Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel selebriti

Perceraian Muhammad dan Hafsah, serta wanita yang menghadiahkan diri kepada Muhammad

Imej
Tulisan kali ini sebenarnya mendapat inspirasi daripada siaran di Facebook oleh Puan Asiah Abd Jalil yang berkata Nabi Muhammad pernah menceraikan tiga orang isterinya. Peguam Asiah mungkin mengulas untuk menunjukkan bahawa isteri yang meminta cerai daripada suaminya itu adalah satu perkara biasa dan Muhammad sendiri pernah menceraikan isterinya. Isu cerai ini menjadi hangat berikutan kes rumahtangga antara pengarah muda terkenal Syamsul Yusof dan isteri tuanya yang juga pelakon dan selebriti Puteri Sarah Liyana yang menuntut cerai kerana Syamsul berkahwin lain dengan pelakon Ira Kazar. Kalau Asiah tidak menulis mengenai perihal Muhammad yang menceraikan isterinya, bukan satu tetapi tiga, saya sejujurnya tidak tahu pun mengenai kisah ini. Sejak sekian lamanya, apa yang disajikan dan diajarkan kepada Muslim, terutama di Malaysia, bahawa Muhammad itu adalah suri teladan dan manusia yang amat sempurna perilakunya. Setelah melakukan carian di Internet, maka dapatlah saya maklumat bahar...

7 klip video seks punca kehancuran mahligai bahagia Mizz Nina-Noh Hujan?

Imej
Betulkah ada 7 klip video seks yang menyebabkan rumahtangga pasangan selebriti Mizz Nina-Noh hancur musnah? Pasangan selebriti sudah berkahwin selama 11 tahun itu akhirnya mengumumkan perceraian yang dibuat oleh Noh sendiri di laman Instagram beliau.  Perceraian ini nampaknya makin menguatkan pandangan masyarakat yang selebriti dan artis ini kalau kahwin tak kekal. Bagaimana agaknya jika masyarakat mengamalkan pandangan yang lebih liberal tentang perkahwinan, seperti berkahwin sementara untuk keseronokan tanpa komitment? Dan tahukah anda perkahwinan kontrak sementara mut'ah diamalkan pada zaman Muhammad sehinggalah Umar melarangnya? Menurut sesetengah ulama' terutamanya syiah, Quran 4: 24, membenarkan perkahwinan kontrak sementara atau mut'ah. Maka wanita-wanita yang kamu menikmatinya (menikmati hubungan seks), berikan kepada mereka upah yang telah dipersetujui. (Quran 4: 24) Menurut sejarah Islam, terutamanya dari sumber syiah, mut'ah ini diamalkan pada zaman Muhammad...