Pengagungan berlebihan Muhammad membawa kepada ajaran Sihulk

 Saya tidak terkejut pun apabila wujud ajaran mengatakan Muhammad itu adalah Allah seperti ajaran Sihulk yang mengejutkan masyarakat Islam di Malaysia baru-baru ini. Menurut laporan akhbar, ajaran Sihulk yang diasaskan oleh Suhaini bin Mohammad difatwakan sebagai sesat kerana menganggap Nabi Muhammad dan Allah adalah entiti yang sama. Pengasas ajaran Sihulk dilaporkan melarikan diri ke New Zealand daripada ancaman ditangkap oleh penguasa agama Islam Malaysia yang akan menangkap sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran yang bertentangan dengan tafsiran Islam mereka.

Pengagungan Muhammad menerusi konsep Nur Muhammad

Pertama kali saya mendengar mengenai ajaran Sihulk beberapa bulan yang lalu mengingatkan saya kepada konsep Nur Muhammad yang pernah saya dengar ketika di saya bersekolah agama berpuluh tahun lalu. Konsep ini mengatakan bahawa Muhammad adalah makhluk Allah yang pertama sekali diciptakan daripada cahaya (nur) Allah sebelum segala sesuatu yang lain. Konsep ini berdasarkan beberapa hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Muhammad dan ulama Islam yang lain, meskipun biasalah ada yang mempersoalkan kesahihan hadis-hadis ini. 

Menurut konsep ini, Nur Muhammad adalah cahaya yang murni, suci, dan sempurna yang mengandungi sifat-sifat Allah. Nur Muhammad juga disebut sebagai roh Muhammad, roh al-a’la (roh yang paling tinggi), atau roh al-quds (roh yang suci). Nur Muhammad adalah asal atau punca segala kejadian makhluk ini, termasuk langit, bumi, malaikat, manusia, dan lain-lain. Nur Muhammad juga adalah penghubung antara Allah dan makhluknya, serta pewaris ilmu dan rahmat Allah.

Konsep Nur Muhammad ini mempunyai beberapa implikasi dan pengaruh dalam pemahaman Islam, terutamanya dalam bidang tasawuf, akidah, dan syariat. Konsep ini menekankan keutamaan dan keistimewaan Muhammad sebagai nabi terakhir dan rahmat bagi sekalian alam. Konsep ini juga menunjukkan hubungan rapat antara Muhammad dengan Allah, dan menjadi inspirasi kepada orang Islam untuk mengikuti sunnah dan teladan dia dalam kehidupan.

Konsep ini dipengaruhi oleh pemikiran tasawuf dan falsafah yang menganggap Muhammad sebagai sumber dan tujuan segala kejadian. Ketika mendengar konsep ini berpuluh tahun lalu pun saya merasa tidak selesa. Bukankah Allah itu maha mengetahui dan tidak memerlukan kepada sesuatu atau makhluk? Jika Allah mewujudkan semuanya kerana Muhammad, ia menunjukkan Allah itu memerlukan Muhammad. Maka saya tidak terkejut pun ajaran Sihulk wujud.

Pengagungan Muhammad menurut apologis Kristian


Sheikh Muhammad Al-Faham, seorang Imam Besar Al-Azhar, dikatakan meninggalkan Islam pada tahun 1968. Beliau yang lahir pada 1894 merupakan seorang sarjana Islam dan mengetuai Al-Azhar dari tahun 1895 hingga 1899. Saya tidak dapat menjumpai maklumat beliau meninggal Islam kecuali daripada saluran video Youtube oleh pencipta kandungan Kristian atau apologis Kristian. Berkemungkinan maklumat mengenai beliau dipadamkan kerana ia bukan sesuatu yang mustahil kandungan Internet ditapis.

Video yang didakwa daripada suara beliau sendiri menjelaskan mengapa beliau meninggalkan Islam menarik untuk dilihat. Apa pun cerita sebenarnya sama ada itu suara beliau atau tidak, isu atau poin yang dibangkitkan oleh video ini amat benar sekali.

