Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Antara keindahan selepas meninggalkan Islam dan tidak mempercayai agama adalah kebebasan menentukan tujuan hidup sendiri. Ia jauh lebih baik daripada menjadi hamba kepada sesuatu bernama Allah yang tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Ia lebih baik daripada memenjarakan diri mengikuti undang-undang agama yang kolot, zalim dan tidak munasabah. Daripada mengikut secara takliq atau membabi buta apa yang ditulis dalam Quran, mempercayai cerita dongeng di dalamnya, bukankah lebih baik tujuan hidup itu dibuat untuk mencari tentang apa itu Allah dan adakah cerita-cerita dalam Quran itu benar?

Ahli falsafah Yunani, Plato, berkata tujuan hidup adalah untuk mendapatkan pengetahuan tentang diri kita sendiri. Plato berpendapat tujuan hidup itu adalah untuk mencari pengetahuan tentang diri dan alam sekitar termasuk haiwan dan benda bukan bernyawa yang berada di sekeliling kita. Dengan menetapkan tujuan mencapai pengetahun diri, manusia itu akan mencapai tahap tertinggi kebenaran tentang dirinya. 

Antara yang tidak logiknya tentang tujuan hidup mengikut Islam ini adalah tujuan manusia dan jin dicipta hanya untuk menyembah Allah. Kalau itu tujuannya, maka lebih baik Allah mencipta manusia itu seperti robot atau malaikat. Kenapa pula mencipta syaitan dan iblis dengan tujuan menggoda manusia. Adakah Allah seorang tuhan yang sadis atau tuhan yang mendapat kenikmatan dengan menyebabkan manusia sakit, menderita, dan penghinaan? Dalam Quran sendiri disebut Allah pembuat rancangan jahat yang terbaik (wallahu khairun makirin, Quran 3:54). Perkataan makar dalam bahasa Arab bermakna penipuan, helah, dalih, tipu daya, dan sebagainya yang negatif (sila rujuk https://www.wordhippo.com/what-is/the-meaning-of/arabic-word-ef0850633ff3582b53a4013082e2f0d2642f005b.html) Jadinya Allah seperti Iblis dan Syaitan yang memperdaya. Kerana itu ada yang berkata Allah ini sebenarnya ialah Iblis sendiri. 

Gambar di bawah adalah sebahagian daripada makna "makar". 


Manfaat zaman ledakan maklumat di hujung jari dalam mencari kebenaran

Manusia ini ada beraneka perangai. Tujuan hidup anda tidak semestinya sama seperti saya. Seperti yang saya tulis sebelum ini, tujuan saya adalah untuk mencari kebenaran. Saya sudah jumpa banyak bukti yang Islam itu adalah rekaan manusia sahaja. Jadi tidak ada sebab untuk saya terus mengikut ajarannya, apatah lagi mencari justifikasi untuk terus mempercayainya dan mempertahankannya. 

Jika dahulu, maklumat didapati daripada pembacaan buku, kini maklumat berada di hujung jari dengan teknologi Internet dan pengkomputeran awan. Saya tak dapat bayangkan ledakan maklumat yang lebih besar lagi apabila teknologi pengkomputeran kuantum dan kecerdasan buatan atau AI semakin maju. Jika Plato hidup pada zaman teknologi Internet dan ledakan maklumat, dia pasti akan memanfaatkan sepenuhnya untuk mencari pengetahuan kebenaran diri. 

Saya sebenarnya sangat berterima kasih kepada COVID-19 yang memberi saya banyak masa untuk membaca disebabkan perintah kawalan pergerakan. Daripada COVID-19 kepada Flat Earth dan Gnostik kepada akhirnya tidak mempercayai Islam dan agama secara umumnya.

Kata-kata akhir saya kepada Allah

Pepatah Inggeris menyebut "to err is human" bermakna sifat manusia itu membuat kesilapan. Saat saya mati nanti dan jika saya berjumpa dengan Allah. Inilah kata-kata akhir saya kepada Allah:

Wahai Allah! Jika kamu benar-benar wujud, dan kamu juga tahu apa ada dalam hati aku, jadi kamu tahu aku telah buat yang terbaik untuk mencari kebenaran.

Wahai Allah! Jika kamu maha mengetahui maka kamu tahu aku telah melakukan pencarian secara jujur dan ia membawa aku kepada kesimpulan bahawa kamu tidak wujud.

Wahai Allah! Sifat kemanusiaan dalam diri saya membawa saya kepada kesimpulan bahawa Islam membawa kepada permusuhan sesama manusia.

Wahai Allah! Adakah kamu mahu aku menjadi seorang hipokrit meskipun hati dan minda aku dengan jelas menolak kewujudan kamu?

Wahai Allah! Jika kamu masukkan aku ke dalam neraka kerana dipertanggungjawabkan atas perbuatanku, maka kamu juga perlu dipertanggungjawabkan atas perbuatan kamu.

Kamu perlu menjawab kenapa aku tidak dapat menemuimu ketika aku menjadi bukti kewujudan kamu. Kamu perlu menjawab kenapa terdapat berbilion orang yang dibakar di api neraka kerana mereka dilahirkan dalam keluarga bukan Muslim, lalu mereka juga mati sebagai bukan Muslim.

