Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel puisi

Kononnya Allah Maha Segalanya

Imej
Catatan ringkas: Setakat entri ini ditulis, gempa bumi dahsyat 7.8 skala ritcher yang melanda Turkiye dan Syria pada 6 Februari telah mengorbankan lebih 48,000 nyawa. Bukan sahaja nyawa banyak yang melayang tetapi juga banyak bangunan yang runtuh dan rosak. Dilaporkan lebih 84,000 runtuh atau rosak teruk di Turkiye sahaja termasuk "rumah Allah" iaitu masjid. Gempa bumi ketiga dilaporkan berlaku pada 20 Februari, dan sekurang-kurangnya 8 orang lagi mati. Pada mulanya saya ingin menulis panjang tentang konsep Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Segalanya. Tapi akhirnya saya rasa bentuk puisi pun boleh menyampaikan perasaan saya. Puisi berikut ditulis berdasarkan gempa bumi ini. Gambar: Sebuah masjid yang hancur akibat gempa bumi di Turkiye. Nampaknya Allah tak kisah rumahnya pun hancur. Gambar diambil daripada portal berita Aljazeera. Kononnya Allah Maha Segalanya Kononnya Allah Maha Berkuasa Namun tatkala gempa menggoncang bumi Turkiye dan Syria Dengan amarah kuasa alam semest...

Dahulu aku menyembah Syaitan

Imej
  Terjemahan puisi oleh penulis dan intelektual Mesir Taha Hussein. Dahulu aku menyembah Syaitan Dahulu aku percaya engkau menyesatkan dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki! Pemberi Derita, Maha Berkuasa, Pemberi Kehinaan... dengan angkuh dan ego! Yang Maha Berkuasa memberi penderitaan, dan memperdayakan manusia dengan begitu licik! Engkau mahu tangan-tangan pencuri dipotong dan tubuh-tubuh wanita direjam dengan batu! Engkau menegakkan keadilan dengan pedang... tapi keadilan engkau menumpahkan darah! Jadi beritahu aku wahai pencipta bagi para pembunuh... di manakah Tuhan untuk mereka yang lemah? Jika engkau pencipta segalanya... engkau tidak akan menghalang sebahagian mereka untuk terus hidup. Kerana apa yang engkau boleh dapat daripada pembunuhan... selain daripada kemusnahan dan kematian? Adakah dahulu aku menyembah penyembelih yang menghancurkan hati mereka yang tidak berdosa? atau... Adakah dahulu aku menyembah Syaitan... yang dihantar kepada kita sebagai pe...

Nukilan puisi ateisme oleh kecerdasan buatan ChatGPT

Imej
ChatGPT ialah sebuah model pembelajaran mesin yang dikembangkan oleh teknologi kecerdasan pintar AI terbuka OpenAI. Ia juga satu chatbot AI yang diciptakan untuk membantu pengguna menjawab pertanyaan dan memberikan informasi pada permintaan. Baru dilancarkan dalam beberapa bulan, buat masa sekarang ia sedang diuji. Ramai orang telah mencubanya untuk bersembang santai, malah ada yang memintanya membuat cerpen dan mengira pinjaman rumah. Berikut adalah satu puisi indah yang dihasilkan oleh   ChatGPT . Saya memintanya menghasilkan puisi tentang ateisme. Lihat agak indah juga nilai bahasanya. Saya edit sedikit tulisannya kepada ejaan bahasa Melayu. Jujurnya saya kagum juga dengan kemampuan sistem AI ini yang hanya baru beberapa bulan dilancarkan. Saya bertanya soalan yang sama selang beberapa minit kemudian dan puisi yang dibuat adalah berbeza (lihat puisi kedua). ---- Tidak ada tuhan di langit atau di bumi Itulah yang kami percayai Kami tidak perlu mencari penjelasan Atas apa yan...