Antara poin beliau adalah:

  1. Islam bukan agama monoteisme yang mempercayai satu tuhan tetapi agama politiesme yang mempercayai lebih daripada satu tuhan. Ini kerana Islam menggabungkan Muhammad dan Allah apabila dalam Quran dan Hadis malah dalam azan, nama Allah dan Muhammad sering diucapkan dan diagungkan bersama.
  2. Muhammad bukan daripada zat Allah, tetapi merupakan manusia, sama seperti kita tetapi kenapa taraf Muhammad begitu tinggi? Sedangkan Muhammad sendiri dikatakan hamba Allah seperti manusia yang lain tapi secara praktisnya namanya diagungkan seperti pujaan tuhan. 
  3. Beliau membangkitkan insiden apabila beliau ditahan dan dipaksa untuk kembali mengucapkan kalimah syahadah. Syeikh Al-Faham berkata mengapa aku tidak boleh mengucapkan hanya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah? Kenapa harus aku mengucapkan juga yang Nabi Muhammad itu sebagai pesuruh Allah untuk dikira sebagai Islam? Inilah maksud beliau dalam poin #1, Allah dan Muhammad digabungkan untuk seseorang itu dikira sebagai pengikut ajaran Islam. Jadinya Muhammad seperti sekutu kepada Allah.
  4. Muhammad mencuri idea-idea daripada Old dan New Testament iaitu kitab suci orang Yahudi dan Kristian. Muhammad mendakwa membawa agama baharu padahal semua itu pakej semula. Dengan agama Islam yang baharu ini, Muhammad memberikan dirinya kelebihan seperti boleh berkahwin lebih daripada empat, sedangkan orang Islam lain hanya maksimum empat isteri. Jika orang lain mempunyai lebih daripada empat isteri, dia akan dihukum sebagai berzina. Muhammad juga mempunyai hamba wanita yang boleh disetubuhi.
  5. Orang Islam mempertahankan apa yang dilakukan oleh Muhammad seperti mempunyai isteri lebih daripada empat, dan hamba-hamba yang boleh disetubuhi tanpa berkahwin secara sah. Mereka memberi alasan yang kebanyakan wanita yang dikahwini Muhammad adalah janda. Tetapi daripada mengahwini dan menjalinkan hubungan seks, kenapa tidak dibuka pusat penjagaan janda-janda sahaja atau memberi bantuan makanan dan kewangan kepada mereka? Hanya Muhammad yang boleh melanggar undang-undang yang katanya dibuat oleh tuhan, tetapi tidak bagi semua orang Islam yang lain. Bukankah itu meletakkan tarafnya seperti tuhan?
  6. Tentang seks juga, Muhammad juga dibolehkan untuk "bernikah" (di sini dimaksudkan melakukan seks) dengan sesiapa sahaja wanita yang menawarkan diri kepada Muhammad. Ini sebagaimana yang saya pernah tulis di sini tentang perceraian Muhammad dan Hafsah. Ini bukanlah ciri-ciri seorang pesuruh tuhan, tetapi seorang yang mempunyai nafsu yang kuat.
  7. Peneragan tentang penghuni syurga yang sibuk dengan melakukan seks adalah sesuatu yang memalukan dan keji jika ia datang daripada wahyu tuhan. Bagi Syeikh Al-Faham, Quran itu tidak lebih daripada imaginasi dan ciptaan Muhammad kerana tuhan yang suci tidak akan memikirkan tentang seks semata-mata sebagai habuan kepada penghuni syurga!

Siapa Allah?

Apa yang menarik apabila timbul isu Sihulk ini adalah perbincangan tentang siapa atau apa Allah itu? Di dalam agama Kristian, tuhan difahami dalam bentuk spirit atau roh dan Jesus itu merupakan jelmaan tuhan dalam bentuk manusia. Orang Kristian berhujah bahawa jika tuhan boleh melakukan apa sahaja, kenapa tuhan tidak boleh menjelmakan dirinya sebagai manusia? Lagi pun mengikut pandangan Islam sendiri, malaikat apabila hendak berjumpa dengan Nabi Lot, dan Maryam menjelmakan diri mereka sebagai lelaki. Oleh itu boleh dikatakan senang untuk memahami konsep tuhan dalam agama Kristian.

Tidak begitu dengan Islam. Kita tidak tahu apa Allah itu. Dikatakan dia tidak beranak dan tidak peranakkan. Tapi dalam ayat Quran ada pula yang mengatakan bagaimana Allah boleh ada anak kalau dia tidak beristeri? Bukankah pelik? Sementara itu dalam hadis juga ada digambarkan Allah sebagai lelaki berambut kerinting, Allah mempunyai kaki dan dua tangan kanan dan sebagainya. Ia hanya menambah lagi kekeliruan tentang Allah.

Saya bersimpati dengan orang Islam yang cuba memahami Allah tetapi kebanyakan mereka dilabel sebagai pengikut ajaran sesat seperti Sihulk. Sedangkan Islam itu sendiri adalah salinan daripada agama Kristian dan Yahudi yang tak cukup sifat (baca tulisan saya di sini tentang isu ajaran sesat, seperti mengata dulang paku serpih.)










Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu