Perceraian Muhammad dan Hafsah, serta wanita yang menghadiahkan diri kepada Muhammad

Tulisan kali ini sebenarnya mendapat inspirasi daripada siaran di Facebook oleh Puan Asiah Abd Jalil yang berkata Nabi Muhammad pernah menceraikan tiga orang isterinya. Peguam Asiah mungkin mengulas untuk menunjukkan bahawa isteri yang meminta cerai daripada suaminya itu adalah satu perkara biasa dan Muhammad sendiri pernah menceraikan isterinya. Isu cerai ini menjadi hangat berikutan kes rumahtangga antara pengarah muda terkenal Syamsul Yusof dan isteri tuanya yang juga pelakon dan selebriti Puteri Sarah Liyana yang menuntut cerai kerana Syamsul berkahwin lain dengan pelakon Ira Kazar.

Kalau Asiah tidak menulis mengenai perihal Muhammad yang menceraikan isterinya, bukan satu tetapi tiga, saya sejujurnya tidak tahu pun mengenai kisah ini. Sejak sekian lamanya, apa yang disajikan dan diajarkan kepada Muslim, terutama di Malaysia, bahawa Muhammad itu adalah suri teladan dan manusia yang amat sempurna perilakunya.

Setelah melakukan carian di Internet, maka dapatlah saya maklumat baharu berkaitan Nabi Muhammad bahawa beliau juga manusia biasa dan menceraikan isterinya. Anda boleh dapati maklumat itu di sini

Menurut artikel yang bertajuk The Divorces of the Prophet Muḥammad, Nabi Muhammad menceraikan tiga orang isterinya iaitu: (1) Ḥafṣah bt Umar; (2)  Bint al-Jawn (3); dan  Umm Sharīk Ghaziyyah bt. Jābir. Perlu diingat ini hanya kes cerai yang diketahui dilakukan oleh Muhammad.

Kes perceraian Hafsah bt Umar agak terkenal kerana bukan sahaja Hafsah merupakan anak perempuan kepada Khalifah Ar-Rashidun yang kedua, Umar Al-Khattab, tetapi kerana kes perceraian Hafsah disebut dalam Surah At-Tahrim (66:1-5). Kejadian ini berlaku kerana Hafsah memberitahu sesuatu rahsia yang tidak sepatutnya diberitahu kepada isteri-isteri Muhammad yang lain. 

Tidak diberitahu dalam ayat itu apakah rahsia itu. Juga ayat ini juga tidak jelas sama ada Muhammad menceraikan Hafsah, cuma diberitahu dalam ayat itu berupa ancaman yang Muhammad boleh menceraikan mereka dan menggantikan mereka dengan perempuan lain yang "lebih baik". Hanya melalui tafsir seperti Qurtubi diberitahu bahawa Hafsah diceraikan dan Muhammad tidak merujuknya kembali. Namun berdasarkan pembacaan saya selama ini, insiden ini berkaitan dengan Muhammad yang kantoi kerana bercumbu-cumbuan dengan hamba Maria Qibtiyah di atas katil dan di rumah Hafsah sendiri. Boleh dibaca di sini oleh Abu Yusuf Al-Malizi. Beliau juga ada mengulas isu poligami dalam Islam dengan panjang lebar di sini.

Penyorokan fakta pemimpin kultus

Saya kira selain isu cerai yang pengasas Islam sendiri pun melakukan terhadap isterinya, isu besar di sini adalah penyorokan fakta oleh ulama-ulama sama ada zaman dahulu sehingga sekarang tentang kehidupan peribadi Nabi Muhammad yang tidak begitu membanggakan.  Saya tidak ingat diajar tentang kisah Muhammad dan hambanya Maria Qibtiyah, dan juga mengenai beliau menceraikan Hafsah diajar dalam subjek sirah Muhammad dan bab perceraian umpamanya. Saya hanya tahu apabila membuat pembacaan sendiri dan penyelidikan sendiri.

Terima kasih kepada Internet, semakin hari semakin banyak maklumat tersembunyi yang kini terbuka di hadapan kita mengenai Nabi Muhammad dan Islam. Satu lagi fakta yang menarik berkenaan perceraian Muhammad dan Umm Sharīk Ghaziyyah (kes no. 3 yang disebut di atas) ialah berkenaan Umm Sharik Ghaziyyah yang menghadiahkan atau menawarkan dirinya sendiri untuk disetubuhi Muhammad tanpa maskahwin. Tindakan Umm Sharik Ghazziyyah ini dikatakan menyebabkan turunnya ayat 50 Surah Al-Ahzab.

Dalam ayat 50 ini, Allah memberi izin kepada Muhammad untuk menyetubuhi mana-mana wanita termasuk yang "menawarkan diri" kepada beliau tanpa ada had. Yang peliknya kebenaran bersetubuhan dengan mana-mana wanita yang menyerahkan dirinya dalam ayat ini hanya terpakai kepada Muhammad seorang, tidak kepada pengikut beliau dan Muslim yang lain. Muhammad dikatanya menceraikan Umm Sharik Ghazziyyah kerana Umm Sharik seorang wanita yang sudah tua bagi Muhammad. Ini dikisahkan dalam kitab Tabaqat oleh Ibnu Saad, atau lebih dikenali dengan panggilan Waqidi, seorang penulis sejarah, biografi dan sarjana Arab yang meninggal dunia pada tahun 845 Masihi. Perkara ini dan berkenaan keizinan kepada Muhammad untuk bersetubuh dengan wanita yang "menawarkan diri" kepadanya untuk seks, sepatutnya menjadi 'red flag', bendera merah atau tanda amaran kerana ia menunjukkan ciri-ciri seorang 'cult leader' atau pemimpin kultus yang mahukan kuasa, wang, dan wanita untuk dirinya sendiri.

Sila juga baca isu berkaitan cerai ini yang pernah saya tulis di sini.



Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu