Enam jenis ateis

Anda tergolong dalam kumpulan yang mana? Terdapat sekurang-kurangnya enam kumpulan ateis. Artikel di bawah adalah terjemahan yang saya buat dan disesuaikan untuk bacaan blog ini. 

Menurut satu kajian dua penyelidik Christopher Silver and and Thomas Coleman daripada University of Tennessee di Chattanooga, terdapat enam jenis ateis.  

1) Ateis/agnostik intelektual

Mereka ialah ateis yang mencari maklumat dan perbincngan intelektual tentang ateisme. Mereka suka berdebat dan bertikam lidah, terutamanya di laman-laman popular internet. Mereka juga mahir dalam menggunakan bahan dari buku dan artikel tentang agama dan ateisme dalam perbincangan ini.

2) Aktivis

Ateis dan agnostik jenis ini tidak berpuas hati hanya dengan tidak mempercayai tuhan. Mereka mahu memberitahu orang lain kenapa mereka menolak agama dan kenapa masyarakat akan menjadi lebih baik jika menolak agama.

Mereka cenderung menjadi lantang untuk perjuangan politik seperti hak gay, feminisme, alam sekitar dan haiwan.

3) Pencari-Agnostik

Kumpulan ini terdiri daripada orang yang tidak pasti tentang kewujudan tuhan. Namun mereka berfikiran terbuka dan mengiktiraf tentang pengetahuan dan pengalaman manusia yang terbatas.

Kumpulan ini sentiasa mempersoalkan kepercayaan mereka sendiri dan "tidak mempunyai pandangan ideologi yang kukuh."

Ini tidak bermakna mereka keliru, mereka cuma lebih suka untuk memilih ketidakpastian.

4) Antiteis

Kumpulan ini selalu bercakap menentang agama dan kepercayaan agama. Mereka memandang agama sebagai kejahilan dan melihat individu atau institusi yang berkaitan dengan agama sebagai mundur dan memberi kemudaratan kepada masyarakat.

Antiteis lantang bersuara, berdedikasi, dan selalunya suka berkonfrontasi tentang pandangan mereka. Mereka percaya kesalahan yang jelas dalam agama dan kepercayaan wajib ditangani secara agresif dengan apa cara sekali pun.

5) Bukan teis

Kumpulan ateis ini adalah yang terkecil daripada enam kumpulan ateis yang disenaraikan di sini. Mereka tidak melibatkan diri sendiri dengan agama atau antiagama.

Dalam banyak kes, mereka bersikap apati atau tidak berminat.

6) Ateis ritual

Mereka tidak percaya kepada tuhan. Mereka juga tidak mahu dikaitkan dengan agama dan cenderung untuk tidak percaya kepada kehidupan selepas mati. Namun mereka masih mendapati terdapat beberapa ajaran agama yang berguna.

Contohnya ateis ritual mungkin mengambil bahagian dalam acara-acara keagamaan, meditasi, atau tradisi perayaan keagamaan.

Disesuaikan dan diterjemahkan daripada Study finds six types of atheism di https://www.wtvr.com/2013/07/15/study-finds-six-types-of-atheism



Ulasan

  1. LOL, what is this nonsense?
    You're trying to create your own religion??
    Matter of fact, I think you worship yourself.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woi bangang, boleh tak kau bagi komen yg bernas skit yg berkaitan dgn tulisan atas ni. Kau tulis mcam ni kau ingat kau bagi imej elok utk agama kau ke, lg nampak bangang ada la.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu