Bandar pintar masa depan dan pesta Halloween di Arab Saudi
Saya agak sibuk kebelakangan ini tapi masih sentiasa mengikut perkembangan semasa tentang apa yang berlaku di Iran terutamanya. Selain Iran, antara negara Islam yag saya merasakan akan memberi impak sekiranya mereka mereformasikan Islam adalah Arab Saudi. Ada beberapa perkembangan yang menarik perhatian saya baru-baru ini mengenai Arab Saudi. Pertamanya baru-baru ini saya menerima gambar pembinaan The Line di Arab Saudi melalui WhatsApp. Gambar yang diambil dari atas oleh dron itu menunjukkan jentera berat sedang bekerja di tengah-tengah padang pasir. Kedua ialah tentang sambutan Halloween di Arab Saudi dengan gambar dan video rakyat Arab Saudi memakai pakaian bertemakan hantu, topeng yang menakutkan, atau pakaian yang beraneka ragam. Bandar pintar Neom The Line merupakan satu bandar pintar yang sedang dibina secara memanjang lurus 170 km di Arab Saudi. Ia merupakan sebahagian daripada projek bandar pintar Neom Arab Saudi yang dianggar akan menelan kos US$500 bilion. Ne...