Jenayah, korupsi dan agama

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan lagi dengan isu korupsi. Kali ini skandal pemerolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang menelan kos RM9 bilion. Seorang bekas pegawai Boustead Naval Shipyard yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Laut didakwa melakukan pecah amanah lebih RM21 juta. Dia tidak mengaku bersalah.

Tidak dapat dinafikan korupsi itu berlaku di mana-mana, namun adakah agama dijadikan justifikasi untuk korupsi, dan jenayah? Ironinya ramai Muslim yang berpendapat agama itu menghalang melakukan perbuatan korupsi dan jenayah. Tapi sepanjang sejarah Islam, kita diberitahu bahawa antara sebab Khalifah Uthman, salah seorang khalifah rashidun, dibunuh kerana amalan korupsi. Terdapat juga beberapa ajaran Islam yang agak bermasalah kepada saya yang bagi saya mendorong kepada berlakunya korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Ini seperti ajaran yang Muslim itu walau sejahat mana pun akan masuk syurga selagi dia mengakui keesaan Allah. Satu perkara lagi, kebanyakan Muslim tidak begitu mengambil berat tentang keadilan dengan berpendapat perbuatan jahat akan dibalas juga pada hari Akhirat nanti. 

Sementara itu, Ghaith Al-Tamimi, seorang penyelidik dan juga bekas ulama Syiah dari Iraq, percaya yang agama itu menggalakkan perbuatan jenayah, korupsi dan pelanggaran hak asasi manusia atas nama agama. Beliau berkata demikian dalam satu temu bual pada 9 Februari 2020 di Zagros TV (saluran TV Iraq Kurdistan). Beliau berkata dengan agama seseorang boleh membuat justifikasi untuk membunuh orang lain dan mencuri harta orang lain dengan memberitahu mereka akan masuk neraka jika mereka tidak memberikan harta untuk tujuan agama. Beliau juga mengkritik institusi agama dan negara, yang disifatkannya sebagai "tenggelam dalam rasuah," Beliau juga berhujah bahawa Syiah dan Sunni mewajarkan membunuh antara satu sama lain kerana kepercayaan agama mereka. 

Boleh tonton temu bual di sini.

Gambar Kosmo: Bekas pegawai kanan BNS di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah melibatkan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai.


Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu