Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2023

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 2

Imej
Antara kisah spesifik yang berlaku pada bulan Ramadan yang menimbulkan keanehan kepada saya sejak dahulu adalah cerita tentang syaitan yang dibelenggu atau dirantai ketika bulan puasa. Kalau begitu, mengapa masih terdapat kejahatan semasa bulan puasa? Kisah aneh ini didapati dalam hadis di bawah:   “Apabila datangnya Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 1899) Mengapa perlu wujud syaitan besar dan syaitan kecil? Jika seseorang sukar menjawab soalan, mereka akan menggunakan hujah yang komplek dan dibuat-buat untuk menjustifikasikan pendapat mereka. Perkara ini dipanggil mental gymnastic atau saya terjemahan sebagai gimnastik mental. Mungkin ada istilah yang lebih baik, tapi kali ini saya gunakan sahaja gimnastik mental. Gimnastik mental inilah yang dilakukan oleh syeikh dan ustaz-ustaz untuk menjawab keanehan kenapa masih ada kejahatan ketika di bulan Ramadan walaupun syaitan dibelenggu atau dirantai.

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 1

Imej
Menjelang bulan Ramadan dan puasa ini saya ingin menulis sedikit tentangnya. Untuk siri 1 ini saya ingin menulis tentang Malam Lailatul Qadar dan keanehan-keanehannya. Menunggu malaikat seperti malam menunggu Santa Klaus Malam Lailatul Qadar disebut dalam Surah ke-97 yang juga dipanggil Surah Al-Qadr. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kedua-duanya, ia dipanggil Malam Takdir dan Surah Takdir. Saya tak tahu apa kaitan nama Malam Takdir dan Surah Takdir dengan malam yang dikatakan lebih baik daripada 1,000 bulan. Itu salah satu masalah Quran iaitu nama surah yang tidak ada kaitan langsung dengan isi di dalamnya.  Berikut terjemahan Surah Al-Qadr. Ambil perhatian perkataan dalam kurungan adalah tambahan penterjemah, contohnya dalam ayat 1 tiada disebut Al-Quran tetapi ditambah oleh penterjemah. 1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, 2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? 3. Malam Lailatul-Qada

Robert Monroe dan projek CIA cuba menyingkap rahsia alam

Imej
Dalam entri lepas saya menulis mengenai kemungkinan terdapat dua organisma berbeza dalam beluncas yang menjadi rama-rama ( Mentega Terbang: Provokasi yang perlu ). Bagaimana jika manusia juga sebenarnya mempunyai satu lagi badan? Saya berkesempatan membaca buku Journey Out of the Body oleh Robert Monroe, pakar dalam pemikiran bawah sedar dan mimpi sedar (lucid dream). Dalam buku yang diterbitkan pada tahun 1972, Robert Monroe menulis tentang pengalaman beliau di luar badan fizikal (Out of Body Experience atau OBE) berkali-kali dengan menggunakan Badan Kedua. Beliau menyifatkan "Badan Kedua" sebagai badan bukan fizikal yang boleh meninggalkan badan fizikal dan melakukan perjalanan ke dimensi-dimensi dan alam lain. Menurut Monroe, Badan Kedua terdiri daripada tenaga, dan bersambung dengan badan fizikal melalui "tali perak" atau sambungan tenaga yang membolehkan Badan Kedua ditambat pada badan fizikal ketika melakukan perjalanan di alam lain. Badan Kedua ini mempunyai

Mentega Terbang: Provokasi yang perlu

Imej
Kecoh umat Melayu Muslim Malaysia dengan filem indie Mentega Terbang. Mereka yang kecoh ini termasuk parti politik tunggang agama PAS, pertubuhan-pertubuhan ultra Islam, individu, dan warga maya di media sosial. Mereka mendakwa filem Mentega Terbang mempunyai agenda untuk memurtadkan Muslim, menggalakkan liberalisme dan pluralisme agama. Filem Mentega Terbang ini hanya ditayangkan di platfrom dalam talian, dan kebanyakan mereka yang kecoh ini tak tonton pun filem itu pun cuma nampak klip-klip video pendek. Filem indie arahan Khairi Anwar ini mula ditayangkan pada tahun 2021 untuk tontonan terhad. Ia juga ditayangkan dalam festival filem di Indonesia dan di Universiti Malaya sebelum ini. Kontroversinya bermula apabila mula ditayangkan kepada umum pada platform penstriman Viu sejak bulan Februari. Selepas itu ada viral klip-klip video pendek berkenaan watak Muslim yang memegang anjing, dialog tak kisah makan babi, minum air holy water dan tentang reinkarnasi atau kelahiran semula.  Akiba

Kejahatan, penderitaan dan penyakit memutuskan ikatan manusia dengan tuhan

Imej
Pemikir dan ahli teologi Yahudi terkenal Dr Richard Rubenstein (1924-2018) menulis, "Mitos tentang tuhan yang maha kuasa dan maha mengetahui yang memerhati dan campur tangan sesuka hati tidak lagi dapat dipertahankan." (Rubenstein, R. L. (1966). After Auschwitz: Radical theology and contemporary Judaism . Johns Hopkins University Press.) Kata-kata Rubenstein terbit daripada pengalaman ngeri Holocaust yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi. Mengikut anggaran, seramai 6 juta orang Yahudi mati dibunuh oleh Nazi di Eropah pada Perang Dunia Kedua. Tragedi ini, menurut Rubenstein telah menghancurkan pemahaman tradisional Yahudi tentang tuhan sebagai pelindung seterusnya memutuskan ikatan perjanjian (covenant) antara tuhan dan orang Yahudi. Rubenstein bersama beberapa lagi pemikir Yahudi pada masa itu seperti Arthur Cohen, dan Emil Fackenheim mempersoalkan apa yang tuhan buat dengan tidak melindungi mereka daripada kejahatan Nazi. Perkara ini juga, mereka kata, menu

Keajaiban atau fenomena luar biasa bukan ukuran kebenaran

Imej
Dalam interaksi dan pengamatan saya, kebanyakan orang menggunakan keajaiban atau fenomena luar biasa sebagai ukuran untuk mengatakan sesuatu agama itu sebenar. Dalam bahasa inggeris kejadian ini dipanggil "miracle" atau kejadian ajaib yang tidak dapat diterangkan oleh sains atau peraturan alami yang dikaitkan dengan unsur-unsur keagamaan dan kepercayaan kepada kuasa tuhan.  Ada beberapa contoh keajaiban yang membawa kepada seseorang itu menjadi lebih dekat kepada agama mereka atau pun menganut agama yang bukan agama lahir mereka. Penyanyi Cat Stevens contohnya berkata dia masuk Islam selepas selamat daripada lemas dengan meminta tolong daripada tuhan. Tapi sebenarnya dalam Kristian juga banyak keajaiban atau fenomena luar biasa.  Keajaiban matahari menari di Fatima Gambar orang ramai melihat keajaiban matahari menari di Fatima, Portugal, pada 13 Oktober 1917 (Sumber daripada akhbar Portugal OSeculo) Salah satu yang saya baca adalah insiden Matahari Menari yang berlaku di sebu