Sesunggu jika kamu menafikan niat sebenar aku untuk mencari kebenaran, lalu dakwaan kamu  إنما الأعمال بالنيات (Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung pada niatnya) adalah palsu, atau janji kamu mengenai seksa neraka yang abadi adalah palsu.

Sesungguh dalam Quran, dikatakan Allah akan memberi hidayat kepada sesiapa yang dia kehendaki. Dan saya telah belajar mengenai Islam sejak kecil lagi, tapi saya mendapati ia bukan satu kebenaran. Adakah salah saya jika Allah tidak memberikan hidayat kepada saya untuk terus berpegang kepada agamanya?

Bersambung

Siri Keindahan ateisme

Siri 1: Keindahan ateisme, pembebasan daripada penjara minda Islam

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup




Ulasan

  1. Damm son, you really suffer from this superiority complex, and europhile too.

    Hidayah sudah ada bang, just read your sentence, but slowly.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memandai je engkau. Hidayah tu kepercayaan dlm agama kau je.

      Padam
    2. Bangun tidur bang, pandemic pun dah lama habis, LOL.

      Padam
  2. Allah has created many worlds and beings which we cannot see.

    If man would only look at himself and contemplate the composition of his own body, especially after great scientific advances in medicine and in various other fields, with the development of scientific instruments to a great extent, he would know the Supreme Wisdom of Allah (Glorious & Exalted), His Absolute and Complete Power and His Wondrous and Amazing Design.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu kena belajar teori evolusi. Body kita nampak hebat sebab dah melalui evolusi jutaan tahun.

      Padam
  3. ”Dahulu sebelum kalian, ada seorang lelaki yang diseksa, tubuhnya ditanam di dalam tanah kecuali kepalanya, kemudian digergaji di kepalanya sehingga terbelah dua, tetapi seksaan itu tidak membuat mereka berpaling dari agamanya. Ada pula yang diseksa tubuhnya dengan sikat dari besi, sehingga daging mereka terpisah dari tulangnya, dan seksaan itu tidak membuat mereka berpaling dari agamanya. Allah S.W.T akan menyempurnakan agama ini, sampai nanti ada seorang yang berjalan dari Shana’a ke Hadlramaut , mereka tidak takut kecuali kepada Allah dan mungkin pada serigala yang akan memakan kambing-kambingnya. Tapi kalian adalah kaum yang tergesa-gesa.”

    BalasPadam
  4. Sejarah telah membuktikan, di mana para Sahabat Nabi S.A.W telah diseksa dengan dahsyatnya tetapi mereka sabar dan tahan diseksa tanpa berpaling dan menjual agama. Apakah mungkin kita mampu tabah seperti mereka?

    Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah S.A.W berjuang ketika Perang Badar (313 lawan 1,000). Kalau dinilai mengikut akal, tidak mungkin menang. Rasulullah S.A.W ketika itu berdoa memohon kepada Allah S.W.T yang membuat Abu Bakar kehairanan melihat bersungguh-sungguhnya Nabi S.A.W berdoa. Menghabiskan malamnya (17 Ramadhan) dengan berdoa sampai ke pagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Sejarah telah membuktikan, di mana para Sahabat Nabi S.A.W telah diseksa dengan dahsyatnya tetapi mereka sabar dan tahan diseksa tanpa berpaling dan menjual agama. Apakah mungkin kita mampu tabah seperti mereka?"

      Perkara yg sama brlaku kpd org2 kristian, apabila mreka diseksa dn dibunuh bramai2 ketika zaman pnguasa Rom belum memeluk agama Kristian. Pnganut2 Sikh juga sanggup dibunuh, bahkan guru2 utama mereka dipenggal kepala oleh penguasa Islam di India, tetapi mereka istiqamah memilih agama Sikh. Adakah ini mmbuktikan apa2?

      Ia tidak mmbuktikan kebenaran apa2, ia cuma mnunjukkan manusia sanggup mati untuk kepercayaan mereka, walaupun kpercayaan terhadap ssuatu prkara salah.

      "Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah S.A.W berjuang ketika Perang Badar (313 lawan 1,000). Kalau dinilai mengikut akal, tidak mungkin menang"

      Ini bohong, angka di medan perang bukan segalanya. Tentera Arab juga apabila berhadapan dengan Israel di perang 1967, jauh lebih ramai anggota dan banyak jumlah senjata. Pun begitu, dalam 6 hari mereka dikalahkan tentera Zionis dan Palestin dikuasai Israel sehingga hari ni. Jd hujahan2 kamu rapuh.

      Padam
  5. Friend,
    you need to re-read EVERYTHING that you type, evaluate your life, read it again, slowly,
    or have someone proofread it to you, let them tell you how dumb you are.

    "Wahai Allah! Jika kamu masukkan aku ke dalam neraka kerana dipertanggungjawabkan atas perbuatanku, maka kamu juga perlu dipertanggungjawabkan atas perbuatan kamu"

    One day when you found out Allah really exist, He DOESN'T need to be judge, He is the judge.
    Allah is the ultimate source of authority.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "One day when you found out Allah really exist, He DOESN'T need to be judge, He is the judge.
      Allah is the ultimate source of authority."

      Tak payah cakap banyak2, buktikan Allah kamu tu wujud. Klau tidak, tak payah buang masa semua orang.

      Padam
  6. Ntahnya..ni asyik claim je..bagi la bukti dulu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu