Mentega Terbang: Provokasi yang perlu
Kecoh umat Melayu Muslim Malaysia dengan filem indie Mentega Terbang. Mereka yang kecoh ini termasuk parti politik tunggang agama PAS, pertubuhan-pertubuhan ultra Islam, individu, dan warga maya di media sosial. Mereka mendakwa filem Mentega Terbang mempunyai agenda untuk memurtadkan Muslim, menggalakkan liberalisme dan pluralisme agama. Filem Mentega Terbang ini hanya ditayangkan di platfrom dalam talian, dan kebanyakan mereka yang kecoh ini tak tonton pun filem itu pun cuma nampak klip-klip video pendek. Filem indie arahan Khairi Anwar ini mula ditayangkan pada tahun 2021 untuk tontonan terhad. Ia juga ditayangkan dalam festival filem di Indonesia dan di Universiti Malaya sebelum ini. Kontroversinya bermula apabila mula ditayangkan kepada umum pada platform penstriman Viu sejak bulan Februari. Selepas itu ada viral klip-klip video pendek berkenaan watak Muslim yang memegang anjing, dialog tak kisah makan babi, minum air holy water dan tentang reinkarnasi atau kelahiran semula. A...