Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

Pulau Besar keramat, manusia gergasi dan hadiah mistik

Imej
 Baru-baru ini saya berpeluang pergi ke Pulau Besar Melaka. Sebenarnya sudah lama juga saya berhasrat untuk ke Pulau Besar, terutama selepas mendengar berbagai cerita mistik mengenai pulau ini. Pulau yang terletak lebih kurang 13km dari Melaka ini dikatakan sebuah pulau yang dikatakan sebuah pulau keramat kerana terdapat beberapa makam atau kubur yang dikatakan kepunyaan wali dan pengembang awal agama Islam. Antaranya yang masih dijaga dengan baik adalah Kubur Sultan Al-Ariffin dan Kubur Syarifah Rodziah. Disebabkan ini, kebanyakan orang dikatakan mengunjungi Pulau Besar untuk meminta hajat dengan berdoa di tepi kubur-kubur ini. Malah ada juga yang ke pulau ini untuk meminta nombor ekor. Sebenarnya saya lebih tertarik dengan kewujudan kubur-kubur yang lebih panjang daripada kubur biasa di pulau tersebut. Contohnya untuk kubur Syarifah Rodziah ada lebih kurang lebih 20 jubin panjangnya. Saya cuba cari di Internet untuk mendapat lebih tepat ukuran tapi tidak temui panjang sebenar. Ada ya

Islam dibina seperti permainan telefon buruk

Imej
Islam itu dibina atas asas seperti dalam permainan telefon buruk. Apa itu permainan telefon buruk? Jika anda pernah mengikuti sebarang kursus pembinaan pasukan (team building) atau sebagainya mungkin anda pernah bermain permainan ini. Dalam permainan ini anda akan bermain dengan beberapa orang. Katakan anda pemain pertama. Sebagai pemain pertama, anda akan diberi masa sebentar untuk membaca sesuatu teks. Kemudian anda akan membisikkan kepada orang atau pemain lain tanpa melihat teks itu. Dan pemain itu pula akan membisikkan perkataan yang dibisikkan anda tanpa melihat teks asal. Begitulah seterusnya sehingga sampai kepada pemain terakhir. Pada akhirnya mesti akan terdapat perubahan pada mesej asal. Permainan ini juga dikenali dengan Chinese Whispers dalam bahasa Inggeris. Begitulah juga dengan agama Islam ini. Ia dibina atas tradisi lisan atau oral tanpa catatan pada awalnya. Menurut sejarah Islam itu pada awalnya tidak mempunyai bahan bertulis atau sangat sedikit sehinggalah tiba-tiba

Pengajaran Iran untuk orang Melayu

Imej
 Dalam masa dua bulan ini saya telah mendengar dua buku (melalui Audible) berkenaan Iran. Satu buku bertajuk  Iran's Great Awakening dan satu lagi bertajuk  From Miniskirt to Hijab. Kedua-dua buku ini memberi saya konteks untuk memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang berlaku di Iran sekarang yang sedang melalui revolusi menentang pemerintahan teokratik agama Islam.  Dalam Iran's Great Awakening , penulisnya Dr. Hormoz Shariat merupakan seorang bekas Muslim yang kini mengabdikan kehidupannya untuk Jesus Christ. Melalui stesen TV satelitnya, beliau memancarkan program agama Kristian ke masyarakat Iran yang semakin hari semakin menolak Islam. Apa yang menarik beliau meramalkan Iran akan menjadi sebuah negara Kristian. Negara Kristian yang dimaksudkan beliau bukanlah seperti apa yang kita fahami sebuah negara yang menjalankan hukum-hukum Kristian tapi lebih kepada negara sekular dengan nilai dan falsafah Kristian seperti mengutamakan pendidikan, menentang kezaliman, dan ka

Ukuran moraliti mengikut zaman

Imej
 Dalam tahun lepas ketika masih seorang Muslim, saya pernah diajukan soalan oleh seorang yang ateis tentang kenapa anak-anak Adam kahwin sesama adik-beradik sedangkan pada zaman moden tindakan itu sama sekali menyalahi undang-undang malah konsep moraliti. Saya menjawab ini kerana zaman itu manusia tidak ramai lagi dan dibolehkan oleh agama. Orang ateis itu kemudian membetulkan jawapan saya dengan mengatakan ukuran moraliti itu berubah mengikut zaman dan takrifan manusia.  Pada masa itu saya tidak begitu ambil kisah apa sahaja jawapannya. Kerana bagi saya tidak penting dan tanpa berfikir saya hanya mengiyakan apa sahaja alasan yang dikemukan oleh ulama Islam. Tapi kini memikir kembali soalan ini, sebenarnya jawapan yang diberikan oleh orang itu memang benar. Bukan sahaja perkara berkaitan perkahwinan sesama adik-beradik semasa zaman Adam yang melanggar prinsip moraliti zaman sekarang, malah terdapat banyak lagi prinsip moraliti yang diamalkan pada zaman Muhammad yang bertentangan dengan

Bandar pintar masa depan dan pesta Halloween di Arab Saudi

Imej
Saya agak sibuk kebelakangan ini tapi masih sentiasa mengikut perkembangan semasa tentang apa yang berlaku di Iran terutamanya. Selain Iran, antara negara Islam yag saya merasakan akan memberi impak sekiranya mereka mereformasikan Islam adalah Arab Saudi. Ada beberapa perkembangan yang menarik perhatian saya baru-baru ini mengenai Arab Saudi. Pertamanya baru-baru ini saya menerima gambar pembinaan The Line di Arab Saudi melalui WhatsApp. Gambar yang diambil dari atas oleh dron itu menunjukkan jentera berat sedang bekerja di tengah-tengah padang pasir. Kedua ialah tentang sambutan Halloween di Arab Saudi dengan gambar dan video rakyat Arab Saudi memakai pakaian bertemakan hantu, topeng yang menakutkan, atau pakaian yang beraneka ragam.  Bandar pintar Neom The Line merupakan satu bandar pintar yang sedang dibina secara memanjang lurus 170 km di Arab Saudi. Ia merupakan sebahagian daripada projek bandar pintar Neom Arab Saudi yang dianggar akan menelan kos US$500 bilion.  Neom terletak di