Isu ajaran sesat, seperti mengata dulang paku serpih

 Beberapa minggu kebelakangan ini, isu ajaran sesat kembali timbul dalam akhbar. Antaranya isu Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah yang menunggu kedatangan Imam Mahdi dan ajaran Hadi Minhallah yang dari pembacaan saya dianggap sesat kerana tular video perhimpunan kumpulan itu di Langkawi yang turut memaparkan tindakan golongan wanita mencium tangan si guru.

Antara sistem kepercayaan berstruktur (organized religion) manusia seperti Kristian, Yahudi, dan terutama sekali Islam, "ajaran sesat" (atau heresy) merupakan suatu isu yang besar. Tetapi antara tiga sistem kepercayaan berstruktur ini, Islamlah yang paling fobia tentang "ajaran sesat". "Ajaran sesat" di sini merujuk kepada kepercayaan yang dianggap oleh pihak berkuasa agama sebagai menyeleweng daripada sistem kepercayaan rasmi seperti sistem kepercayaan rasmi Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Di Malaysia, "ajaran sesat" membawa konotasi buruk dan pengikut "ajaran sesat" ada yang digambarkan sebagai gila seks seperti dalam drama Guru Yahya tahun 1980-an, dan disisih oleh masyarakat. Malah mereka juga ditindas, dipenjarakan dan dipaksa mengikut kelas rehabilitasi agama oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama tanpa kerelaan. 

Tetapi jika kita membaca sejarah perkembangan Islam dari sudut pandangan apologis Kristian dan sarjana bukan Muslim, kepercayaan Islam itu sendiri boleh dikatakan sebagai menyelewengkan banyak ajaran yang dicedok daripada kitab-kitab rabbi Yahudi dan ajaran-ajaran Kristian termasuklah kisah-kisah lama yang tidak masuk akal dan ditolak sendiri oleh orang Kristian kerana sumbernya yang diragui.

Contohnya kepercayaan dalam ajaran Islam bahawa Jesus itu tidak mati di salib yang menyeleweng dan juga menukar nama Jesus kepada Isa yang dianggap oleh masyarakat Kristian Arab sebagai satu penghinaan dan penyelewengan nama Jesus/Yeshua oleh Muhammad. Beberapa cerita dalam Quran seperti Jesus yang bercakap ketika masih bayi dan membuat burung hidup daripada tanah liat juga dilihat sebagai bentuk penyelewengan oleh Islam kerana diambil daripada injil yang ditolak oleh orang Kristian seperti Injil Thomas dan Injil Tufuliyah Suryani (Syriac/Arabic Infancy Gospel). Islam juga mengambil banyak cerita daripada sumber apokrifa (apocrypha) Kristian yang diragui.

Sementara agama Kristian sudah bergerak ke maju hadapan dengan tidak lagi menganggap isu "ajaran sesat" atau heresy sebagai isu besar yang boleh dijadikan sebagai satu jenayah yang boleh dipenjarakan malah dibunuh atau dibakar hidup-hidup, Islam dan penganutnya masih terperangkap dalam minda abad ketujuh. 

Gambar: Jesus semasa bayi bersama Mary ibunya. Cerita bayi Jesus boleh bercakap telah ditolak oleh ajaran rasmi Kristian.



Ulasan

  1. i always wonder. why God complicates human thoughts. why mariam being pregnant without father. which leads misunderstood on human logic. and the Jesus crossed. why complicates human. its such a mess story.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu