Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

UFO, alien dan masa depan agama

Imej
Tengah hari tadi saya berkesempatan berjumpa rakan rapat yang saya sudah lama kenal hampir 30 tahun. Kami sama-sama belajar di Amerika Syarikat dan berkongsi banyak pandangan mengenai Islam, politik, dan misteri dunia termasuklah fenomena UFO, alien (makhluk asing), kejadian mistik, dan gerakan Freemason di Malaysia. Selalunya memang seronok bercakap dengan orang yang mempunyai "wavelength" yang sama dengan kita tanpa dipandang sebagai orang pelik yang percaya dengan teori-teori konspirasi. Walaupun ada terdapat perbezaan pandangan dan pernah berbalah dalam hal politik pada masa dahulu, saya seronok bercakap dengannya kerana banyak mendapat perkara baharu yang saya tidak ikuti perkembangannya. Perbualan kami tadi ada menyentuh tentang fenomena UFO dan alien. Menurut rakan saya ini, dengan teknologi telefon pintar sekarang amat mudah untuk merakam kejadian pelik seperti UFO. Dia berkata terdapat banyak video di TikTok mengenai fenomena UFO, terutama yang terbaharu kelihatan di

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Imej
Antara keindahan selepas meninggalkan Islam dan tidak mempercayai agama adalah kebebasan menentukan tujuan hidup sendiri. Ia jauh lebih baik daripada menjadi hamba kepada sesuatu bernama Allah yang tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Ia lebih baik daripada memenjarakan diri mengikuti undang-undang agama yang kolot, zalim dan tidak munasabah. Daripada mengikut secara takliq atau membabi buta apa yang ditulis dalam Quran, mempercayai cerita dongeng di dalamnya, bukankah lebih baik tujuan hidup itu dibuat untuk mencari tentang apa itu Allah dan adakah cerita-cerita dalam Quran itu benar? Ahli falsafah Yunani, Plato, berkata tujuan hidup adalah untuk mendapatkan pengetahuan tentang diri kita sendiri. Plato berpendapat tujuan hidup itu adalah untuk mencari pengetahuan tentang diri dan alam sekitar termasuk haiwan dan benda bukan bernyawa yang berada di sekeliling kita. Dengan menetapkan tujuan mencapai pengetahun diri, manusia itu akan mencapai tahap tertinggi kebenaran tentang dirinya.  A

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Imej
Apakah tujuan hidup kita di dunia? Naratif Islam standard akan menjawab tujuan manusia hidup di dunia adalah untuk mengabdikan diri kepada penciptanya iaitu Allah selaras dengan Quran 51: 56.  Naratif standardnya yang mudah pula ialah untuk mendapat habuan syurga kelak dengan menikmati bidadari dan melakukan apa sahaja yang diharamkan ketika hidup di dunia ini.  Naratif Islam standard atau SIN ( standard Islamic narrative ) ini membayangi setiap tindakan Muslim, dan membentuk pandangan hidup mereka. Dengan kata lain, tujuan hidup, kehidupan dan apa sahaja di dunia ini bagi seorang Muslim adalah untuk tidak membuat Allah murka dan untuk mendapat keredaannya. Kerana jika Allah murka, dia akan dicampak dalam api neraka. Ideologi Islam, dan pemerintahan Islam wajib ditegakkan untuk membersihkan dunia ini daripada kemungkaran. Ditambah pula dengan ayat-ayat Quran dan Hadith, ia membentuk minda 'Us vs Them' iaitu antara Muslim lawan Kafir. Begitulah naratif yang ditanam dalam minda M

Enam jenis ateis

Anda tergolong dalam kumpulan yang mana? Terdapat sekurang-kurangnya enam kumpulan ateis. Artikel di bawah adalah terjemahan yang saya buat dan disesuaikan untuk bacaan blog ini.  Menurut satu kajian dua penyelidik Christopher Silver and and Thomas Coleman daripada University of Tennessee di Chattanooga, terdapat enam jenis ateis.   1) Ateis/agnostik intelektual Mereka ialah ateis yang mencari maklumat dan perbincngan intelektual tentang ateisme. Mereka suka berdebat dan bertikam lidah, terutamanya di laman-laman popular internet. Mereka juga mahir dalam menggunakan bahan dari buku dan artikel tentang agama dan ateisme dalam perbincangan ini. 2) Aktivis Ateis dan agnostik jenis ini tidak berpuas hati hanya dengan tidak mempercayai tuhan. Mereka mahu memberitahu orang lain kenapa mereka menolak agama dan kenapa masyarakat akan menjadi lebih baik jika menolak agama. Mereka cenderung menjadi lantang untuk perjuangan politik seperti hak gay, feminisme, alam sekitar dan haiwan. 3) Pencari-A

Siri 1: Keindahan ateisme, pembebasan daripada penjara minda Islam

Imej
Topik Keindahan ateisme ini akan saya tulis secara bersiri kerana agak panjang. Salah satunya tujuan penulisan ini adalah untuk merekodkan perjalanan pemikiran saya yang membawa kepada tidak mempercayai konsep ketuhanan dalam Islam.  Boleh dikatakan saya seorang ateis kerana saya tidak mempercayai konsep tradisional tuhan mengikut agama Islam atau terdapat satu "being" yang maha berkuasa dan maha segala-galanya. Ramai tersilap menganggap bahawa menjadi ateis itu bermaksud menolak kewujudan tuhan. Ini tidak benar. Aateisme sebenarnya bukan satu sistem kepercayaan atau agama. Ia hanya menolak kenyataan, pendapat atau keimanan tanpa bukti kukuh tapi sekadar berbekalan kepercayaan bahawa tuhan itu wujud. Bagi seorang ateis, mungkin tuhan itu wujud, mungkin juga tuhan tidak wujud.  Seorang ateis boleh mempercayai bahawa mungkin terdapat "being" atau makhluk yang lebih superior daripada manusia. Seseorang ateis mungkin juga seorang agnostik iaitu mempercayai tuhan mungkin

Cabaran menghadapi gelombang hijau politik Islam

Imej
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November. Seumur hidup saya rasanya inilah pengumuman pelantikan PM yang paling lama selepas tamat Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November. Sudahlah drama pelantikan PM mengambil masa berhari-hari lamanya, pengumuman barisan menteri kabinet pun dibuat pada 2 Disember iaitu sembilan hari selepas Anwar menjadi PM.  Tapi yang menarik perhatian pada PRU15 ini adalah prestasi tinggi Perikatan Nasional (PN) yang bertunjangkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan memenangi kawasan majoriti Melayu terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang. UMNO/BN tidak langsung menang kerusi parlimen di Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang disapu bersih oleh PN. Dengan 49 kerusi PAS merupakan parti tunggal terbanyak yang menang, diikuti oleh DAP sebanyak 40. Jika kerajaan persekutuan dibentuk oleh PN, tentu sekali PAS akan mendapat jawatan kanan d