Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

Akhir zaman, Gen Tuhan, dan transhumanisme

Imej
Seingat saya sudah banyak kali saya menulis tentang Covid-19 telah mengubah hidup saya. Antaranya kerana melaluinya saya banyak belajar perkara baharu. Disebabkan oleh beberapa kontroversi, termasuk langkah drokanian yang menyekat kebebasan manusia, dan ketidaktelusan dalam penyebaran maklumat dan pengendalian pandemik ini, tidak menghairankan ramai orang termasuk saya yang tidak mempercayai "pakar kerajaan" atau media arus perdana. Akibatnya kami terdedah kepada banyak maklumat alternatif termasuk teori konspirasi.   Ada banyak kesan apabila seseorang terdedah kepada maklumat alternatif ini. Ada yang menjadi semakin alim dan semakin Islam. Ada yang akan menunggu Imam Mahdi dan mengharapkan mereka akan diselamatkan, tiada bezanya dengan orang Kristian juga yang menunggu kedatangan semula Jesus untuk menyelamatkan mereka.  Ironinya, semua pembacaan, perbincangan dan interaksi, idea dan pemikiran di sebalik pendedahan maklumat alternatif ini membawa saya kepada kesimpulan bahaw

Perceraian Muhammad dan Hafsah, serta wanita yang menghadiahkan diri kepada Muhammad

Imej
Tulisan kali ini sebenarnya mendapat inspirasi daripada siaran di Facebook oleh Puan Asiah Abd Jalil yang berkata Nabi Muhammad pernah menceraikan tiga orang isterinya. Peguam Asiah mungkin mengulas untuk menunjukkan bahawa isteri yang meminta cerai daripada suaminya itu adalah satu perkara biasa dan Muhammad sendiri pernah menceraikan isterinya. Isu cerai ini menjadi hangat berikutan kes rumahtangga antara pengarah muda terkenal Syamsul Yusof dan isteri tuanya yang juga pelakon dan selebriti Puteri Sarah Liyana yang menuntut cerai kerana Syamsul berkahwin lain dengan pelakon Ira Kazar. Kalau Asiah tidak menulis mengenai perihal Muhammad yang menceraikan isterinya, bukan satu tetapi tiga, saya sejujurnya tidak tahu pun mengenai kisah ini. Sejak sekian lamanya, apa yang disajikan dan diajarkan kepada Muslim, terutama di Malaysia, bahawa Muhammad itu adalah suri teladan dan manusia yang amat sempurna perilakunya. Setelah melakukan carian di Internet, maka dapatlah saya maklumat baharu be

Kalaulah Nabi Muhammad hidup pada zaman selfie...

Imej
  Tidak habis-habis kontroversi dicetuskan oleh Islam dan pemikirannya yang ketinggalan zaman, terutama zaman moden dengan media sosialnya, dan seni visual dan budaya selfienya. Kali ini seorang pensyarah di Universiti Hamline, Minnesota, di Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatannya kerana memaparkan lukisan Nabi Muhammad di dalam satu kelas seni oleh pihak universiti. Pihak universiti membuat demikian selepas mendapat aduan daripada seorang pelajar Muslim yang menganggap tindakan pensyarah itu menghina Islam.  Pada 6 Oktober, pensyarah Erika López Prater yang mengajar sejarah seni dunia menunjukkan lukisan Nabi Muhammad yang dibuat pada abad ke-14 oleh wazir dan ahli sejarah Muslim terkenal pada masa itu Rashid-al-Din (1247-1318). Gambar itu menunjukkan Malaikat Jibril menyampaikan wahyu Quran pertama kepada Nabi Muhammad. Anda boleh melihat gambarnya di atas.  Malah sebelum menunjukkan lukisan tersebut, pensyarah seni itu telah memberi amaran bahawa, walaupun terdapat pandangan mel

Nukilan puisi ateisme oleh kecerdasan buatan ChatGPT

Imej
ChatGPT ialah sebuah model pembelajaran mesin yang dikembangkan oleh teknologi kecerdasan pintar AI terbuka OpenAI. Ia juga satu chatbot AI yang diciptakan untuk membantu pengguna menjawab pertanyaan dan memberikan informasi pada permintaan. Baru dilancarkan dalam beberapa bulan, buat masa sekarang ia sedang diuji. Ramai orang telah mencubanya untuk bersembang santai, malah ada yang memintanya membuat cerpen dan mengira pinjaman rumah. Berikut adalah satu puisi indah yang dihasilkan oleh   ChatGPT . Saya memintanya menghasilkan puisi tentang ateisme. Lihat agak indah juga nilai bahasanya. Saya edit sedikit tulisannya kepada ejaan bahasa Melayu. Jujurnya saya kagum juga dengan kemampuan sistem AI ini yang hanya baru beberapa bulan dilancarkan. Saya bertanya soalan yang sama selang beberapa minit kemudian dan puisi yang dibuat adalah berbeza (lihat puisi kedua). ---- Tidak ada tuhan di langit atau di bumi Itulah yang kami percayai Kami tidak perlu mencari penjelasan Atas apa yang terjadi

Berbuat baik menjadikan kita gembira

Selamat tahun baharu 2023. Artikel berikut saya terjemahkan daripada  The origin of Morality is our Hormones di laman web Atheism vs Islam dan disesuaikan untuk blog ini. Antara lain tujuan menterjemahkan artikel ini untuk memperbanyakkan sumber dalam bahasa Melayu mengenai Ateisme sebagai alternatif kepada pandangan Islam kepada orang Melayu Islam atau mereka yang berbahasa Melayu dan menganut agama Islam. Ini juga azam tahun baharu saya untuk menulis lebih banyak artikel mengenai pilihan-pilihan lain terutamanya ateisme dan liberalisme selain daripada Islam.  Dalam artikel ini asal moraliti itu adalah bersifat semula jadi, tanpa perlu manusia bergantung kepada agama sebagai panduan. ----- Disebabkan evolusi, badan kita akan mengeluarkan hormon yang menjadikan kita gembira seperti apabila kita melakukan kebaikan kepada orang lain, menyayangi orang, atau mempunyai perasaan empati kepada orang lain. Mengikut satu kajian saintifik, kesedaran moral itu adalah semula jadi. Kajian ini bole