Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel umum

Mata Satu, Freemason dan reformis Islam

Imej
Kira-kira lebih 10 tahun yang lalu, sahabat saya menghubungi saya untuk bertanya adakah saya yang mencadangkan namanya untuk menyertai gerakan Freemason di Malaysia. Saya agak terkejut kerana saya tidak tahu menahu apatah lagi mempunyai kaitan dengan Freemason. Dia beranggapan begitu kerana saya memang seorang yang suka bercerita kepadanya mengenai Freemason dan Iluminati. Sahabat saya ini dahulu memang baik dengan beberapa orang penting dengan ahli politik top ketika ini.  Saya tidak dapat mengesahkan sama ada cerita sahabat saya benar atau tidak cuma saya ingin menulis sedikit mengenai perkara ini, terutama ketika ada isu panas di media tempatan apabila pelawak dan penyampai radio Shuib dituduh sebagai agen Freemason. Semuanya apabila dia dan isterinya bergambar dengan menutup sebelah mata. Tindakan menutup sebelah mata dan menampakkan satu mata merupakan simbol Mata Satu.  Simbol Mata Satu dikaitkan dengan Freemason dan digunakan oleh Freemason sebagai simbol bahawa tuhan s...

Saya mahu percaya

Imej
"I want to believe" atau "saya mahu percaya" merupakan satu kata-kata penting atau slogan dalam siri popular TV X-Files yang ditayangkan dari awal tahun 1990-an sehingga 2018. Ia berkisar tentang fenomena UFO, teori konspirasi dan kejadian paranormal dan saya merupakan salah seorang peminat siri ini kerana unsur-unsur ini selain daripada jalan ceritanya yang menarik.  Poster "I want to believe" bersama gambar UFO terpampang dalam pejabat watak utama Agen FBI Fox Mulder yang bergandingan dengan agen FBI dan juga doktor perubatan Dana Scully. Mulder mahu membuktikan teorinya betul mengenai kejadian paranormal dan alien sementara Sculley adalah seorang yang bersikap skeptikal dan mahukan pembuktian sains. Oleh itu "I want to believe" merupakan unsur penting dalam X-Files dalam membawa mesej bahawa dunia ini lebih daripada apa yang dapat dirasai oleh deria, sementara tidak dinafikan orang akan bersikap skeptikal tanpa pembuktian saintifik, dan kebena...

Kisah aneh di sebalik hari raya korban dan kegilaan tuhan

Imej
Dalam masa seminggu iaitu Khamis 29 Jun ini semua rakyat Malaysia akan bercuti sempena hari raya korban atau haji. Selain membazirkan wang untuk melawat binaan sembahan orang Islam dan mencium batu hitam, hari raya korban juga terkenal dengan penyembelihan haiwan seperti lembu dan kambing. Saya rasa kita semua sudah tahu kisah aneh di sebalik sambutan hari raya korban ini dengan watak yang digelar Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya sendiri sebagai tanda ketaatan dan kepatuhan kepada Allah. Lukisan  The Sacrifice of Isaac oleh Caravaggio (1603). "Tolong jangan sembelih saya" agaknya itu yang dijerit oleh Isaac. Versi Bible and versi Islam Sedikit maklumat latar belakang kisah ini mengikut versi Bible dan versi Islam. Berikut adalah beberapa elemen penting dan perbezaan. Protagonis:   Versi Bible: Abraham  Versi Islam: Ibrahim  Mangsa (anak yang akan disembelih):  Versi Bible: Isaac  Versi Islam: Ismail  Apa yang diarahka...

Antara Allah dan Alien

Imej
Terkini beberapa media bukan perdana di Amerika Syarikat melaporkan seorang pembocor maklumat atau whistleblower bernama David Charles Grusch mendakwa kerajaan AS menyimpan kapal angkasa yang bukannya berasal daripada manusia. Dengan kata lain, kerajaan AS menyimpan kapal angkasa kepunyaan alien dan dikatakan telah melakukan reverse engineer untuk kegunaan ketenteraan. Grusch yang juga merupakan bekas pegawai perisikan ketenteraan berkata dia telah memaklumkan program rahsia kerajaan AS itu kepada Kongres. Boleh baca beritanya di sini , dan di bawah. Dalam UFO, alien dan masa depan agama , saya menggambarkan ulama Islam tidak bersedia untuk berhadapan dengan fenomena alien. Hujah paling kuat mereka adalah alien ini berkemungkinan jin. Berbanding Pope yang pada tahun 2014 berkata dia akan membaptiskan alien jika alien itu muncul di Vatican dan meminta untuk dibaptiskan. Di mana buktinya? Masyarakat masih skeptikal tentang kewujudan alien. Meskipun Grush mendakwa sudah memberikan bukti ...

Kasta manusia dan malapetaka dunia

Imej
Pertama sekali takziah dan simpati kepada mangsa gempa bumi di Turki dan Syria. Baiklah ke tulisan saya kali ini ada berkaitan dengan Turki dan malapetaka. Salah seorang pembaca di blog ini mencadangkan kepada saya untuk membaca berkenaan human biodiversity (HDB) atau biokepelbagaian manusia. Menurut teori HDB, bangsa-bangsa manusia itu terjadinya bukan disebabkan oleh konstruk sosial atau identiti yang diberikan berdasarkan peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Sebaliknya bangsa-bangsa itu berbeza disebabkan oleh biologi mereka, atau biologi memainkan peranan penting dalam identiti bangsa seseorang, termasuk dalam pembentukan tingkah laku dan kepintaran seseorang. Teori HDB ini mendapat kritikan kerana didakwa menggalakkan perkauman dengan menganggap terdapat bangsa manusia yang lebih superior dengan tahap intelek yang tinggi, dan kelakuan yang lebih beradab berbanding bangsa manusia yang lebih inferior dengan kelakuan yang buruk dan tahap intelek yang rendah. Anda boleh membaca meng...

Berbuat baik menjadikan kita gembira

Selamat tahun baharu 2023. Artikel berikut saya terjemahkan daripada  The origin of Morality is our Hormones di laman web Atheism vs Islam dan disesuaikan untuk blog ini. Antara lain tujuan menterjemahkan artikel ini untuk memperbanyakkan sumber dalam bahasa Melayu mengenai Ateisme sebagai alternatif kepada pandangan Islam kepada orang Melayu Islam atau mereka yang berbahasa Melayu dan menganut agama Islam. Ini juga azam tahun baharu saya untuk menulis lebih banyak artikel mengenai pilihan-pilihan lain terutamanya ateisme dan liberalisme selain daripada Islam.  Dalam artikel ini asal moraliti itu adalah bersifat semula jadi, tanpa perlu manusia bergantung kepada agama sebagai panduan. ----- Disebabkan evolusi, badan kita akan mengeluarkan hormon yang menjadikan kita gembira seperti apabila kita melakukan kebaikan kepada orang lain, menyayangi orang, atau mempunyai perasaan empati kepada orang lain. Mengikut satu kajian saintifik, kesedaran moral itu adalah semula jadi. Kajian...

UFO, alien dan masa depan agama

Imej
Tengah hari tadi saya berkesempatan berjumpa rakan rapat yang saya sudah lama kenal hampir 30 tahun. Kami sama-sama belajar di Amerika Syarikat dan berkongsi banyak pandangan mengenai Islam, politik, dan misteri dunia termasuklah fenomena UFO, alien (makhluk asing), kejadian mistik, dan gerakan Freemason di Malaysia. Selalunya memang seronok bercakap dengan orang yang mempunyai "wavelength" yang sama dengan kita tanpa dipandang sebagai orang pelik yang percaya dengan teori-teori konspirasi. Walaupun ada terdapat perbezaan pandangan dan pernah berbalah dalam hal politik pada masa dahulu, saya seronok bercakap dengannya kerana banyak mendapat perkara baharu yang saya tidak ikuti perkembangannya. Perbualan kami tadi ada menyentuh tentang fenomena UFO dan alien. Menurut rakan saya ini, dengan teknologi telefon pintar sekarang amat mudah untuk merakam kejadian pelik seperti UFO. Dia berkata terdapat banyak video di TikTok mengenai fenomena UFO, terutama yang terbaharu kelihatan di...

