terawih, bertadarus Quran dan bersedekah, maka pahala didapati akan berlipat kali ganda berbanding pada bulan-bulan biasa. Selain itu mereka digalakkan mencari malam Lailatul Qadar yang kononnya lebih baik daripada 1,000 bulan. Jadinya bulan Ramadan ini seperti lubuk untuk mengumpul banyak pahala, analoginya seperti mengumpul banyak poin untuk ditebus di akhirat nanti!  Dalam satu hadis riwayat, Muhammad berkata mereka yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian meneruskan berpuasa sunat enam hari bersamaan puasa selama setahun. Dalam logik matematik mata ganjaran mereka, seperti yang dikatakan ulama besar Islam Imam Nawawi:  “Ganjarannya seolah-olah pu

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 3

Imej
Malaikat atau syaitan? Hari Sabtu ini 8 April 2023 merupakan hari Nuzul Quran. Perkataan Nuzul Quran memberi maksud penurunan Quran. Kononnya Quran diturunkan pada malam ini dan kerana itulah bulan Ramadan dianggap istimewa, selain bulan berpuasa. Dalam kisah atau naratif standard Islam, Muhammad menerima lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq selepas bertapa di Gua Hira. Turunnya Quran dikatakan berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan pada tahun 610 masihi. Apa yang anehnya tentang kisah penurunan Quran? Selain kekeliruan yang saya tulis sebelum ini mengenai Surah Al-Qadar, apabila Quran dikatakan turun pada Malam Qadar (Lailatul Qadar), tulisan kali ini ingin menyentuh mengenai keanehan Muhammad menerima wahyu daripada perantara malaikat Jibrail. Ringkasnya, mengikut kisah oleh naratif standard Islam, Muhammad pergi ke Gua Hira untuk bertapa. Pada malam itu, Muhammad mendakwa didatangi oleh makhluk bersayap. Makhluk itu menyuruhnya untuk membaca. Muhammad berkata dia tidak boleh memba