Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2022

Tuhan kecil berbadan ular dan berwajah singa dan tafsiran semula ketuhanan

Imej
Ajaran Gnostik mendakwa mendapat pengetahuan rahsia tentang Tuhan dan dunia. Tuhan kecil (kerana ada Tuhan yang lebih tinggi daripadanya) yang mencipta dunia fizikal ini dipanggil Yaldabaoth. Yaldabaoth digambarkan berbadan ular dan berwajah singa. Dia boleh mencipta kerana mencuri kuasa mencipta daripada ibunya Sofia. Baca catatan sebelum ini  dan ini untuk cerita sebelumnya. Mengikut mitos Gnostik, dan saya mengatakan mitos kerana ia satu bentuk idea keagamaan yang dipercayai sebahagian manusia tetapa tidak dapat membuktikannya, Yaldabaoth mencipta dunia ini berdasarkan gambaran dan ingatannya tentang dunia kerohanian abadi Pleroma. Dia juga mencipta pembantu-pembantunya yang diberi nama Archon. Selepas mencipta dunia ini, Yaldabaoth dengan angkuh menganggap dirinya satu-satunya Tuhan yang layak disembah, dimuliakan, dipuji dan diagungkan. Ibunya Sofia berasa menyesal dan bekerja bersama dengan Aeon lain untuk mendapatkan kembali kuasa yang diambil oleh Yaldabaoth. Tindakan pertama

Allah bersolat dan Tuhan Kecil Si Cemburu yang mencipta dunia material menurut sumber Gnostik

Imej
Ada sebuah hadis yang amat pelik apabila dibaca. Hadisnya dikatakan dari Kitab Al Sunna oleh Abdullah bin Ahmad, vol. 1, hal. 272.  Terjemahannya lebih kurang begini:  Ketika Muhammad tiba di langit ketujuh sewaktu Isra dan Mi’raj, baginda bertemu dengan malaikat Jibril, yang segera berkata kepada Muhammad, "Tunggu, kerana Allah sedang solat." Muhammad bertanya, "Apakah Allâh melakukan solat?" Jibril menjawab, "Ya, Allah melakukan solat" Muhammad lalu bertanya, "Mengapa Allah melakukan solat?'  Jibril menjawab, “Memuji! Memuji Tuhan!” Hadis ini ada dimainkan oleh pembela atau apologis Kristian dalam membuktikan yang Allah itu bukan Tuhan sebenar yang patut disembah. Tentu sekali dalam kalangan Muslim pula menyatakan yang hadis itu hanyalah rekaan untuk memburuk-burukkan Islam dan menghina Allah. Saya cuba mencari hadis itu menggunakan pautan yang diberi dalam tangkapan skrin di atas (daripada sebuah saluran Apologis Kristian) tetapi mendapat keput

Gnostikisme mengisi teka-teki agama arus perdana

Imej
 Gnostikisme (Gnosticism) ialah fenomena yang paling menarik tapi merumitkan dalam sejarah agama di dunia Barat. Ia kurang dikenali di bahagian sebelah Timur, termasuk Malaysia. Pertama kali saya membaca tentang Gnostikisme, ia menyebabkan bulu roma saya naik dan keterujaan kerana ia mengisi teka-teki dalam naratif agama arus perdana terutamanya Islam dan Kristian. Contohnya mengapakah Tuhan membiarkan Adam dan Hawa memakan buah larangan , dan kenapakah terdapat kejahatan dan penderitaan di dunia ini? Juga siapa sangka tuhan yang saya sembah selama ini berkemungkinan Lucifer atau iblis? Ajaran Gnostikisme dipercayai tersebar pesat pada abad ke-2 dan ke-3. Meskipun ia suatu idea keagamaan yang sudah lama, istilah Gnosticism direka oleh sarjana Inggeris pada abad ke-17. Kata akarnya berasal daripada perkataan Yunani gnosis yang permaksud pengetahuan peribadi, langsung dan sebenar. Pengikut Gnostikisme lama mendakwa mempunya gnosis atau pengetahun peribadi, langsung dan sebenar tentang

Panteisme dan kepercayaan lama Melayu tentang Tuh

Don Miguel Ruiz, seorang penulis terkenal dan guru kerohanian dari Mexico berkata: “Anda adalah abadi; anda telah wujud berbilion tahun lamanya dalam manifestasi yang berbeza, kerana anda adalah kehidupan, dan kehidupan tidak boleh mati. Anda berada di dalam pokok, rama-rama, ikan, udara, bulan, matahari. Ke mana sahaja anda pergi, anda berada di sana, menunggu diri anda sendiri.” Kepercayaan bahawa segala-galanya di alam semesta ini membentuk satu Tuhan abstrak dipanggil Panteisme. Perkataan Panteisme terbentuk daripada Bahasa Yunani: πάν (pan) yang bermaksud segala dan θεός (theos) iaitu Tuhan. Dengan erti kata lain "Tuhan adalah Segalanya" dan "Segalanya ialah Tuhan".  Seperti Panteisme, orang Melayu dahulu sebelum kedatangan agama Hindu dan Islam mempercayai roh alam yang dipanggil Tuh. Malah perkataan "Tuhan" itu sendiri berasal daripada Tuh yang diberi akhiran "an". Tuh ialah roh alam atau semangat tunggal yang hidup bersekutu dengan alam.

Ulama Amerika Sheikh Dr Yasir Qadhi: Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie

Imej
 Seorang ulama terkenal Amerika, Sheikh Dr Yasir Qadhi, pada tahun 2019 dalam ceramahnya tentang tanda-tanda akhir zaman, berkata yang Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie. Ini kerana dia tidak dapat menerima pandangan klasikal Islam tentang Yakjuj dan Makjuj yang banyak masalah. Yasir Qadhi mengaku yang masalah ini menyebabkan ada Muslim yang keluar daripada Islam kerana cerita-cerita tidak masuk akal dalam sumber sahih Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj. Antara masalah tafsiran klasikal Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj mengikut Yasir Qadhi adalah dia sukar mempercayai Yakjuj dan Makjuj itu dikurung di sebalik tembok selama beribu-ribu tahun lamanya di suatu tempat oleh Zulqarnain. Bagaimana struktur tembok ini boleh bertahan beribu-ribu tahun lamanya? Sedangkan tembok besar China pun perlu diperbaiki. Tambahan pula segala muka bumi ini telah dipetakan oleh satelit dan sebagainya dan mereka tidak menjumpai pun tembok dan kaum yang dikurung dipanggil yakjuj dan makjuj. Kata Yasir Qadhi,

Jenayah, korupsi dan agama

Imej
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan lagi dengan isu korupsi. Kali ini skandal pemerolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang menelan kos RM9 bilion. Seorang bekas pegawai Boustead Naval Shipyard yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Laut didakwa melakukan pecah amanah lebih RM21 juta. Dia tidak mengaku bersalah. Tidak dapat dinafikan korupsi itu berlaku di mana-mana, namun adakah agama dijadikan justifikasi untuk korupsi, dan jenayah? Ironinya ramai Muslim yang berpendapat agama itu menghalang melakukan perbuatan korupsi dan jenayah. Tapi sepanjang sejarah Islam, kita diberitahu bahawa antara sebab Khalifah Uthman, salah seorang khalifah rashidun, dibunuh kerana amalan korupsi. Terdapat juga beberapa ajaran Islam yang agak bermasalah kepada saya yang bagi saya mendorong kepada berlakunya korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Ini seperti ajaran yang Muslim itu walau sejahat mana pun akan masuk syurga selagi dia mengakui keesaan Allah. Satu perkara lagi, kebanyakan Muslim tidak begitu

