Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel teori konspirasi

Robert Monroe dan projek CIA cuba menyingkap rahsia alam

Imej
Dalam entri lepas saya menulis mengenai kemungkinan terdapat dua organisma berbeza dalam beluncas yang menjadi rama-rama ( Mentega Terbang: Provokasi yang perlu ). Bagaimana jika manusia juga sebenarnya mempunyai satu lagi badan? Saya berkesempatan membaca buku Journey Out of the Body oleh Robert Monroe, pakar dalam pemikiran bawah sedar dan mimpi sedar (lucid dream). Dalam buku yang diterbitkan pada tahun 1972, Robert Monroe menulis tentang pengalaman beliau di luar badan fizikal (Out of Body Experience atau OBE) berkali-kali dengan menggunakan Badan Kedua. Beliau menyifatkan "Badan Kedua" sebagai badan bukan fizikal yang boleh meninggalkan badan fizikal dan melakukan perjalanan ke dimensi-dimensi dan alam lain. Menurut Monroe, Badan Kedua terdiri daripada tenaga, dan bersambung dengan badan fizikal melalui "tali perak" atau sambungan tenaga yang membolehkan Badan Kedua ditambat pada badan fizikal ketika melakukan perjalanan di alam lain. Badan Kedua ini mempunyai ...

Kasta manusia dan malapetaka dunia

Imej
Pertama sekali takziah dan simpati kepada mangsa gempa bumi di Turki dan Syria. Baiklah ke tulisan saya kali ini ada berkaitan dengan Turki dan malapetaka. Salah seorang pembaca di blog ini mencadangkan kepada saya untuk membaca berkenaan human biodiversity (HDB) atau biokepelbagaian manusia. Menurut teori HDB, bangsa-bangsa manusia itu terjadinya bukan disebabkan oleh konstruk sosial atau identiti yang diberikan berdasarkan peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Sebaliknya bangsa-bangsa itu berbeza disebabkan oleh biologi mereka, atau biologi memainkan peranan penting dalam identiti bangsa seseorang, termasuk dalam pembentukan tingkah laku dan kepintaran seseorang. Teori HDB ini mendapat kritikan kerana didakwa menggalakkan perkauman dengan menganggap terdapat bangsa manusia yang lebih superior dengan tahap intelek yang tinggi, dan kelakuan yang lebih beradab berbanding bangsa manusia yang lebih inferior dengan kelakuan yang buruk dan tahap intelek yang rendah. Anda boleh membaca meng...

UFO, alien dan masa depan agama

Imej
Tengah hari tadi saya berkesempatan berjumpa rakan rapat yang saya sudah lama kenal hampir 30 tahun. Kami sama-sama belajar di Amerika Syarikat dan berkongsi banyak pandangan mengenai Islam, politik, dan misteri dunia termasuklah fenomena UFO, alien (makhluk asing), kejadian mistik, dan gerakan Freemason di Malaysia. Selalunya memang seronok bercakap dengan orang yang mempunyai "wavelength" yang sama dengan kita tanpa dipandang sebagai orang pelik yang percaya dengan teori-teori konspirasi. Walaupun ada terdapat perbezaan pandangan dan pernah berbalah dalam hal politik pada masa dahulu, saya seronok bercakap dengannya kerana banyak mendapat perkara baharu yang saya tidak ikuti perkembangannya. Perbualan kami tadi ada menyentuh tentang fenomena UFO dan alien. Menurut rakan saya ini, dengan teknologi telefon pintar sekarang amat mudah untuk merakam kejadian pelik seperti UFO. Dia berkata terdapat banyak video di TikTok mengenai fenomena UFO, terutama yang terbaharu kelihatan di...

Ulama Amerika Sheikh Dr Yasir Qadhi: Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie

Imej
 Seorang ulama terkenal Amerika, Sheikh Dr Yasir Qadhi, pada tahun 2019 dalam ceramahnya tentang tanda-tanda akhir zaman, berkata yang Yakjuj dan Makjuj itu mungkin zombie. Ini kerana dia tidak dapat menerima pandangan klasikal Islam tentang Yakjuj dan Makjuj yang banyak masalah. Yasir Qadhi mengaku yang masalah ini menyebabkan ada Muslim yang keluar daripada Islam kerana cerita-cerita tidak masuk akal dalam sumber sahih Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj. Antara masalah tafsiran klasikal Islam mengenai Yakjuj dan Makjuj mengikut Yasir Qadhi adalah dia sukar mempercayai Yakjuj dan Makjuj itu dikurung di sebalik tembok selama beribu-ribu tahun lamanya di suatu tempat oleh Zulqarnain. Bagaimana struktur tembok ini boleh bertahan beribu-ribu tahun lamanya? Sedangkan tembok besar China pun perlu diperbaiki. Tambahan pula segala muka bumi ini telah dipetakan oleh satelit dan sebagainya dan mereka tidak menjumpai pun tembok dan kaum yang dikurung dipanggil yakjuj dan makjuj. Kata Yasir Qad...