Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel fenomena ajaib

Keajaiban atau fenomena luar biasa bukan ukuran kebenaran

Imej
Dalam interaksi dan pengamatan saya, kebanyakan orang menggunakan keajaiban atau fenomena luar biasa sebagai ukuran untuk mengatakan sesuatu agama itu sebenar. Dalam bahasa inggeris kejadian ini dipanggil "miracle" atau kejadian ajaib yang tidak dapat diterangkan oleh sains atau peraturan alami yang dikaitkan dengan unsur-unsur keagamaan dan kepercayaan kepada kuasa tuhan.  Ada beberapa contoh keajaiban yang membawa kepada seseorang itu menjadi lebih dekat kepada agama mereka atau pun menganut agama yang bukan agama lahir mereka. Penyanyi Cat Stevens contohnya berkata dia masuk Islam selepas selamat daripada lemas dengan meminta tolong daripada tuhan. Tapi sebenarnya dalam Kristian juga banyak keajaiban atau fenomena luar biasa.  Keajaiban matahari menari di Fatima Gambar orang ramai melihat keajaiban matahari menari di Fatima, Portugal, pada 13 Oktober 1917 (Sumber daripada akhbar Portugal OSeculo) Salah satu yang saya baca adalah insiden Matahari Menari yang berlaku di sebu...