Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel syaitan

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 3

Imej
Malaikat atau syaitan? Hari Sabtu ini 8 April 2023 merupakan hari Nuzul Quran. Perkataan Nuzul Quran memberi maksud penurunan Quran. Kononnya Quran diturunkan pada malam ini dan kerana itulah bulan Ramadan dianggap istimewa, selain bulan berpuasa. Dalam kisah atau naratif standard Islam, Muhammad menerima lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq selepas bertapa di Gua Hira. Turunnya Quran dikatakan berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan pada tahun 610 masihi. Apa yang anehnya tentang kisah penurunan Quran? Selain kekeliruan yang saya tulis sebelum ini mengenai Surah Al-Qadar, apabila Quran dikatakan turun pada Malam Qadar (Lailatul Qadar), tulisan kali ini ingin menyentuh mengenai keanehan Muhammad menerima wahyu daripada perantara malaikat Jibrail. Ringkasnya, mengikut kisah oleh naratif standard Islam, Muhammad pergi ke Gua Hira untuk bertapa. Pada malam itu, Muhammad mendakwa didatangi oleh makhluk bersayap. Makhluk itu menyuruhnya untuk membaca. Muhammad berkata dia tidak boleh memba...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 2

Imej
Antara kisah spesifik yang berlaku pada bulan Ramadan yang menimbulkan keanehan kepada saya sejak dahulu adalah cerita tentang syaitan yang dibelenggu atau dirantai ketika bulan puasa. Kalau begitu, mengapa masih terdapat kejahatan semasa bulan puasa? Kisah aneh ini didapati dalam hadis di bawah:   “Apabila datangnya Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 1899) Mengapa perlu wujud syaitan besar dan syaitan kecil? Jika seseorang sukar menjawab soalan, mereka akan menggunakan hujah yang komplek dan dibuat-buat untuk menjustifikasikan pendapat mereka. Perkara ini dipanggil mental gymnastic atau saya terjemahan sebagai gimnastik mental. Mungkin ada istilah yang lebih baik, tapi kali ini saya gunakan sahaja gimnastik mental. Gimnastik mental inilah yang dilakukan oleh syeikh dan ustaz-ustaz untuk menjawab keanehan kenapa masih ada kejahatan ketika di bulan Ramadan walaupun syaitan dibelenggu atau ...

Peristiwa Gharaniq

Imej
Dalam tahun 1988, Muslim merusuh di seluruh dunia kerana sebuah buku kontroversi The Satanic Verses  (Ayat-Ayat Syaitan) karya Salman Rushdie. Aku ingat begitu marahnya Muslim sampaikan kepala dia ditawarkan berjuta-juta oleh Ayatollah Khomeini, pemimpin Iran pada masa itu. Tapi tahukah Muslim ini bahawa sebenarnya memang ada peristiwa yang ditulis oleh sejarawan Muslim seperti al-Waqidi, Ibn Saad, al-Tabari, dan Ibn Ishaq, serta pentafsir Quran dan pakar hadis seperti al-Tirmidhi dan dalam Sahih Bukhari bahawa memang pernah berlaku insiden yang Muhammad mengucapkan ayat-ayat Quran yang dikatakan hasil bisikan syaitan? Insiden ini dikenali sebagai peristiwa gharaniq.  Peristiwa atau insiden ini terjadi kerana dikatakan Muhammad terlalu inginkan agar golongan Quraish dan penduduk Mekah yang belum Muslim untuk masuk Islam. Sehingga beliau (Muhammad) menyebut dua ayat yang mengatakan berhala-berhala yang disembah kaum bukan Muslim di Mekah ketika itu iaitu Al-Latta, Al-Uzza dan A...