Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Salman Rushdie

 Kemas kini: Hadi Matar, 24, dari Fairview New Jersey, dikenal pasti sebagai suspek yang menikam Salman Rushdie.

------

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang lelaki yang menyerang dan menikam Salman Rushdie. Penulis yang banyak memenangi anugerah antarabangsa, Salman Rushdie telah ditikam dan diserang di New York. Beliau dilaporkan dalam keadaan kritikal.


Serangan tidak bertamadun ini berlaku selepas beberapa siri cubaan bunuh terhadap beliau yang tidak berjaya susulan novel The Satanic Verses beliau yang diterbitkan pada tahun 1988 yang sumber inspirasinya adalah daripada kisah Muhammad sendiri.

Saya ada mengulas tentang isu Ayat-ayat Syaitan di sini. Penterjemah The Satanic Verses versi Jepun, Hitoshi Igarashi ditikam sampai mati pada tahun 1991. Pemimpin Republik Islam Iran Ayatollah Khomeini pernah mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan pembunuhan Salman Rushdie.

Tonton pendapat Abdullah Sameer kenapa kita perlu bersuara terhadap ajaran dogma Islam yang menggalakkan keganasan di sini.

 Gambar AP: Salman Rushdie diberi pertolongan kecemasan selepas ditikam dalam serangan kejam di New York. 

Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu