Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 4
Berapa banyak mata ganjaran sudah anda kumpul untuk ke syurga? Kisah aneh mengenai bulan Ramadan kali ini tentang ganjaran berlipat kali ganda. Seperti biasa apabila masuk bulan Ramadan banyaklah iklan meminta Muslim membuat banyak amal kebajikan. Kononnya sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam bulan puasa ini seperti bersembahyang terawih, bertadarus Quran dan bersedekah, maka pahala didapati akan berlipat kali ganda berbanding pada bulan-bulan biasa. Selain itu mereka digalakkan mencari malam Lailatul Qadar yang kononnya lebih baik daripada 1,000 bulan. Jadinya bulan Ramadan ini seperti lubuk untuk mengumpul banyak pahala, analoginya seperti mengumpul banyak poin untuk ditebus di akhirat nanti! Dalam satu hadis riwayat, Muhammad berkata mereka yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian meneruskan berpuasa sunat enam hari bersamaan puasa selama setahun. Dalam logik matematik mata ganjaran mereka, seperti yang dikatakan ulama besar Islam Imam Nawawi: “Ganjarannya ...