Rakyat Iran bangkit menolak Islam
Satu gelombang kebangkitan rakyat sedang melanda Republik Islam Iran. Gelombang kebangkitan rakyat yang menolak Islam di negara yang mengamalkan sistem teokratik Islam. Gelombang kemarahan ini menjadi lebih parah dengan kematian Mahsa Amini, wanita berusia 22 tahun, yang mati dibelasah oleh polis agama Iran kerana tidak memakai tudung dengan menampakkan rambut. Gambar: Wanita Iran membakar hijab dan memotong rambut sebagai protes terhadap kerajaan Islam Iran. Di jalan-jalan di Iran, gadis Iran, pemuda, pelajar universiti dan rakyat Iran secara umumnya melaungkan "marg bar diktator" atau "hancurlah diktator" dan nama Mahsa Amini. Sementara itu, wanita dan gadis Iran memotong rambut mereka dan membakar hijab sebagai tanda protes. Berada di luar tanpa hijab adalah kesalahan jenayah di Iran. Dalam sebuah video yang disiarkan dalam akaun Twitter pejuang demokrasi Iran Masih Alinejad, seorang wanita muda Iran berkata: "Kami benci dengan Republik Islam. Republik ...