Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup
Antara keindahan selepas meninggalkan Islam dan tidak mempercayai agama adalah kebebasan menentukan tujuan hidup sendiri. Ia jauh lebih baik daripada menjadi hamba kepada sesuatu bernama Allah yang tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Ia lebih baik daripada memenjarakan diri mengikuti undang-undang agama yang kolot, zalim dan tidak munasabah. Daripada mengikut secara takliq atau membabi buta apa yang ditulis dalam Quran, mempercayai cerita dongeng di dalamnya, bukankah lebih baik tujuan hidup itu dibuat untuk mencari tentang apa itu Allah dan adakah cerita-cerita dalam Quran itu benar? Ahli falsafah Yunani, Plato, berkata tujuan hidup adalah untuk mendapatkan pengetahuan tentang diri kita sendiri. Plato berpendapat tujuan hidup itu adalah untuk mencari pengetahuan tentang diri dan alam sekitar termasuk haiwan dan benda bukan bernyawa yang berada di sekeliling kita. Dengan menetapkan tujuan mencapai pengetahun diri, manusia itu akan mencapai tahap tertinggi kebenaran tentang dirinya....