Kenapa pertaruhkan kehidupan kerana Allah?
Saya pernah bertanya kepada seorang kenalan, kenapa masih kekal percaya kepada Allah atau Tuhan jika dia sudah tidak percaya atau meragui agama Islam. Dia menjawab kerana sekiranya memang betul Allah atau Tuhan itu wujud, sekurang-kurangnya dia selamat berbanding jika dia tidak percaya kepada Tuhan langsung. Saya tidak bertanya lanjut. Mungkin dalam fikirannya dan seperti kebanyakan fikiran orang Melayu, sekurang-kurangnya mereka tidak diseksa selama-lamanya di dalam neraka kalau pun mereka tidak sembahyang dan melakukan seks bebas. Ini selaras dengan apa yang dimomokkan kepada saya sejak kecil lagi bahawa walau ada sekelumit iman pun, orang yang percaya kepada Allah akhirnya akan masuk syurga. Fahaman seperti ini kata orang putih "play safe". Sebenarnya hujah ini sudah dibahas sejak sekian lama dan dipanggil Taruhan Pascal atau dalam bahasa Inggerisnya "Pascal's wager". Pascal merupakan seorang ahli matematik Perancis yang terkenal dengan probabiliti atau keb...