Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

Penyembah bintang dan Tuhan bulan Sin, Sabien disenaraikan sebagai ahli kitab dalam Quran

Imej
Ketika saya belajar di Amerika Syarikat pada akhir tahun 1990-an, saya ada berkawan dengan beberapa orang Amerika berkulit hitam yang memeluk agama Islam. Mereka ini kebanyakannya bukan lahir sebagai seorang Islam, dan juga ada yang asalnya beragama Kristian. Saya masih ingat salah seorang daripada mereka sering membawa ayat 69 dalam Surah Al-Maidah yang berbunyi: Sesungguhnya mereka yang beriman, dan orang Yahudi, dan orang Sabien, dan oran Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan bagi mereka, dan mereka tidak akan berdukacita. (Al-Maidah 5:69) Dia seterusnya memberitahu kepada saya dengan tafsirannya sendiri bahawa orang Kristian juga akan masuk syurga nanti. Tidak hairan jika di negara itu, perkahwinan antara Muslim dan Kristian bukan sesuatu yang pelik, tidak seperti di Malaysia.  Penyembah bintang dan tuhan bulan Sabien Selain tafsiran kenalan Amerika saya ini tentang orang Kristian yang

Kenapa pertaruhkan kehidupan kerana Allah?

Imej
Saya pernah bertanya kepada seorang kenalan, kenapa masih kekal percaya kepada Allah atau Tuhan jika dia sudah tidak percaya atau meragui agama Islam. Dia menjawab kerana sekiranya memang betul Allah atau Tuhan itu wujud, sekurang-kurangnya dia selamat berbanding jika dia tidak percaya kepada Tuhan langsung.  Saya tidak bertanya lanjut. Mungkin dalam fikirannya dan seperti kebanyakan fikiran orang Melayu, sekurang-kurangnya mereka tidak diseksa selama-lamanya di dalam neraka kalau pun mereka tidak sembahyang dan melakukan seks bebas. Ini selaras dengan apa yang dimomokkan kepada saya sejak kecil lagi bahawa walau ada sekelumit iman pun, orang yang percaya kepada Allah akhirnya akan masuk syurga. Fahaman seperti ini kata orang putih "play safe". Sebenarnya hujah ini sudah dibahas sejak sekian lama dan dipanggil Taruhan Pascal atau dalam bahasa Inggerisnya "Pascal's wager".  Pascal merupakan seorang ahli matematik Perancis yang terkenal dengan probabiliti atau keb

Selamat hari jadi, Muhammad!

Imej
 Tanggal Ahad ini 9 Oktober atau 12 Rabiul Awal merupakan Maulidur Rasul atau hari jadi Muhammad, pengasas agama Islam. Hari ini disambut oleh masyarakat Muslim secara besar-besaran dengan perarakan, selawat beramai-ramai, ceramah dan sebagainya. Hari jadi Muhammad ini disambut oleh kebanyakan negara Muslim dan majoriti Muslim kecuali di Arab Saudi dan Qatar. Di Malaysia ia dijadikan cuti umum.  Tiada sambutan hari jadi Muhammad semasa hidupnya juga pada zaman sahabat dan salaf tetapi menurut Majlis Agama Islam Selangor di sini , "masyarakat Islam semakin jauh... semakin jauh dari ilmu dan sirah yang menceritakan tentang kehidupan Rasulullah.. maka muncul para ilmuan Islam yang ingin memupuk rasa cinta kepada Rasulullah dengan meletakkan tarikh kelahiran baginda sebagai hari sambutan Maulidur Rasur." Pokoknya sambutan hari jadi ini kerana ingin memupuk kecintaan kepada Muhammad. Antara ulama Islam yang mengkritik sambutan hari jadi Muhammad sebagai bidaah adalah Ibn Taymiyah.