10 Muharram, pengusiran Adam dan Hawa, dan buah khuldi khayalan

Imej
Umat Melayu-Islam baru sahaja menyambut 10 Muharram atau Hari Asyura dengan berpuasa dan memasak bubur Asyura. Tradisi berpuasa pada 10 Muharram meneruskan tradisi berpuasa yang diamalkan oleh orang Quraish musyirikin lama sebelum Islam. Selain hari golongan Syiah memukul-mukul dan mencederakan badan mereka, dikatakan Nabi Adam diterima taubatnya pada 10 Muharram kerana memakan buah khuldi. Menurut sumber-sumber Islam, Adam dan Hawa diusir dari syurga kerana makan buah khuldi larangan Allah. Katanya larangan itu adalah sebagai ujian daripada Allah. Sebenarnya saya ada masalah dengan cerita ini. Pertamanya kenapa dalam semua benda, kenapa dilarang memakan sejenis buah yang dinamakan khuldi? Tak adakah cara kreatif lain untuk menunjukkan atau menguji ketaatan manusia bernama Adam dan Hawa itu? Kalau Allah yang dikatakan Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil dan maha segala-galanya, kenapa sanggup mengusir makhluk kesayangan ciptaannya semata-mata kerana memakan buah? Seteru

Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Salman Rushdie

Imej
 Kemas kini: Hadi Matar, 24, dari Fairview New Jersey, dikenal pasti sebagai suspek yang menikam Salman Rushdie. ------ Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang lelaki yang menyerang dan menikam Salman Rushdie. Penulis yang banyak memenangi anugerah antarabangsa, Salman Rushdie telah ditikam dan diserang di New York. Beliau dilaporkan dalam keadaan kritikal. Serangan tidak bertamadun ini berlaku selepas beberapa siri cubaan bunuh terhadap beliau yang tidak berjaya susulan novel The Satanic Verses beliau yang diterbitkan pada tahun 1988 yang sumber inspirasinya adalah daripada kisah Muhammad sendiri. Saya ada mengulas tentang isu Ayat-ayat Syaitan di sini . Penterjemah The Satanic Verses versi Jepun, Hitoshi Igarashi ditikam sampai mati pada tahun 1991. Pemimpin Republik Islam Iran Ayatollah Khomeini pernah mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan pembunuhan Salman Rushdie. Tonton pendapat Abdullah Sameer kenapa kita perlu bersuara terhadap ajaran dogma Islam yang menggalakkan kegan

Isu ajaran sesat, seperti mengata dulang paku serpih

Imej
 Beberapa minggu kebelakangan ini, isu ajaran sesat kembali timbul dalam akhbar. Antaranya isu  Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah  yang menunggu kedatangan Imam Mahdi dan ajaran Hadi Minhallah yang dari pembacaan saya dianggap sesat kerana tular video perhimpunan kumpulan itu di Langkawi yang turut memaparkan tindakan golongan wanita mencium tangan si guru. Antara sistem kepercayaan berstruktur ( organized religion ) manusia seperti Kristian, Yahudi, dan terutama sekali Islam, "ajaran sesat" (atau heresy ) merupakan suatu isu yang besar. Tetapi antara tiga sistem kepercayaan berstruktur ini, Islamlah yang paling fobia tentang "ajaran sesat". "Ajaran sesat" di sini merujuk kepada kepercayaan yang dianggap oleh pihak berkuasa agama sebagai menyeleweng daripada sistem kepercayaan rasmi seperti sistem kepercayaan rasmi Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Di Malaysia, "ajaran sesat" membawa konotasi buruk dan pengikut "ajaran sesat" ada yang

Mengenal pasti kepalsuan dalam mencari kebenaran

 Ketika saya berbalas-balas hujahan dengan kenalan mengenai isu kebenaran, Islam dan ketuhanan, salah satu hujah yang diberikan adalah kebenaran itu relatif. Bagi kenalan saya itu, kebenaran kepada saya adalah kerana saya ingin menyesuaikan kebenaran itu dengan cara hidup yang tidak mahu dikongkong dan melakukan apa sahaja. Hujah kenalan saya ini ada kebenarannya. Sememangnya apabila kita tidak lagi terkongkong oleh batas artifisial atau imaginari yang ditetapkan oleh agama Islam dan fahaman-fahaman agama lain, fikiran kita bebas untuk berfikir tentang penerangan lain tentang sesuatu perkara. Contohnya kalau Allah itu maha adil dan maha kuat dan maha penyayang, kenapa dia tidak berbuat apa-apa tentang nasib rakyat Palestin, dan Syria yang dilanda perang dan berkecamuk? Kenapa ada bayi yang dilahirkan cacat atau menghidap penyakit kanser dan menderita sepanjang hidup mereka? Bagaimana jika sebenarnya jawapan-jawapan kepada persoalan ini adalah kerana kewujudan Allah itu sendiri adalah s

7 klip video seks punca kehancuran mahligai bahagia Mizz Nina-Noh Hujan?

