Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel falsafah

Pengagungan berlebihan Muhammad membawa kepada ajaran Sihulk

Imej
 Saya tidak terkejut pun apabila wujud ajaran mengatakan Muhammad itu adalah Allah seperti ajaran Sihulk yang mengejutkan masyarakat Islam di Malaysia baru-baru ini. Menurut laporan akhbar, ajaran Sihulk yang diasaskan oleh Suhaini bin Mohammad difatwakan sebagai sesat kerana menganggap Nabi Muhammad dan Allah adalah entiti yang sama. Pengasas ajaran Sihulk dilaporkan melarikan diri ke New Zealand daripada ancaman ditangkap oleh penguasa agama Islam Malaysia yang akan menangkap sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran yang bertentangan dengan tafsiran Islam mereka. Pengagungan Muhammad menerusi konsep Nur Muhammad Pertama kali saya mendengar mengenai ajaran Sihulk beberapa bulan yang lalu mengingatkan saya kepada konsep Nur Muhammad yang pernah saya dengar ketika di saya bersekolah agama berpuluh tahun lalu. Konsep ini mengatakan bahawa Muhammad adalah makhluk Allah yang pertama sekali diciptakan daripada cahaya (nur) Allah sebelum segala sesuatu yang lain. Konsep ini berdasarkan beber...

Kenapa saya tak takut kepada neraka jahanam Allah

Imej
Neraka yang dicipta Allah digambarkan dalam Quran sebagai tempat penyeksaan, penderitaan, dan pembakaran kepada mereka yang melakukan dosa, tidak taat dan tidak mempercayai ketuhanan Allah. Penghuni neraka juga terdiri kepada mereka yang menyekutukan Allah dengan makhluk lain. Penyeksaan di neraka digambarkan sangat panas dengan semuanya mendidih dan penghuninya yang menidakkan Allah akan berada di dalamnya "abadan abada" atau kekal selama-lamanya. Malah dalam bahasa Arab, neraka dipanggil Jahannam untuk menggambarkan ia sebagai tempat penyeksaan yang begitu panas dengan api yang menyala dan membara.  Dalam satu hadis Sahih Bukhari , dikatakan lebih 99 peratus manusia adalah penghuni neraka dan kebanyakan mereka adalah perempuan . Selain manusia, jin yang dibuat daripada angin api yang panas (Surah Al-Hijr 15:27) juga menjadi penghuni neraka. Di sini juga timbul kemusykilan, bagaimana agaknya jin yang dicipta daripada angin api boleh terseksa dengan api juga? Tapi perkara ini...

Tuhan berdevolusi menjadi manusia, manusia berevolusi menjadi tuhan

Imej
Saya memahami mengapa kebanyakan Muslim tidak mempercayai teori evolusi Darwin yang mengatakan manusia dan monyet itu mempunyai leluhur sepunya (common anchestor). Saya sekarang pun sedang membaca buku dan artikel serta menonton apa sahaja yang berkaitan dengan evolusi ini. Kita mahu mempercayai bahawa kita adalah makhluk istimewa yang dicipta untuk mempunyai tujuan hidup di dunia ini. Sekiranya sesuatu itu terjadi secara random atau rawak, mana mungkin manusia itu istimewa dan tuhan itu tidak wujud. Dalam entri saya bertajuk Meneroka idea-idea penciptaan manusia , saya menyentuh sedikit tentang kewujudan teori yang bertentangan dengan teori evolusi oleh Darwin iaitu Intelligent Design. Mengikut Intelligent Design (ID), kejadian manusia dikatakan bukan berevolusi daripada proses pemilihan semula jadi tetapi berlaku disebabkan reka bentuk pintar. Walaupun pendokong ID yang mendokong sains tidak secara langsung menyebut tuhan, secara tidak langsung sesuatu reka bentuk pintar memerlukan p...

Siri kisah aneh mengenai bulan Ramadan 2

Imej
Antara kisah spesifik yang berlaku pada bulan Ramadan yang menimbulkan keanehan kepada saya sejak dahulu adalah cerita tentang syaitan yang dibelenggu atau dirantai ketika bulan puasa. Kalau begitu, mengapa masih terdapat kejahatan semasa bulan puasa? Kisah aneh ini didapati dalam hadis di bawah:   “Apabila datangnya Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 1899) Mengapa perlu wujud syaitan besar dan syaitan kecil? Jika seseorang sukar menjawab soalan, mereka akan menggunakan hujah yang komplek dan dibuat-buat untuk menjustifikasikan pendapat mereka. Perkara ini dipanggil mental gymnastic atau saya terjemahan sebagai gimnastik mental. Mungkin ada istilah yang lebih baik, tapi kali ini saya gunakan sahaja gimnastik mental. Gimnastik mental inilah yang dilakukan oleh syeikh dan ustaz-ustaz untuk menjawab keanehan kenapa masih ada kejahatan ketika di bulan Ramadan walaupun syaitan dibelenggu atau ...

Kejahatan, penderitaan dan penyakit memutuskan ikatan manusia dengan tuhan

Imej
Pemikir dan ahli teologi Yahudi terkenal Dr Richard Rubenstein (1924-2018) menulis, "Mitos tentang tuhan yang maha kuasa dan maha mengetahui yang memerhati dan campur tangan sesuka hati tidak lagi dapat dipertahankan." (Rubenstein, R. L. (1966). After Auschwitz: Radical theology and contemporary Judaism . Johns Hopkins University Press.) Kata-kata Rubenstein terbit daripada pengalaman ngeri Holocaust yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi. Mengikut anggaran, seramai 6 juta orang Yahudi mati dibunuh oleh Nazi di Eropah pada Perang Dunia Kedua. Tragedi ini, menurut Rubenstein telah menghancurkan pemahaman tradisional Yahudi tentang tuhan sebagai pelindung seterusnya memutuskan ikatan perjanjian (covenant) antara tuhan dan orang Yahudi. Rubenstein bersama beberapa lagi pemikir Yahudi pada masa itu seperti Arthur Cohen, dan Emil Fackenheim mempersoalkan apa yang tuhan buat dengan tidak melindungi mereka daripada kejahatan Nazi. Perkara ini juga, mereka kata, menu...

Ukuran moraliti mengikut zaman

Imej
 Dalam tahun lepas ketika masih seorang Muslim, saya pernah diajukan soalan oleh seorang yang ateis tentang kenapa anak-anak Adam kahwin sesama adik-beradik sedangkan pada zaman moden tindakan itu sama sekali menyalahi undang-undang malah konsep moraliti. Saya menjawab ini kerana zaman itu manusia tidak ramai lagi dan dibolehkan oleh agama. Orang ateis itu kemudian membetulkan jawapan saya dengan mengatakan ukuran moraliti itu berubah mengikut zaman dan takrifan manusia.  Pada masa itu saya tidak begitu ambil kisah apa sahaja jawapannya. Kerana bagi saya tidak penting dan tanpa berfikir saya hanya mengiyakan apa sahaja alasan yang dikemukan oleh ulama Islam. Tapi kini memikir kembali soalan ini, sebenarnya jawapan yang diberikan oleh orang itu memang benar. Bukan sahaja perkara berkaitan perkahwinan sesama adik-beradik semasa zaman Adam yang melanggar prinsip moraliti zaman sekarang, malah terdapat banyak lagi prinsip moraliti yang diamalkan pada zaman Muhammad yang bertentang...

Kenapa pertaruhkan kehidupan kerana Allah?

Imej
Saya pernah bertanya kepada seorang kenalan, kenapa masih kekal percaya kepada Allah atau Tuhan jika dia sudah tidak percaya atau meragui agama Islam. Dia menjawab kerana sekiranya memang betul Allah atau Tuhan itu wujud, sekurang-kurangnya dia selamat berbanding jika dia tidak percaya kepada Tuhan langsung.  Saya tidak bertanya lanjut. Mungkin dalam fikirannya dan seperti kebanyakan fikiran orang Melayu, sekurang-kurangnya mereka tidak diseksa selama-lamanya di dalam neraka kalau pun mereka tidak sembahyang dan melakukan seks bebas. Ini selaras dengan apa yang dimomokkan kepada saya sejak kecil lagi bahawa walau ada sekelumit iman pun, orang yang percaya kepada Allah akhirnya akan masuk syurga. Fahaman seperti ini kata orang putih "play safe". Sebenarnya hujah ini sudah dibahas sejak sekian lama dan dipanggil Taruhan Pascal atau dalam bahasa Inggerisnya "Pascal's wager".  Pascal merupakan seorang ahli matematik Perancis yang terkenal dengan probabiliti atau keb...