Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir
Apakah tujuan hidup kita di dunia? Naratif Islam standard akan menjawab tujuan manusia hidup di dunia adalah untuk mengabdikan diri kepada penciptanya iaitu Allah selaras dengan Quran 51: 56. Naratif standardnya yang mudah pula ialah untuk mendapat habuan syurga kelak dengan menikmati bidadari dan melakukan apa sahaja yang diharamkan ketika hidup di dunia ini. Naratif Islam standard atau SIN ( standard Islamic narrative ) ini membayangi setiap tindakan Muslim, dan membentuk pandangan hidup mereka. Dengan kata lain, tujuan hidup, kehidupan dan apa sahaja di dunia ini bagi seorang Muslim adalah untuk tidak membuat Allah murka dan untuk mendapat keredaannya. Kerana jika Allah murka, dia akan dicampak dalam api neraka. Ideologi Islam, dan pemerintahan Islam wajib ditegakkan untuk membersihkan dunia ini daripada kemungkaran. Ditambah pula dengan ayat-ayat Quran dan Hadith, ia membentuk minda 'Us vs Them' iaitu antara Muslim lawan Kafir. Begitulah naratif yang ditanam dalam minda ...