Siri 1: Keindahan ateisme, pembebasan daripada penjara minda Islam

Topik Keindahan ateisme ini akan saya tulis secara bersiri kerana agak panjang. Salah satunya tujuan penulisan ini adalah untuk merekodkan perjalanan pemikiran saya yang membawa kepada tidak mempercayai konsep ketuhanan dalam Islam. 

Boleh dikatakan saya seorang ateis kerana saya tidak mempercayai konsep tradisional tuhan mengikut agama Islam atau terdapat satu "being" yang maha berkuasa dan maha segala-galanya. Ramai tersilap menganggap bahawa menjadi ateis itu bermaksud menolak kewujudan tuhan. Ini tidak benar. Aateisme sebenarnya bukan satu sistem kepercayaan atau agama. Ia hanya menolak kenyataan, pendapat atau keimanan tanpa bukti kukuh tapi sekadar berbekalan kepercayaan bahawa tuhan itu wujud. Bagi seorang ateis, mungkin tuhan itu wujud, mungkin juga tuhan tidak wujud. 

Seorang ateis boleh mempercayai bahawa mungkin terdapat "being" atau makhluk yang lebih superior daripada manusia. Seseorang ateis mungkin juga seorang agnostik iaitu mempercayai tuhan mungkin ada, tapi ia tidak penting bagi dirinya. Seorang ateis juga mungkin seorang humanis yang mementingkan pembinaan masyarakat yang lebih berperikemanusiaan, adil, prihatin dan demokratik dengan nilai etika yang pragmatik dan berasaskan pengetahuan. Atau dia mungkin seorang freethinker yang mahu berfikir secara bebas tanpa kongkongan pihak autoriti dan pihak agamawan.

Islam memenjarakan minda

Dalam Islam, kita diajar bahawa dunia ini adalah penjara kepada Muslim. Mestilah menjadi penjara kerana banyak perkara yang merupakan kemanisan hidup ini diharamkan oleh Islam. Contoh perkara yang diharamkan ialah membuat atau memiliki karya seni seperti lukisan manusia dan arca atau patung. 


Fahaman Islam ini juga menyebabkan minda Muslim itu terpenjara. Terpenjara daripada menikmati dan menghargai karya seni yang begitu dihargai oleh tamadun Barat. Lukisan daripada Van Gog tidak dapat dihasilkan oleh tamadun Islam dan pengikutnya. Arca seni patung manusia zaman Renaissance seperti patung David (gambar di atas) oleh Michaelangelo tidak dapat ditemui dalam tamadun Islam. Sedangkan penghayatan kepada hasil seni seperti inilah yang melambangkan ketinggian sesuatu tamadun yang sampai sekarang dikenang dan dihayati oleh generasi hari ini. 

Karya seni seperti lukisan manusia ini juga dianggap sebagai bukti sejarah yang menggambarkan kehidupan masyarakat pada zaman itu. Lebih-lebih lagi pada zaman itu tidak wujud kamera seperti hari ini, hasil-hasil lukisan ini boleh dirujuk untuk melihat gambaran visual arkitektur bangunan, pakaian, makanan, dan cara hidup manusia pada zaman itu.

Ateisme membuka penjara minda

Karya seni agung seperti patung David ini terhasil pada zaman Renaissance, pada ketika Eropah bangkit memeluk nilai-nilai humanisme di tengah-tengah kecelaruan agama Kristian yang mengalami keretakan dan perpecahan pada abad ke-15 dan ke-16. 

Dan jika kita rajin membaca sejarah ilmuan "zaman keemasan Islam" dahulu seperti Ibnu Sina, beliau dituduh seorang ateis! Tokoh ilmuan dari Parsi pada kurun ke-10 ini dijadikan contoh oleh Muslim kerana ketokohan beliau dalam bidang kedoktoran, astronomi, dan falsafah. Malah beliau dinobatkan sebagai bapa perubatan awal. Tapi ramai terutama Muslim sendiri yang tidak tahu bahawa beliau dituduh sebagai seorang kafir dan ateis oleh musuh-musuhnya seperti Imam Al-Ghazali dan Ibnu Taymiyah kerana pemahaman Ibnu Sina seperti dunia yang bersifat abadi, dan menolak kewujudan kehidupan selepas mati. 

Ibnu Sina dikatakan menganut fahaman Muktazilah. Muktazilah adalah satu fahaman yang mengutamakan penggunaan akal fikiran. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani Purba. Pengikut fahaman ini percaya kepada free will atau kebebasan manusia untuk melakukan sesuatu. Secara kebetulan, fahaman muktazilah ini mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Abbasiyah yang juga dikatakan zaman keemasan Islam.

Anda boleh mencari sendiri maklumat kebanyakan tokoh-tokoh zaman keemasan Islam yang dikatakan jika mereka hidup pada zaman ini, mereka boleh dikatakan sebagai ateis atau kafir. Pentafsiran yang boleh kita buat adalah untuk maju, kerangka pemikiran mesti dibebaskan daripada penjara minda agama. Masyarakat barat membina tamadun apabila mereka mula mengambil langkah untuk memisahkan agama daripada hal pentadbiran dengan menjadi sekular.

Bersambung.

Siri Keindahan ateisme

Siri 1: Keindahan ateisme, pembebasan daripada penjara minda Islam

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup


  

 

Ulasan

  1. Sooo, long story short.
    You like watching porn, im thinking probably gay porn, right?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betapa bangkrupnya minda kamu ni, takda komen yg bernas langsung. Kalau stakat watch porn dan gay porn ni, orang Islam pun ramai yang tengok..

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu