Ukuran moraliti mengikut zaman
Dalam tahun lepas ketika masih seorang Muslim, saya pernah diajukan soalan oleh seorang yang ateis tentang kenapa anak-anak Adam kahwin sesama adik-beradik sedangkan pada zaman moden tindakan itu sama sekali menyalahi undang-undang malah konsep moraliti. Saya menjawab ini kerana zaman itu manusia tidak ramai lagi dan dibolehkan oleh agama. Orang ateis itu kemudian membetulkan jawapan saya dengan mengatakan ukuran moraliti itu berubah mengikut zaman dan takrifan manusia. Pada masa itu saya tidak begitu ambil kisah apa sahaja jawapannya. Kerana bagi saya tidak penting dan tanpa berfikir saya hanya mengiyakan apa sahaja alasan yang dikemukan oleh ulama Islam. Tapi kini memikir kembali soalan ini, sebenarnya jawapan yang diberikan oleh orang itu memang benar. Bukan sahaja perkara berkaitan perkahwinan sesama adik-beradik semasa zaman Adam yang melanggar prinsip moraliti zaman sekarang, malah terdapat banyak lagi prinsip moraliti yang diamalkan pada zaman Muhammad yang bertentang...