Imej
Betulkah ada 7 klip video seks yang menyebabkan rumahtangga pasangan selebriti Mizz Nina-Noh hancur musnah? Pasangan selebriti sudah berkahwin selama 11 tahun itu akhirnya mengumumkan perceraian yang dibuat oleh Noh sendiri di laman Instagram beliau.  Perceraian ini nampaknya makin menguatkan pandangan masyarakat yang selebriti dan artis ini kalau kahwin tak kekal. Bagaimana agaknya jika masyarakat mengamalkan pandangan yang lebih liberal tentang perkahwinan, seperti berkahwin sementara untuk keseronokan tanpa komitment? Dan tahukah anda perkahwinan kontrak sementara mut'ah diamalkan pada zaman Muhammad sehinggalah Umar melarangnya? Menurut sesetengah ulama' terutamanya syiah, Quran 4: 24, membenarkan perkahwinan kontrak sementara atau mut'ah. Maka wanita-wanita yang kamu menikmatinya (menikmati hubungan seks), berikan kepada mereka upah yang telah dipersetujui. (Quran 4: 24) Menurut sejarah Islam, terutamanya dari sumber syiah, mut'ah ini diamalkan pada zaman Muhammad

Dipotong tangan kerana sehelai kain alas tidur

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengatakan Pas akan terus memperjuangkan hudud, melalui usaha kerajaan negeri Kelantan termasuk melalui usul RUU355 yang meningkatkan kuasa mahkamah syariah dan sambutan Hari Hudud di Kelantan setiap tahun untuk memberi penerangan tentang hukum hudud. Beliau berkata: "Apabila sebut undang-undang Islam, terus terfikir dalam kepala dia, potong tangan. Asal mencuri, potong tangan. Dia tidak tahu syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi." Boleh rujuk kenyataan di sini , dan di sini . Berkenaan hukum potong tangan saya jumpa hadis di bawah yang pencuri kain dipotong tangan walaupun mangsa yang barang dicuri sudah memaafkan. Boleh pula Muhammad membalas balik seolah-olah nilai kehilangan tangan itu lebih rendah daripada nilai kain 30 dirham. Apa pula syarat-syarat dan kriteria-kriteria yang dimaksudkan Timbalan MB Kelantan kalau Muhammad pun ikut suka hati memotong tangan kerana mencuri kain?  Sila baca ha

Ali nyaris tetak leher lelaki sida

Imej
  Anas meriwayatkan bahawa seseorang dituduh telah berzina dengan hamba perempuan Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Ali: Pergilah dan tetak (potong) lehernya. Ali pergi kepada lelaki itu dan dia mendapati lelaki itu di dalam perigi untuk menyejukkan tubuhnya. Ali berkata kepadanya: Keluarlah, dan apabila Ali memegang tangan lelaki itu dan membawanya keluar, Ali mendapati bahawa alat kelaminnya telah dipotong. Hadrat Ali menahan diri daripada menetak leher lelaki itu. Ali kemudian pergi berjumpa Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, dia tidak mempunyai alat kelamin pun padanya. (Hadith sahih) Rujukan:  Sahih Muslim 2771 Nota kaki Hamba perempuan itu bernama Mariya Al Qibtiah. Lelaki yang dituduh melakukan zina atau seks tanpa nikah itu pula Mabur. Sida bermaksud lelaki yang sudah dipotong zakarnya. Biasanya sida adalah hamba. Melempar tuduhan berzina tanpa bukti adalah berat dan boleh dikenakan hukum qazaf. Jadi kenapa Muhammad boleh menuduh begitu?