Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

Islam yang menggalakkan perpecahan

Imej
Keputusan Piliharaya di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu sudah diketahui dengan keputusan yang sudah diramal oleh kebanyakan orang. Niat PN untuk menguasai lima daripada enam negeri tidak kesampaian tetapi mereka berjaya menyemai perpecahan dalam kalangan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang memilih berdasarkan kaum dan agama antara Melayu dan Bukan Melayu di enam negeri. Calon-calon Melayu BN hampir semuanya kalah di kawasan majoriti Melayu dengan di Terengganu semuanya kalah terhadap calon PN, terutamanya PAS. Ramai orang merasa risau dengan kebangkitan "hijau" PAS ini, terutama mereka yang berada di tengah (atau moderat), liberal, dan Bukan Islam. Tetapi bagi saya kita tidak perlu risau kerana Islam itu adalah agama perpecahan dan mereka ini tidak akan bersatu sampai bila-bila.  Sejarah Islam penuh dengan pembunuhan, perpecahan, dan perebutan kuasa Dalam sejarah awal Islam pun umatnya sudah mula berpecah selepas kematian Muhammad