Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2023

Kononnya Allah Maha Segalanya

Imej
Catatan ringkas: Setakat entri ini ditulis, gempa bumi dahsyat 7.8 skala ritcher yang melanda Turkiye dan Syria pada 6 Februari telah mengorbankan lebih 48,000 nyawa. Bukan sahaja nyawa banyak yang melayang tetapi juga banyak bangunan yang runtuh dan rosak. Dilaporkan lebih 84,000 runtuh atau rosak teruk di Turkiye sahaja termasuk "rumah Allah" iaitu masjid. Gempa bumi ketiga dilaporkan berlaku pada 20 Februari, dan sekurang-kurangnya 8 orang lagi mati. Pada mulanya saya ingin menulis panjang tentang konsep Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Segalanya. Tapi akhirnya saya rasa bentuk puisi pun boleh menyampaikan perasaan saya. Puisi berikut ditulis berdasarkan gempa bumi ini. Gambar: Sebuah masjid yang hancur akibat gempa bumi di Turkiye. Nampaknya Allah tak kisah rumahnya pun hancur. Gambar diambil daripada portal berita Aljazeera. Kononnya Allah Maha Segalanya Kononnya Allah Maha Berkuasa Namun tatkala gempa menggoncang bumi Turkiye dan Syria Dengan amarah kuasa alam semest

Tragedi Nabi Musailamah

Imej
Menurut naratif standard Islam, selepas kematian Muhammad, berlaku banyak pemberontakan dan kemunculan nabi-nabi palsu. Salah seorang nabi palsu ini dikenali sebagai Musailamah Al-Khazzab atau Musailamah Si Pembohong. Musailamah akhirnya berjaya dipenggal kepalanya dengan kejam oleh tentera Muslim yang juga membunuh 7,000 pengikut Musailamah dalam perang itu. Tragedi ini berlaku pada tahun 632 dalam perang Yamamah, sebahagian daripada kempen peperangan Riddah untuk menumpaskan pemberontakan dan menghapuskan nabi-nabi palsu.  Siapa sebenarnya Musailamah? Nama sebenar beliau adalah Maslama ibn Habib. Saya sebenarnya tertarik untuk mendalami cerita di sebalik Maslama selepas menonton video oleh seorang bekas Muslim Arab di saluran YouTube AhmadExMuslim. Menurut AhmadExMuslim, perkataan Muslim itu sebenarnya diambil daripada nama Maslama sendiri atau bermakna Keamanan, bukannya daripada "menyerah" seperti yang dikatakan oleh kebanyakan sejarawan dan sarjana Islam. Tulisan ini ada

Kisah terjadinya planet Zuhrah atau Venus daripada wanita cantik

Imej
Jika anda melihat planet Zuhrah atau Venus, ingatlah dalam Islam ia asalnya adalah seorang wanita cantik bernama Zuhrah. Kisahnya berkait rapat juga dengan kisah Harut dan Marut. Rasanya ramai yang tahu mengenai versi kisah malaikat Harut dan Marut mengajar sihir kepada manusia seperti sihir untuk memisahkan pasangan suami dan isteri. Dalam Quran disebut: Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir; dan mereka mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil, sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan, oleh itu janganlah engkau menjadi kafir". (Quran 2: 102) Dalam Arais Al-Majalis atau Kisah Nabi-Nabi terdapat satu kisah yang menerangkan ayat di a

Kasta manusia dan malapetaka dunia

Imej
Pertama sekali takziah dan simpati kepada mangsa gempa bumi di Turki dan Syria. Baiklah ke tulisan saya kali ini ada berkaitan dengan Turki dan malapetaka. Salah seorang pembaca di blog ini mencadangkan kepada saya untuk membaca berkenaan human biodiversity (HDB) atau biokepelbagaian manusia. Menurut teori HDB, bangsa-bangsa manusia itu terjadinya bukan disebabkan oleh konstruk sosial atau identiti yang diberikan berdasarkan peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Sebaliknya bangsa-bangsa itu berbeza disebabkan oleh biologi mereka, atau biologi memainkan peranan penting dalam identiti bangsa seseorang, termasuk dalam pembentukan tingkah laku dan kepintaran seseorang. Teori HDB ini mendapat kritikan kerana didakwa menggalakkan perkauman dengan menganggap terdapat bangsa manusia yang lebih superior dengan tahap intelek yang tinggi, dan kelakuan yang lebih beradab berbanding bangsa manusia yang lebih inferior dengan kelakuan yang buruk dan tahap intelek yang rendah. Anda boleh membaca meng

Dahulu aku menyembah Syaitan

Imej
  Terjemahan puisi oleh penulis dan intelektual Mesir Taha Hussein. Dahulu aku menyembah Syaitan Dahulu aku percaya engkau menyesatkan dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki! Pemberi Derita, Maha Berkuasa, Pemberi Kehinaan... dengan angkuh dan ego! Yang Maha Berkuasa memberi penderitaan, dan memperdayakan manusia dengan begitu licik! Engkau mahu tangan-tangan pencuri dipotong dan tubuh-tubuh wanita direjam dengan batu! Engkau menegakkan keadilan dengan pedang... tapi keadilan engkau menumpahkan darah! Jadi beritahu aku wahai pencipta bagi para pembunuh... di manakah Tuhan untuk mereka yang lemah? Jika engkau pencipta segalanya... engkau tidak akan menghalang sebahagian mereka untuk terus hidup. Kerana apa yang engkau boleh dapat daripada pembunuhan... selain daripada kemusnahan dan kematian? Adakah dahulu aku menyembah penyembelih yang menghancurkan hati mereka yang tidak berdosa? atau... Adakah dahulu aku menyembah Syaitan... yang dihantar kepada kita sebagai penutu