Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2023

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu

Walaupun sudah keluar dari Islam, saya terpaksa pergi ke masjid untuk sembahyang Jumaat semasa bekerja. Tidak kisah pun sebab masa ini digunakan untuk berehat dan tidur terutama ketika khutbah Jumaat yang membosankan dan penuh retorik. Beberapa minggu lalu, terdapat satu kuliah atau ceramah pendek dibuat oleh seorang ustaz yang dengan bangganya menceritakan kisah rakannya tesis PhDnya berkaitan Khalifah Umar ditolak oleh penyelianya dari sebuah universiti di Amerika Syarikat. Dikatakan oleh si ustaz bahawa punca penolakan adalah kerana profesor itu, yang juga seorang Yahudi, mengatakan dia boleh membaca kisah Umar itu dalam buku sejarah, dengan secara tidak langsung bermakna tiada apa pengetahuan baharu yang dibawa oleh tesis itu berbanding buku sejarah. Ustaz itu berkata apa yang profesor Yahudi itu mahukan adalah sesuatu yang mempersoalkan atau mencari kelemahan Umar dan rakannya itu telah melakukan suatu yang "berani" kerana tidak tunduk kepada kehendak profesor Yahudi itu