Pencarian Kebenaran

Sebelum ini saya memang seorang Muslim yang mengamalkan ritualnya. Malah setiap hari saya tidak lupa berdoa agar mati dalam iman dan dijauhkan daripada fitnah dajjal. Saya juga merupakan lepasan pelajar sekolah agama berasrama penuh. Namun dalam hati terdapat sedikit perasaan waswas tentang Islam. Contohnya Islam yang bertentangan dengan demokrasi, Muslim yang jumud, dan keobsesan dengan hukum hudud. Seolah-olah hanya dengan kembali mengamalkan Islam seperti abad ke-7, muslim dan negara Islam akan maju.

Banyak masa saya dihabiskan untuk menjustifikasikan kenapa saya masih percaya kepada Islam. Banyak juga masa saya habiskan untuk mempertahankan Islam di forum-forum online, Facebook dan sebagainya. Tapi jauh di sudut hati, saya berharap Islam pada suatu masa nanti akan berubah seperti agama Kristian yang melalui Reformasi. Namun pada masa sama, saya tahu yang bagi Muslim, ajaran Islam itu sudah "terpahat di batu" dan tidak akan berubah. 

Pada akhir tahun 2019, Covid-19 mula melanda dunia. Pandemik ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada perjalanan saya mencari kebenaran. Disebabkan pandemik itulah, saya mula membaca banyak pandangan alternatif yang tidak didapati daripada sumber aliran perdana. Disebabkan pandemik ini jugalah saya mula tidak mempercayai 100% mereka yang dianggap ahli dalam bidangnya, terutamanya jika terdapat konflik kepentingan.

Pembacaan dan penyelidikan tentang Covid-19 membawa saya kepada flat earth atau bumi datar, satu konsep yang tidak saya sangka membuka banyak lubang arnab (rabbit holes). Seperti dalam cerita Alice in the Wonderland, saya terus jatuh lebih dalam ke dalam lubang-lubang pendapat alternatif dan teori konspirasi.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Islam sebenarnya lebih menjurus kepada kepercayaan bumi datar. Cerita pengembaraan Zulqarnain dalam Surah Al-Kahfi jelas menggambarkan pandangan masyarakat pada masa itu tentang matahari yang beredar di atas bumi. Meskipun ramai yang menafikannya dengan alasan, ayat tentang matahari tenggelam dalam lumpur itu hanyalah kiasan, mereka tidak tahu, atau sengaja tidak merujuk, tentang hadis yang jelas menceritakan perihal matahari yang "berehat" di bawah arasy Allah.

Sebagai seorang pencari kebenaran, saya memang bersungguh-sungguh mencari maklumat tentang bumi datar. Memang pada mulanya saya agak teruja mendapat tahu yang terdapat dalil-dalil tentang bumi datar dalam Quran dan Hadis. Namun perlu diingat konsep bumi datar atau flat earth moden tidak sama dengan apa yang saya faham dalam Quran seperti tidak disebut tentang matahari yang tenggelam di dalam lumpur kerana ia hanya perspektif.

Satu perkara penting dalam pencarian kebenaran ini adalah kisah Zulqarnain. Dalam pembacaan dan penyelidikan saya mendapati kisah Zulqarnain itu sama seperti kisah mitos dalam Alexander Romance versi syriak. Penemuan ini menjadi pencetus kepada saya meragui Quran itu daripada wahyu Tuhan. 

Seperti domino atau binaan kad yang rapuh, kepercayaan saya tentang Islam runtuh satu persatu sejak itu. Dengan senangnya, semua yang saya rasa agak janggal atau ganjil tentang Islam "makes sense". Disebabkan Quran itu bukan perkataan Tuhan, tapi tulisan manusia maka Islam itu pun adalah hanya rekaan. Malah saya juga dapati tiada siapa sebenarnya tahu sebenarnya siapa manusia itu dan sejarah dunia ini. Terlalu banyak lubang arnab yang masih belum diterokai dan jika hanya bergantung kepada sumber Islam dan menolak sumber-sumber bukan Islam yang bertentangan dengan aqidah kerana takutkan menjadi sesat, saya tidak akan mencapai kemajuan dalam mencari kebenaran. 

Oleh itu saya membebaskan rangka minda saya daripada Islam, daripada hanya berfikir dalam ruang lingkup syariah. Ini juga membolehkan saya untuk berfikir dengan lebih jelas bagi menghadapi cabaran yang lebih besar seperti isu transhumanisme, pemerintahan zalim teknokrasi, dan sebagainya yang lebih mendesak dan terkesan kepada diri saya dan manusia keseluruhannya.

Dari situ juga, satu persatu kepalsuan Islam itu dibongkarkan dalam fikiran saya. Dan blog ini merupakan nukilan saya tentang apa yang saya fikirkan. Terlalu banyak dalam fikiran saya sekarang dan saya merasakan adalah lebih baik jika apa yang saya jumpa dicatatkan. Sesungguhnya, pencarian kebenaran itu bermula dengan kita mengenalpasti kepalsuan.


Xzack
11 Ogos 2022


Ulasan

  1. HAHAHAHAH, pendukung flat earth rupanyaaaa. bosan2 duduk rumah kena quarantine sampai mcm ni jadinya. kesian.

    This is typical in all conspiracy theorist, they're all just the same.
    It made you feel smart, doesn't it? pandai skit pun jadi la, lebih seinci pandai dari orang lain. kahkah.
    You just want that "special" feeling when you think you're unique, high above everyone else.

    It's time to wake up brother...waktu tidur dah habis.

    BalasPadam
  2. terbaik bro. saya dtg sini dari blog abu yusuf malizi. by the way, kalau kau minat rabbit hole mcm tu, aku cadangkan kau turun rabbit hole race realism aka human biodiversity. kalau kau cari kat google, memang banyak hasil pencarian akan keluar yang kata idea ni rasis/neo-nazi/alt-right apa entah, tapi jgn diperdaya, itu semua naratif. sebenarnya, ramai para liberal yg percaya idea ni mcm richard dawkins, eo wilson, jerry coyne, daniel dennett, wd hamilton dan ramai lagi. kalau kau minat, aku boleh tinggalkan beberapa pautan untuk kau teroka. tapi aku nak beri amaran yg walaupun race realism sebenarnya bukan teori rasis, ada je banyak rasis guna sebagai alasan untuk pandang rendah kepada bangsa lain. dan mcm biasa, jangan turut semua kata2 sumber aku beri secara buta, betul2 cerakin dan kajikan dgn perbandingan sumber. jgn diperdaya oleh naratif dari mana2 sudut, tak kisahlah liberal, konservatif, neo-nazi, komunis, dll. sentiasa bukakan minda ke ilmu dan kebenaran, tanpa berat sebelah.

    https://liberalbiorealism.wordpress.com/about/

    https://twitter.com/richarddawkins/status/678519868166152192

    https://jaymans.wordpress.com/about/

    https://whyevolutionistrue.com/2012/02/28/are-there-human-races/

    https://whyevolutionistrue.com/2018/03/23/finally-a-sensible-discussion-of-race/

    https://humanbiologicaldiversity.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Saya akan baca semuanya nanti.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu