Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Islam

Pengagungan berlebihan Muhammad membawa kepada ajaran Sihulk

Imej
 Saya tidak terkejut pun apabila wujud ajaran mengatakan Muhammad itu adalah Allah seperti ajaran Sihulk yang mengejutkan masyarakat Islam di Malaysia baru-baru ini. Menurut laporan akhbar, ajaran Sihulk yang diasaskan oleh Suhaini bin Mohammad difatwakan sebagai sesat kerana menganggap Nabi Muhammad dan Allah adalah entiti yang sama. Pengasas ajaran Sihulk dilaporkan melarikan diri ke New Zealand daripada ancaman ditangkap oleh penguasa agama Islam Malaysia yang akan menangkap sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran yang bertentangan dengan tafsiran Islam mereka. Pengagungan Muhammad menerusi konsep Nur Muhammad Pertama kali saya mendengar mengenai ajaran Sihulk beberapa bulan yang lalu mengingatkan saya kepada konsep Nur Muhammad yang pernah saya dengar ketika di saya bersekolah agama berpuluh tahun lalu. Konsep ini mengatakan bahawa Muhammad adalah makhluk Allah yang pertama sekali diciptakan daripada cahaya (nur) Allah sebelum segala sesuatu yang lain. Konsep ini berdasarkan beber...

Kenapa saya tak takut kepada neraka jahanam Allah

Imej
Neraka yang dicipta Allah digambarkan dalam Quran sebagai tempat penyeksaan, penderitaan, dan pembakaran kepada mereka yang melakukan dosa, tidak taat dan tidak mempercayai ketuhanan Allah. Penghuni neraka juga terdiri kepada mereka yang menyekutukan Allah dengan makhluk lain. Penyeksaan di neraka digambarkan sangat panas dengan semuanya mendidih dan penghuninya yang menidakkan Allah akan berada di dalamnya "abadan abada" atau kekal selama-lamanya. Malah dalam bahasa Arab, neraka dipanggil Jahannam untuk menggambarkan ia sebagai tempat penyeksaan yang begitu panas dengan api yang menyala dan membara.  Dalam satu hadis Sahih Bukhari , dikatakan lebih 99 peratus manusia adalah penghuni neraka dan kebanyakan mereka adalah perempuan . Selain manusia, jin yang dibuat daripada angin api yang panas (Surah Al-Hijr 15:27) juga menjadi penghuni neraka. Di sini juga timbul kemusykilan, bagaimana agaknya jin yang dicipta daripada angin api boleh terseksa dengan api juga? Tapi perkara ini...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 4

Imej
Berapa banyak mata ganjaran sudah anda kumpul untuk ke syurga? Kisah aneh mengenai bulan Ramadan kali ini tentang ganjaran berlipat kali ganda. Seperti biasa apabila masuk bulan Ramadan  banyaklah iklan meminta Muslim membuat banyak amal kebajikan. Kononnya sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam bulan puasa ini seperti bersembahyang terawih, bertadarus Quran dan bersedekah, maka pahala didapati akan berlipat kali ganda berbanding pada bulan-bulan biasa. Selain itu mereka digalakkan mencari malam Lailatul Qadar yang kononnya lebih baik daripada 1,000 bulan. Jadinya bulan Ramadan ini seperti lubuk untuk mengumpul banyak pahala, analoginya seperti mengumpul banyak poin untuk ditebus di akhirat nanti!  Dalam satu hadis riwayat, Muhammad berkata mereka yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian meneruskan berpuasa sunat enam hari bersamaan puasa selama setahun. Dalam logik matematik mata ganjaran mereka, seperti yang dikatakan ulama besar Islam Imam Nawawi:  “Ganjarannya ...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 3

Imej
Malaikat atau syaitan? Hari Sabtu ini 8 April 2023 merupakan hari Nuzul Quran. Perkataan Nuzul Quran memberi maksud penurunan Quran. Kononnya Quran diturunkan pada malam ini dan kerana itulah bulan Ramadan dianggap istimewa, selain bulan berpuasa. Dalam kisah atau naratif standard Islam, Muhammad menerima lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq selepas bertapa di Gua Hira. Turunnya Quran dikatakan berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan pada tahun 610 masihi. Apa yang anehnya tentang kisah penurunan Quran? Selain kekeliruan yang saya tulis sebelum ini mengenai Surah Al-Qadar, apabila Quran dikatakan turun pada Malam Qadar (Lailatul Qadar), tulisan kali ini ingin menyentuh mengenai keanehan Muhammad menerima wahyu daripada perantara malaikat Jibrail. Ringkasnya, mengikut kisah oleh naratif standard Islam, Muhammad pergi ke Gua Hira untuk bertapa. Pada malam itu, Muhammad mendakwa didatangi oleh makhluk bersayap. Makhluk itu menyuruhnya untuk membaca. Muhammad berkata dia tidak boleh memba...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 2

Imej
Antara kisah spesifik yang berlaku pada bulan Ramadan yang menimbulkan keanehan kepada saya sejak dahulu adalah cerita tentang syaitan yang dibelenggu atau dirantai ketika bulan puasa. Kalau begitu, mengapa masih terdapat kejahatan semasa bulan puasa? Kisah aneh ini didapati dalam hadis di bawah:   “Apabila datangnya Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 1899) Mengapa perlu wujud syaitan besar dan syaitan kecil? Jika seseorang sukar menjawab soalan, mereka akan menggunakan hujah yang komplek dan dibuat-buat untuk menjustifikasikan pendapat mereka. Perkara ini dipanggil mental gymnastic atau saya terjemahan sebagai gimnastik mental. Mungkin ada istilah yang lebih baik, tapi kali ini saya gunakan sahaja gimnastik mental. Gimnastik mental inilah yang dilakukan oleh syeikh dan ustaz-ustaz untuk menjawab keanehan kenapa masih ada kejahatan ketika di bulan Ramadan walaupun syaitan dibelenggu atau ...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 1

Imej
Menjelang bulan Ramadan dan puasa ini saya ingin menulis sedikit tentangnya. Untuk siri 1 ini saya ingin menulis tentang Malam Lailatul Qadar dan keanehan-keanehannya. Menunggu malaikat seperti malam menunggu Santa Klaus Malam Lailatul Qadar disebut dalam Surah ke-97 yang juga dipanggil Surah Al-Qadr. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kedua-duanya, ia dipanggil Malam Takdir dan Surah Takdir. Saya tak tahu apa kaitan nama Malam Takdir dan Surah Takdir dengan malam yang dikatakan lebih baik daripada 1,000 bulan. Itu salah satu masalah Quran iaitu nama surah yang tidak ada kaitan langsung dengan isi di dalamnya.  Berikut terjemahan Surah Al-Qadr. Ambil perhatian perkataan dalam kurungan adalah tambahan penterjemah, contohnya dalam ayat 1 tiada disebut Al-Quran tetapi ditambah oleh penterjemah. 1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, 2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? 3. Malam Lail...

Tragedi Nabi Musailamah

Imej
Menurut naratif standard Islam, selepas kematian Muhammad, berlaku banyak pemberontakan dan kemunculan nabi-nabi palsu. Salah seorang nabi palsu ini dikenali sebagai Musailamah Al-Khazzab atau Musailamah Si Pembohong. Musailamah akhirnya berjaya dipenggal kepalanya dengan kejam oleh tentera Muslim yang juga membunuh 7,000 pengikut Musailamah dalam perang itu. Tragedi ini berlaku pada tahun 632 dalam perang Yamamah, sebahagian daripada kempen peperangan Riddah untuk menumpaskan pemberontakan dan menghapuskan nabi-nabi palsu.  Siapa sebenarnya Musailamah? Nama sebenar beliau adalah Maslama ibn Habib. Saya sebenarnya tertarik untuk mendalami cerita di sebalik Maslama selepas menonton video oleh seorang bekas Muslim Arab di saluran YouTube AhmadExMuslim. Menurut AhmadExMuslim, perkataan Muslim itu sebenarnya diambil daripada nama Maslama sendiri atau bermakna Keamanan, bukannya daripada "menyerah" seperti yang dikatakan oleh kebanyakan sejarawan dan sarjana Islam. Tulisan ini ada...

Kisah terjadinya planet Zuhrah atau Venus daripada wanita cantik

Imej
Jika anda melihat planet Zuhrah atau Venus, ingatlah dalam Islam ia asalnya adalah seorang wanita cantik bernama Zuhrah. Kisahnya berkait rapat juga dengan kisah Harut dan Marut. Rasanya ramai yang tahu mengenai versi kisah malaikat Harut dan Marut mengajar sihir kepada manusia seperti sihir untuk memisahkan pasangan suami dan isteri. Dalam Quran disebut: Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir; dan mereka mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil, sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan, oleh itu janganlah engkau menjadi kafir". (Quran 2: 102) Dalam Arais Al-Majalis atau Kisah Nabi-Nabi terdapat satu kisah yang menerangkan ayat di a...

