Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kematian

Kemangkatan Ratu Elizabeth II, ke mana kita selepas kita mati?

Imej
 Ratu Elizabeth II, dari UK, dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 September 2022 di kediaman diraja Balmoral Castle di Scotland. Beliau meninggal dunia pada usia 96 tahun ketika dalam pemerhatian doktor susulan kesihatan yang merosot. Dengan kematian beliau, satu pelan yang dinamakan "Operation London Bridge" dilaksanakan.  Pintu cahaya putih  Ke mana kita pergi selepas kita mati? Tentu bukan London Bridge :) Seorang ateis tidak percaya kehidupan selepas mati. Tapi misteri ini menarik difikirkan kerana terdapat teori yang jiwa dan roh manusia seperti tenaga tidak boleh dimusnahkan. Saya tidak mahu membincangkan tentang teori Islam tetapi melihat kepada satu teori menarik tentang Perangkap Jiwa ( Soul Trap ). Menurut teori Perangkap Jiwa ini, apabila kita mati, jiwa atau kesedaran ( consciousness ) kita meninggalkan jasad kita. Kita akan nampak pintu cahaya putih yang seolah-olah menjemput kita untuk masuk melaluinya.  Idea tentang pintu cahaya putih sele...