Politik kalimah Allah
Kecoh apabila kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim menarik balik rayuan dalam kes mahkamah tentang penggunaan nama Allah oleh orang Kristian. Maka berduyunlah parti politik berasaskan Melayu dan Islam, persatuan-persatuan, lebai, dan warga maya yang membantah penarikan balik rayuan kerajaan ini dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama. Kononnya umat Melayu Islam akan menjadi keliru dan menukar agama kepada agama Kristian kerana Bible dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan Allah untuk tuhan. Alkisah isunya bermula pada era Mahathir Apa yang saya faham, isunya bermula pada zaman pemerintahan Mahathir Muhammad pada tahun 1986. Kabinet pada masa itu membenarkan penganut Kristian menggunakan beberapa perkataan seperti syukur, doa, iman, ibadah oleh penganut agama Kristian. Sementara empat perkataan Arab iaitu Allah, Baitullah, Kaabah dan solat, tidak dibenarkan. Tetapi hendaklah ditulis "Untuk agama Kristian" pada kulit muka depannya. Namun pada tahun sama, Kementerian Dal...