Ukuran moraliti mengikut zaman

Imej
 Dalam tahun lepas ketika masih seorang Muslim, saya pernah diajukan soalan oleh seorang yang ateis tentang kenapa anak-anak Adam kahwin sesama adik-beradik sedangkan pada zaman moden tindakan itu sama sekali menyalahi undang-undang malah konsep moraliti. Saya menjawab ini kerana zaman itu manusia tidak ramai lagi dan dibolehkan oleh agama. Orang ateis itu kemudian membetulkan jawapan saya dengan mengatakan ukuran moraliti itu berubah mengikut zaman dan takrifan manusia.  Pada masa itu saya tidak begitu ambil kisah apa sahaja jawapannya. Kerana bagi saya tidak penting dan tanpa berfikir saya hanya mengiyakan apa sahaja alasan yang dikemukan oleh ulama Islam. Tapi kini memikir kembali soalan ini, sebenarnya jawapan yang diberikan oleh orang itu memang benar. Bukan sahaja perkara berkaitan perkahwinan sesama adik-beradik semasa zaman Adam yang melanggar prinsip moraliti zaman sekarang, malah terdapat banyak lagi prinsip moraliti yang diamalkan pada zaman Muhammad yang bertentang...

Mengenal pasti kepalsuan dalam mencari kebenaran

 Ketika saya berbalas-balas hujahan dengan kenalan mengenai isu kebenaran, Islam dan ketuhanan, salah satu hujah yang diberikan adalah kebenaran itu relatif. Bagi kenalan saya itu, kebenaran kepada saya adalah kerana saya ingin menyesuaikan kebenaran itu dengan cara hidup yang tidak mahu dikongkong dan melakukan apa sahaja. Hujah kenalan saya ini ada kebenarannya. Sememangnya apabila kita tidak lagi terkongkong oleh batas artifisial atau imaginari yang ditetapkan oleh agama Islam dan fahaman-fahaman agama lain, fikiran kita bebas untuk berfikir tentang penerangan lain tentang sesuatu perkara. Contohnya kalau Allah itu maha adil dan maha kuat dan maha penyayang, kenapa dia tidak berbuat apa-apa tentang nasib rakyat Palestin, dan Syria yang dilanda perang dan berkecamuk? Kenapa ada bayi yang dilahirkan cacat atau menghidap penyakit kanser dan menderita sepanjang hidup mereka? Bagaimana jika sebenarnya jawapan-jawapan kepada persoalan ini adalah kerana kewujudan Allah itu sendiri adal...

Pilihan-pilihan hidup

Aku Pilih Hidup Ini  merupakan catatan kehidupan yang membincangkan mengapa aku memilih kehidupan ini. Sebagai manusia, kita sebenarnya mempunyai akal fikiran untuk membuat pilihan daripada sekecil-kecil perkara seperti apa kita hendak makan untuk sarapan sehinggalah kepada sebesar-besar perkara seperti kepercayaan kepada tuhan. Ada pilihan yang mudah dibuat dan ada yang sukar terutama apabila ia melibatkan orang lain dan persekitaran. Catatan di sini bukan bertujuan untuk mempengaruhi sesiapa untuk membuat pilihan mereka, tetapi lebih kepada kenapa aku sendiri membuat pilihan itu. Semua catatan adalah pandangan peribadi melainkan dinyatakan sebaliknya. --- Aku Pilih Hidup Ini  (I Choose This Life) is a life blog that discusses why I chose this life. As human beings, we actually have mind to make choices from the smallest things like what we want to eat for breakfast to the biggest things like belief in god. Some choices are easy to make and some are difficult especially when ...