Islam dibina seperti permainan telefon buruk

Imej
Islam itu dibina atas asas seperti dalam permainan telefon buruk. Apa itu permainan telefon buruk? Jika anda pernah mengikuti sebarang kursus pembinaan pasukan (team building) atau sebagainya mungkin anda pernah bermain permainan ini. Dalam permainan ini anda akan bermain dengan beberapa orang. Katakan anda pemain pertama. Sebagai pemain pertama, anda akan diberi masa sebentar untuk membaca sesuatu teks. Kemudian anda akan membisikkan kepada orang atau pemain lain tanpa melihat teks itu. Dan pemain itu pula akan membisikkan perkataan yang dibisikkan anda tanpa melihat teks asal. Begitulah seterusnya sehingga sampai kepada pemain terakhir. Pada akhirnya mesti akan terdapat perubahan pada mesej asal. Permainan ini juga dikenali dengan Chinese Whispers dalam bahasa Inggeris. Begitulah juga dengan agama Islam ini. Ia dibina atas tradisi lisan atau oral tanpa catatan pada awalnya. Menurut sejarah Islam itu pada awalnya tidak mempunyai bahan bertulis atau sangat sedikit sehinggalah tiba-tiba...

Selamat hari jadi, Muhammad!

Imej
 Tanggal Ahad ini 9 Oktober atau 12 Rabiul Awal merupakan Maulidur Rasul atau hari jadi Muhammad, pengasas agama Islam. Hari ini disambut oleh masyarakat Muslim secara besar-besaran dengan perarakan, selawat beramai-ramai, ceramah dan sebagainya. Hari jadi Muhammad ini disambut oleh kebanyakan negara Muslim dan majoriti Muslim kecuali di Arab Saudi dan Qatar. Di Malaysia ia dijadikan cuti umum.  Tiada sambutan hari jadi Muhammad semasa hidupnya juga pada zaman sahabat dan salaf tetapi menurut Majlis Agama Islam Selangor di sini , "masyarakat Islam semakin jauh... semakin jauh dari ilmu dan sirah yang menceritakan tentang kehidupan Rasulullah.. maka muncul para ilmuan Islam yang ingin memupuk rasa cinta kepada Rasulullah dengan meletakkan tarikh kelahiran baginda sebagai hari sambutan Maulidur Rasur." Pokoknya sambutan hari jadi ini kerana ingin memupuk kecintaan kepada Muhammad. Antara ulama Islam yang mengkritik sambutan hari jadi Muhammad sebagai bidaah adalah Ibn Taymiyah....

Quran tidak pernah mansuh perhambaan

Imej
 Antara topik sensitif yang tidak diketahui oleh kebanyakan Muslim adalah Islam tidak pernah menghapuskan perhambaan. Saya pernah bertanya kepada kenalan yang terkejut dengan fakta ini selain daripada posting-posting di media sosial oleh kebanyakan Muslim yang kononnya Islam telah memansuhkan perhambaan. Mereka tidak tahu Islam tidak pernah memansuhkan perhambaan sehingga sekarang. Benar Islam menggalakkan pembebasan hamba tetapi tidak ada dalil yang mengutuk perhambaan secara terang. Menggalakkan pembebasan tidak sama dengan mengharamkan perhambaan.  Muhammad sendiri dan para sahabat beliau mempunyai ramai hamba yang juga mereka setubuhi sebagaimana hukum dalam Surah Al-Mu'minuun, ayat 5-8 dan Al-Maarif, ayat 30. Amalan perhambaan masih diamalkan di Arab Saudi, tempat yang dikatakan kelahiran agama Islam, sehingga pada tahun 1962. Itu pun selepas didesak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tunisia merupakan antara negara Arab Muslim pertama yang secara rasmi menghapuskan p...

Ulama Amerika Sheikh Dr Yasir Qadhi: Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie

Imej
 Seorang ulama terkenal Amerika, Sheikh Dr Yasir Qadhi, pada tahun 2019 dalam ceramahnya tentang tanda-tanda akhir zaman, berkata yang Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie. Ini kerana dia tidak dapat menerima pandangan klasikal Islam tentang Yakjuj dan Makjuj yang banyak masalah. Yasir Qadhi mengaku yang masalah ini menyebabkan ada Muslim yang keluar daripada Islam kerana cerita-cerita tidak masuk akal dalam sumber sahih Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj. Antara masalah tafsiran klasikal Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj mengikut Yasir Qadhi adalah dia sukar mempercayai Yakjuj dan Makjuj itu dikurung di sebalik tembok selama beribu-ribu tahun lamanya di suatu tempat oleh Zulqarnain. Bagaimana struktur tembok ini boleh bertahan beribu-ribu tahun lamanya? Sedangkan tembok besar China pun perlu diperbaiki. Tambahan pula segala muka bumi ini telah dipetakan oleh satelit dan sebagainya dan mereka tidak menjumpai pun tembok dan kaum yang dikurung dipanggil yakjuj dan makjuj. Kata Yasir Qad...

Jenayah, korupsi dan agama

Imej
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan lagi dengan isu korupsi. Kali ini skandal pemerolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang menelan kos RM9 bilion. Seorang bekas pegawai Boustead Naval Shipyard yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Laut didakwa melakukan pecah amanah lebih RM21 juta. Dia tidak mengaku bersalah. Tidak dapat dinafikan korupsi itu berlaku di mana-mana, namun adakah agama dijadikan justifikasi untuk korupsi, dan jenayah? Ironinya ramai Muslim yang berpendapat agama itu menghalang melakukan perbuatan korupsi dan jenayah. Tapi sepanjang sejarah Islam, kita diberitahu bahawa antara sebab Khalifah Uthman, salah seorang khalifah rashidun, dibunuh kerana amalan korupsi. Terdapat juga beberapa ajaran Islam yang agak bermasalah kepada saya yang bagi saya mendorong kepada berlakunya korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Ini seperti ajaran yang Muslim itu walau sejahat mana pun akan masuk syurga selagi dia mengakui keesaan Allah. Satu perkara lagi, kebanyakan Muslim tidak beg...

10 Muharram, pengusiran Adam dan Hawa, dan buah khuldi khayalan

Imej
Umat Melayu-Islam baru sahaja menyambut 10 Muharram atau Hari Asyura dengan berpuasa dan memasak bubur Asyura. Tradisi berpuasa pada 10 Muharram meneruskan tradisi berpuasa yang diamalkan oleh orang Quraish musyirikin lama sebelum Islam. Selain hari golongan Syiah memukul-mukul dan mencederakan badan mereka, dikatakan Nabi Adam diterima taubatnya pada 10 Muharram kerana memakan buah khuldi. Menurut sumber-sumber Islam, Adam dan Hawa diusir dari syurga kerana makan buah khuldi larangan Allah. Katanya larangan itu adalah sebagai ujian daripada Allah. Sebenarnya saya ada masalah dengan cerita ini. Pertamanya kenapa dalam semua benda, kenapa dilarang memakan sejenis buah yang dinamakan khuldi? Tak adakah cara kreatif lain untuk menunjukkan atau menguji ketaatan manusia bernama Adam dan Hawa itu? Kalau Allah yang dikatakan Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil dan maha segala-galanya, kenapa sanggup mengusir makhluk kesayangan ciptaannya semata-mata kerana memakan buah? Seteru...

Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Salman Rushdie

Imej
 Kemas kini: Hadi Matar, 24, dari Fairview New Jersey, dikenal pasti sebagai suspek yang menikam Salman Rushdie. ------ Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang lelaki yang menyerang dan menikam Salman Rushdie. Penulis yang banyak memenangi anugerah antarabangsa, Salman Rushdie telah ditikam dan diserang di New York. Beliau dilaporkan dalam keadaan kritikal. Serangan tidak bertamadun ini berlaku selepas beberapa siri cubaan bunuh terhadap beliau yang tidak berjaya susulan novel The Satanic Verses beliau yang diterbitkan pada tahun 1988 yang sumber inspirasinya adalah daripada kisah Muhammad sendiri. Saya ada mengulas tentang isu Ayat-ayat Syaitan di sini . Penterjemah The Satanic Verses versi Jepun, Hitoshi Igarashi ditikam sampai mati pada tahun 1991. Pemimpin Republik Islam Iran Ayatollah Khomeini pernah mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan pembunuhan Salman Rushdie. Tonton pendapat Abdullah Sameer kenapa kita perlu bersuara terhadap ajaran dogma Islam yang menggalakkan k...

Isu ajaran sesat, seperti mengata dulang paku serpih

Imej
 Beberapa minggu kebelakangan ini, isu ajaran sesat kembali timbul dalam akhbar. Antaranya isu  Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah  yang menunggu kedatangan Imam Mahdi dan ajaran Hadi Minhallah yang dari pembacaan saya dianggap sesat kerana tular video perhimpunan kumpulan itu di Langkawi yang turut memaparkan tindakan golongan wanita mencium tangan si guru. Antara sistem kepercayaan berstruktur ( organized religion ) manusia seperti Kristian, Yahudi, dan terutama sekali Islam, "ajaran sesat" (atau heresy ) merupakan suatu isu yang besar. Tetapi antara tiga sistem kepercayaan berstruktur ini, Islamlah yang paling fobia tentang "ajaran sesat". "Ajaran sesat" di sini merujuk kepada kepercayaan yang dianggap oleh pihak berkuasa agama sebagai menyeleweng daripada sistem kepercayaan rasmi seperti sistem kepercayaan rasmi Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Di Malaysia, "ajaran sesat" membawa konotasi buruk dan pengikut "ajaran sesat" ada yang ...