Ulama Amerika Sheikh Dr Yasir Qadhi: Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie

 Seorang ulama terkenal Amerika, Sheikh Dr Yasir Qadhi, pada tahun 2019 dalam ceramahnya tentang tanda-tanda akhir zaman, berkata yang Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie. Ini kerana dia tidak dapat menerima pandangan klasikal Islam tentang Yakjuj dan Makjuj yang banyak masalah. Yasir Qadhi mengaku yang masalah ini menyebabkan ada Muslim yang keluar daripada Islam kerana cerita-cerita tidak masuk akal dalam sumber sahih Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj.

Antara masalah tafsiran klasikal Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj mengikut Yasir Qadhi adalah dia sukar mempercayai Yakjuj dan Makjuj itu dikurung di sebalik tembok selama beribu-ribu tahun lamanya di suatu tempat oleh Zulqarnain. Bagaimana struktur tembok ini boleh bertahan beribu-ribu tahun lamanya? Sedangkan tembok besar China pun perlu diperbaiki. Tambahan pula segala muka bumi ini telah dipetakan oleh satelit dan sebagainya dan mereka tidak menjumpai pun tembok dan kaum yang dikurung dipanggil yakjuj dan makjuj. Kata Yasir Qadhi, "Tafsiran arus perdana tidak masuk akal."

Satu lagi tafsiran ulama mengikut Yasir Qadhi adalah Yakjuj dan Makjuj ini tidak tinggal di atas bumi tapi di bawah bumi. Kerana itu mereka tidak dapat dikesan oleh satelit. Tapi bagaimana mereka membiak, bagaimana mereka hidup tanpa akses kepada sumber makanan, air, matahari dan lain-lain yang diperlukan untuk hidup? 

Tafsiran ketiga yang dibawa Yasir Qadhi yang kontroversi adalah mungkin Yakjuj dan Makjuj ini adalah zombie. Yasir Qadhi berkata mengikutnya ada kemungkinan pandangan ketiga ini lagi masuk akal kerana (1) Yakjuj dan Makjuj itu nampak seperti manusia tapi bukan manusia; (2) Yakjuj dan Makjuj itu juga kaum tidak dapat dikalahkan; (3) Yakjuj dan Makjuj itu melakukan perkara yang sangat pelik yang manusia normal tidak lakukan seperti boleh minum air laut sehingga kering; dan (4) dari segi mental Yakjuj dan Makjuj ini pun tidak betul kerana mereka berpendapat boleh mengalahkan penduduk di langi. Dan jika kita melihat pada genre karya dan filem horror zaman ini, tafsiran Yakjuj dan Yakjuj lebih merujuk kepada zombie. Zombile atau mayat hidup yang popular dalam filem-filem Hollywood tidak perlu makanan, bertindak ganas dan membunuh manusia, sukar ditewaskan serta tidak berfikir dan tiada emosi.

Walaupun berkata secara berseloroh dan terdapat tawa daripada mereka yang hadir, Yasir Qadhi berkata tafsiran zombie ini lebih masuk akal daripada tafsiran-tafsiran lain. Akhirnya Yasir Qadhi cuma berkata, "Hanya Allah yang tahu." 

Tafsiran zombie sebagai Yakjuj dan Makjuj ini dikritik oleh ramai orang sehingga Yasir Qadhi terpaksa membuat beberapa video untuk menerangkannya termasuklah baru-baru ini pada bulan Julai. Yasir Qadhi mengatakan pengkritiknya salah faham kerana tidak faham bahasa Inggeris atau mempunyai penyakit hati.

Pengkritik pula berkata apa yang ada dalam Quran dan Sunnah itu patut diterima oleh Muslim tanpa soal walau pun tidak logik. Kerana Allah boleh buat apa saja dan jangan mentertawakan ulama silam kerana mereka lebih superior. 

Masalah yang saya lihat tidak ada seorang pun daripada pengkritik Yasir Qadhi ini yang menjawab dengan jelas masalah yang diutarakan oleh Yasir Qadhi tentang tafsiran arus perdana dan klasikal Yakjuj Makjuj yang tidak masuk akal. Kerana itulah Muslim ini masih mundur kerana pengikutnya tidak dibenarkan menggunakan akal fikiran dan mempersoalkan ajaran Islam kerana apabila menggunakan akal fikiran mereka akan nampak Islam itu banyak yang mengarut! 

Tapi mungkinkah dunia ini akan berakhir disebabkan zombie? Topik ini menarik untuk diperkatakan dalam entri lain.

Gambar: Muka depan komik The Extinction Parade Volume 1 oleh Max Brooks dan Raolo Caceres tentang zombie, termasuk zombie bertudung, yang mencetuskan huru-hara di Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2014.

Rujukan

Shaykh Yasir Qadhi | The Signs of the End of Times, pt 6 - Ya'juj And Ma'juj (Video asal)

Library Chat #22: On Ya'jūj and Ma'jūj | Shaykh Dr. Yasir Qadhi (Jawapan "damage control" terkini oleh Yasir Qadhi)


Ulasan

  1. Ya aku juga pernah berfikir bahawa yakjuk dan makjuj tu zombie... Memandangkan sumber2 islam mengatakan god and magog tu manusia juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang cakap Yakjuj dan Makjuj ditiru Muhammad daripada kisah lama. Saya akan tulis lagi asal usul cerita ini kalau ada kesempatan.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu