Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 2

Antara kisah spesifik yang berlaku pada bulan Ramadan yang menimbulkan keanehan kepada saya sejak dahulu adalah cerita tentang syaitan yang dibelenggu atau dirantai ketika bulan puasa. Kalau begitu, mengapa masih terdapat kejahatan semasa bulan puasa?

Kisah aneh ini didapati dalam hadis di bawah: 

 “Apabila datangnya Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 1899)

Mengapa perlu wujud syaitan besar dan syaitan kecil?

Jika seseorang sukar menjawab soalan, mereka akan menggunakan hujah yang komplek dan dibuat-buat untuk menjustifikasikan pendapat mereka. Perkara ini dipanggil mental gymnastic atau saya terjemahan sebagai gimnastik mental. Mungkin ada istilah yang lebih baik, tapi kali ini saya gunakan sahaja gimnastik mental. Gimnastik mental inilah yang dilakukan oleh syeikh dan ustaz-ustaz untuk menjawab keanehan kenapa masih ada kejahatan ketika di bulan Ramadan walaupun syaitan dibelenggu atau dirantai.

Antara jawapan yang diberikan seperti di sini (fatwa khas Ramadan mengenai gangguan makluk halus pada bulan Ramadan), yang dirantai hanyalah syaitan-syaitan besar. Manakala syaitan-syaitan kecil masih berkeliaran dan kononnya kejahatan berkurangan pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.

Jawapan standard lain ialah manusia mempunyai hawa nafsu sendiri dan hawa nafsu manusia ini yang mempengaruhi tingkah laku manusia termasuk melakukan dosa dan jenayah. Jadinya tidak penting sama ada syaitan itu dirantai pada bulan Ramadan kerana perbuatan manusia itu dibuat atas kehendak manusia sendiri atau free will.

Anehnya, apa bezanya antara syaitan besar dan syaitan kecil? Adakah kejadian seorang lelaki yang memukul bapanya kerana ditegur membaca doa cepat untuk berbuka puasa yang dilaporkan media (Pukul bapa tegur baca doa buka puasa laju) dipengaruhi oleh syaitan kecil? 

Keanehan ialah kenapa wujudnya syaitan itu sendiri? Kerana tanpa syaitan pun manusia boleh melakukan kejahatan dan dosa. Anehnya juga Allah tidak menghapuskan langsung syaitan untuk menguatkan justifikasi bahawa segala kejahatan dan dosa yang dilakukan manusia itu adalah atas tanggungjawab manusia itu sendiri. Dengan menghapuskan langsung syaitan, maka menunjukkan Allah itu Maha Adil. Tapi dengan wujudnya syaitan menunjukkan Allah itu juga seperti syaitan dan membuat perancangan atau skema untuk menyesatkan manusia.

Free will manusia lwn. takdir dan kekuasaan tuhan

Keadaan manusia yang mempunyai hawa nafsu sendiri dan melakukan kejahatan dan dosa atas tanggungjawabnya sendiri membawa kepada persoalan free will atau kebebasan membuat sesuatu. Sementara itu dalam Quran 4: 14, Allah berkata: 

"Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakinya, juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya. " (Quran 4: 14)

Ayat di atas bermakna bahawa free will itu tidak wujud kerana segala sesuatu itu berlaku atas kehendak atau takdir Allah. Hanya dia yang menyesatkan manusia dan memberi hidayah kepada manusia. Sebab itulah Allah dikatakan Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. 

Jika free will itu wujud maka manusia berkuasa melakukan apa yang mereka mahu dan Allah tidak dapat meramal dan menghentikan apa yang manusia lakukan. Ia satu paradoks yang boleh dimudahkan seperti berikut:

Jika free will tidak wujud, manusia tidak bertanggungjawab atas perbuatan dan pilihan mereka.
Jika free will wujud, maka Allah sebenarnya tidak maha berkuasa dan maha mengetahui.

Maka sebab itulah dalam Kata-kata akhir saya kepada Allah, saya menulis: Wahai Allah! Jika kamu masukkan aku ke dalam neraka kerana dipertanggungjawabkan atas perbuatanku, maka kamu juga perlu dipertanggungjawabkan atas perbuatan kamu.

Akhir sekali satu video daripada Apostate Prophet mengenai free will.


Baca juga:

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 1

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 3

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 4

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 5


 


Ulasan

  1. "Tapi dengan wujudnya syaitan menunjukkan Allah itu juga seperti syaitan dan membuat perancangan atau skema untuk menyesatkan manusia."

    "Wahai Allah! Jika kamu masukkan aku ke dalam neraka kerana dipertanggungjawabkan atas perbuatanku, maka kamu juga perlu dipertanggungjawabkan atas perbuatan kamu."

    Ini petikan ayat kau, aku nak tanya,
    kau faham tak perkataan Tuhan, dari segi istilah dan bahasa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuhan konsep yang direka manusia mempunyai tafsiran berbeza antara budaya dan agama yang berbeza. Sebagai ateis saya tidak mempercayai kewujudan tuhan seperti Allah.

      Padam
    2. Dah jelas yang kau Tak faham.
      Kau hanya claim berdasarkan bacaan Dan firasat ntah apa2 yg Tuhan itu direka.

      Atheist bodoh jugak.

      Padam
    3. Sebab kamu anggap konsep tuhan tu macam tuhan dalam Islam. Ada orang anggap syaitan tu sebagai tuhan. Jesus tuhan, manusia tu asalnya tuhan. Aku tak percaya tuhan sadis macam Allah.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu