Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel agama

Kisah aneh di sebalik hari raya korban dan kegilaan tuhan

Imej
Dalam masa seminggu iaitu Khamis 29 Jun ini semua rakyat Malaysia akan bercuti sempena hari raya korban atau haji. Selain membazirkan wang untuk melawat binaan sembahan orang Islam dan mencium batu hitam, hari raya korban juga terkenal dengan penyembelihan haiwan seperti lembu dan kambing. Saya rasa kita semua sudah tahu kisah aneh di sebalik sambutan hari raya korban ini dengan watak yang digelar Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya sendiri sebagai tanda ketaatan dan kepatuhan kepada Allah. Lukisan  The Sacrifice of Isaac oleh Caravaggio (1603). "Tolong jangan sembelih saya" agaknya itu yang dijerit oleh Isaac. Versi Bible and versi Islam Sedikit maklumat latar belakang kisah ini mengikut versi Bible dan versi Islam. Berikut adalah beberapa elemen penting dan perbezaan. Protagonis:   Versi Bible: Abraham  Versi Islam: Ibrahim  Mangsa (anak yang akan disembelih):  Versi Bible: Isaac  Versi Islam: Ismail  Apa yang diarahka...

Tragedi Nabi Musailamah

Imej
Menurut naratif standard Islam, selepas kematian Muhammad, berlaku banyak pemberontakan dan kemunculan nabi-nabi palsu. Salah seorang nabi palsu ini dikenali sebagai Musailamah Al-Khazzab atau Musailamah Si Pembohong. Musailamah akhirnya berjaya dipenggal kepalanya dengan kejam oleh tentera Muslim yang juga membunuh 7,000 pengikut Musailamah dalam perang itu. Tragedi ini berlaku pada tahun 632 dalam perang Yamamah, sebahagian daripada kempen peperangan Riddah untuk menumpaskan pemberontakan dan menghapuskan nabi-nabi palsu.  Siapa sebenarnya Musailamah? Nama sebenar beliau adalah Maslama ibn Habib. Saya sebenarnya tertarik untuk mendalami cerita di sebalik Maslama selepas menonton video oleh seorang bekas Muslim Arab di saluran YouTube AhmadExMuslim. Menurut AhmadExMuslim, perkataan Muslim itu sebenarnya diambil daripada nama Maslama sendiri atau bermakna Keamanan, bukannya daripada "menyerah" seperti yang dikatakan oleh kebanyakan sejarawan dan sarjana Islam. Tulisan ini ada...

Kekeliruan kata ganti Kami untuk Allah dalam Quran

Imej
Sejak kecil lagi saya tertanya-tanya kenapa kata ganti diri bagi Allah boleh berubah menggunakan kata jamak "kami" yang menunjukkan lebih daripada satu orang. Kalau dikatakan Allah itu esa dan satu, kenapa Allah ada ketikanya membahasakan dirinya dengan "kami" yang menunjukkan ramai atau jamak. Keagungan manusia, keagungan tuhan Justifikasi  yang diberikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah penggunaan kata ganti diri jamak "kami" menunjukkan tuhan itu ingin mengagungkan, membesarkan dan memuliakan dirinya.  Pejabat Mufti menerangkan: "Di sisi masyarakat Arab, seseorang itu apabila dia ingin membesarkan dan memuliakan dirinya, maka dia akan menggunakan kata ganti diri yang bersifat jamak (kata banyak). Justeru, seseorang itu tidak menyebut : ‘Buku ini telah saya tulis dalam tempoh sebulan’ sebaliknya dia menyebut: 'Kami telah menulis buku ini dalam tempoh sebulan’."  Masalah pertama bagi saya adalah contoh yang diberikan di atas ada...

Tuhan kecil berbadan ular dan berwajah singa dan tafsiran semula ketuhanan

Imej
Ajaran Gnostik mendakwa mendapat pengetahuan rahsia tentang Tuhan dan dunia. Tuhan kecil (kerana ada Tuhan yang lebih tinggi daripadanya) yang mencipta dunia fizikal ini dipanggil Yaldabaoth. Yaldabaoth digambarkan berbadan ular dan berwajah singa. Dia boleh mencipta kerana mencuri kuasa mencipta daripada ibunya Sofia. Baca catatan sebelum ini  dan ini untuk cerita sebelumnya. Mengikut mitos Gnostik, dan saya mengatakan mitos kerana ia satu bentuk idea keagamaan yang dipercayai sebahagian manusia tetapa tidak dapat membuktikannya, Yaldabaoth mencipta dunia ini berdasarkan gambaran dan ingatannya tentang dunia kerohanian abadi Pleroma. Dia juga mencipta pembantu-pembantunya yang diberi nama Archon. Selepas mencipta dunia ini, Yaldabaoth dengan angkuh menganggap dirinya satu-satunya Tuhan yang layak disembah, dimuliakan, dipuji dan diagungkan. Ibunya Sofia berasa menyesal dan bekerja bersama dengan Aeon lain untuk mendapatkan kembali kuasa yang diambil oleh Yaldabaoth. Tindakan pert...

Allah bersolat dan Tuhan Kecil Si Cemburu yang mencipta dunia material menurut sumber Gnostik

Imej
Ada sebuah hadis yang amat pelik apabila dibaca. Hadisnya dikatakan dari Kitab Al Sunna oleh Abdullah bin Ahmad, vol. 1, hal. 272.  Terjemahannya lebih kurang begini:  Ketika Muhammad tiba di langit ketujuh sewaktu Isra dan Mi’raj, baginda bertemu dengan malaikat Jibril, yang segera berkata kepada Muhammad, "Tunggu, kerana Allah sedang solat." Muhammad bertanya, "Apakah Allâh melakukan solat?" Jibril menjawab, "Ya, Allah melakukan solat" Muhammad lalu bertanya, "Mengapa Allah melakukan solat?'  Jibril menjawab, “Memuji! Memuji Tuhan!” Hadis ini ada dimainkan oleh pembela atau apologis Kristian dalam membuktikan yang Allah itu bukan Tuhan sebenar yang patut disembah. Tentu sekali dalam kalangan Muslim pula menyatakan yang hadis itu hanyalah rekaan untuk memburuk-burukkan Islam dan menghina Allah. Saya cuba mencari hadis itu menggunakan pautan yang diberi dalam tangkapan skrin di atas (daripada sebuah saluran Apologis Kristian) tetapi mendapat keput...

Jenayah, korupsi dan agama

Imej
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan lagi dengan isu korupsi. Kali ini skandal pemerolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang menelan kos RM9 bilion. Seorang bekas pegawai Boustead Naval Shipyard yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Laut didakwa melakukan pecah amanah lebih RM21 juta. Dia tidak mengaku bersalah. Tidak dapat dinafikan korupsi itu berlaku di mana-mana, namun adakah agama dijadikan justifikasi untuk korupsi, dan jenayah? Ironinya ramai Muslim yang berpendapat agama itu menghalang melakukan perbuatan korupsi dan jenayah. Tapi sepanjang sejarah Islam, kita diberitahu bahawa antara sebab Khalifah Uthman, salah seorang khalifah rashidun, dibunuh kerana amalan korupsi. Terdapat juga beberapa ajaran Islam yang agak bermasalah kepada saya yang bagi saya mendorong kepada berlakunya korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Ini seperti ajaran yang Muslim itu walau sejahat mana pun akan masuk syurga selagi dia mengakui keesaan Allah. Satu perkara lagi, kebanyakan Muslim tidak beg...

Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Salman Rushdie

Imej
 Kemas kini: Hadi Matar, 24, dari Fairview New Jersey, dikenal pasti sebagai suspek yang menikam Salman Rushdie. ------ Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang lelaki yang menyerang dan menikam Salman Rushdie. Penulis yang banyak memenangi anugerah antarabangsa, Salman Rushdie telah ditikam dan diserang di New York. Beliau dilaporkan dalam keadaan kritikal. Serangan tidak bertamadun ini berlaku selepas beberapa siri cubaan bunuh terhadap beliau yang tidak berjaya susulan novel The Satanic Verses beliau yang diterbitkan pada tahun 1988 yang sumber inspirasinya adalah daripada kisah Muhammad sendiri. Saya ada mengulas tentang isu Ayat-ayat Syaitan di sini . Penterjemah The Satanic Verses versi Jepun, Hitoshi Igarashi ditikam sampai mati pada tahun 1991. Pemimpin Republik Islam Iran Ayatollah Khomeini pernah mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan pembunuhan Salman Rushdie. Tonton pendapat Abdullah Sameer kenapa kita perlu bersuara terhadap ajaran dogma Islam yang menggalakkan k...

Isu ajaran sesat, seperti mengata dulang paku serpih

Imej
 Beberapa minggu kebelakangan ini, isu ajaran sesat kembali timbul dalam akhbar. Antaranya isu  Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah  yang menunggu kedatangan Imam Mahdi dan ajaran Hadi Minhallah yang dari pembacaan saya dianggap sesat kerana tular video perhimpunan kumpulan itu di Langkawi yang turut memaparkan tindakan golongan wanita mencium tangan si guru. Antara sistem kepercayaan berstruktur ( organized religion ) manusia seperti Kristian, Yahudi, dan terutama sekali Islam, "ajaran sesat" (atau heresy ) merupakan suatu isu yang besar. Tetapi antara tiga sistem kepercayaan berstruktur ini, Islamlah yang paling fobia tentang "ajaran sesat". "Ajaran sesat" di sini merujuk kepada kepercayaan yang dianggap oleh pihak berkuasa agama sebagai menyeleweng daripada sistem kepercayaan rasmi seperti sistem kepercayaan rasmi Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Di Malaysia, "ajaran sesat" membawa konotasi buruk dan pengikut "ajaran sesat" ada yang ...