Catatan

Sorotan

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu

Walaupun sudah keluar dari Islam, saya terpaksa pergi ke masjid untuk sembahyang Jumaat semasa bekerja. Tidak kisah pun sebab masa ini digunakan untuk berehat dan tidur terutama ketika khutbah Jumaat yang membosankan dan penuh retorik. Beberapa minggu lalu, terdapat satu kuliah atau ceramah pendek dibuat oleh seorang ustaz yang dengan bangganya menceritakan kisah rakannya tesis PhDnya berkaitan Khalifah Umar ditolak oleh penyelianya dari sebuah universiti di Amerika Syarikat. Dikatakan oleh si ustaz bahawa punca penolakan adalah kerana profesor itu, yang juga seorang Yahudi, mengatakan dia boleh membaca kisah Umar itu dalam buku sejarah, dengan secara tidak langsung bermakna tiada apa pengetahuan baharu yang dibawa oleh tesis itu berbanding buku sejarah. Ustaz itu berkata apa yang profesor Yahudi itu mahukan adalah sesuatu yang mempersoalkan atau mencari kelemahan Umar dan rakannya itu telah melakukan suatu yang "berani" kerana tidak tunduk kepada kehendak profesor Yahudi itu

Islam yang menggalakkan perpecahan

Imej
Keputusan Piliharaya di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu sudah diketahui dengan keputusan yang sudah diramal oleh kebanyakan orang. Niat PN untuk menguasai lima daripada enam negeri tidak kesampaian tetapi mereka berjaya menyemai perpecahan dalam kalangan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang memilih berdasarkan kaum dan agama antara Melayu dan Bukan Melayu di enam negeri. Calon-calon Melayu BN hampir semuanya kalah di kawasan majoriti Melayu dengan di Terengganu semuanya kalah terhadap calon PN, terutamanya PAS. Ramai orang merasa risau dengan kebangkitan "hijau" PAS ini, terutama mereka yang berada di tengah (atau moderat), liberal, dan Bukan Islam. Tetapi bagi saya kita tidak perlu risau kerana Islam itu adalah agama perpecahan dan mereka ini tidak akan bersatu sampai bila-bila.  Sejarah Islam penuh dengan pembunuhan, perpecahan, dan perebutan kuasa Dalam sejarah awal Islam pun umatnya sudah mula berpecah selepas kematian Muhammad

Pengagungan berlebihan Muhammad membawa kepada ajaran Sihulk

Imej
 Saya tidak terkejut pun apabila wujud ajaran mengatakan Muhammad itu adalah Allah seperti ajaran Sihulk yang mengejutkan masyarakat Islam di Malaysia baru-baru ini. Menurut laporan akhbar, ajaran Sihulk yang diasaskan oleh Suhaini bin Mohammad difatwakan sebagai sesat kerana menganggap Nabi Muhammad dan Allah adalah entiti yang sama. Pengasas ajaran Sihulk dilaporkan melarikan diri ke New Zealand daripada ancaman ditangkap oleh penguasa agama Islam Malaysia yang akan menangkap sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran yang bertentangan dengan tafsiran Islam mereka. Pengagungan Muhammad menerusi konsep Nur Muhammad Pertama kali saya mendengar mengenai ajaran Sihulk beberapa bulan yang lalu mengingatkan saya kepada konsep Nur Muhammad yang pernah saya dengar ketika di saya bersekolah agama berpuluh tahun lalu. Konsep ini mengatakan bahawa Muhammad adalah makhluk Allah yang pertama sekali diciptakan daripada cahaya (nur) Allah sebelum segala sesuatu yang lain. Konsep ini berdasarkan beberapa

Mata Satu, Freemason dan reformis Islam

Imej
Kira-kira lebih 10 tahun yang lalu, sahabat saya menghubungi saya untuk bertanya adakah saya yang mencadangkan namanya untuk menyertai gerakan Freemason di Malaysia. Saya agak terkejut kerana saya tidak tahu menahu apatah lagi mempunyai kaitan dengan Freemason. Dia beranggapan begitu kerana saya memang seorang yang suka bercerita kepadanya mengenai Freemason dan Iluminati. Sahabat saya ini dahulu memang baik dengan beberapa orang penting dengan ahli politik top ketika ini.  Saya tidak dapat mengesahkan sama ada cerita sahabat saya benar atau tidak cuma saya ingin menulis sedikit mengenai perkara ini, terutama ketika ada isu panas di media tempatan apabila pelawak dan penyampai radio Shuib dituduh sebagai agen Freemason. Semuanya apabila dia dan isterinya bergambar dengan menutup sebelah mata. Tindakan menutup sebelah mata dan menampakkan satu mata merupakan simbol Mata Satu.  Simbol Mata Satu dikaitkan dengan Freemason dan digunakan oleh Freemason sebagai simbol bahawa tuhan sentiasa m

Saya mahu percaya

Imej
"I want to believe" atau "saya mahu percaya" merupakan satu kata-kata penting atau slogan dalam siri popular TV X-Files yang ditayangkan dari awal tahun 1990-an sehingga 2018. Ia berkisar tentang fenomena UFO, teori konspirasi dan kejadian paranormal dan saya merupakan salah seorang peminat siri ini kerana unsur-unsur ini selain daripada jalan ceritanya yang menarik.  Poster "I want to believe" bersama gambar UFO terpampang dalam pejabat watak utama Agen FBI Fox Mulder yang bergandingan dengan agen FBI dan juga doktor perubatan Dana Scully. Mulder mahu membuktikan teorinya betul mengenai kejadian paranormal dan alien sementara Sculley adalah seorang yang bersikap skeptikal dan mahukan pembuktian sains. Oleh itu "I want to believe" merupakan unsur penting dalam X-Files dalam membawa mesej bahawa dunia ini lebih daripada apa yang dapat dirasai oleh deria, sementara tidak dinafikan orang akan bersikap skeptikal tanpa pembuktian saintifik, dan kebena

Kisah aneh di sebalik hari raya korban dan kegilaan tuhan

Imej
Dalam masa seminggu iaitu Khamis 29 Jun ini semua rakyat Malaysia akan bercuti sempena hari raya korban atau haji. Selain membazirkan wang untuk melawat binaan sembahan orang Islam dan mencium batu hitam, hari raya korban juga terkenal dengan penyembelihan haiwan seperti lembu dan kambing. Saya rasa kita semua sudah tahu kisah aneh di sebalik sambutan hari raya korban ini dengan watak yang digelar Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya sendiri sebagai tanda ketaatan dan kepatuhan kepada Allah. Lukisan  The Sacrifice of Isaac oleh Caravaggio (1603). "Tolong jangan sembelih saya" agaknya itu yang dijerit oleh Isaac. Versi Bible and versi Islam Sedikit maklumat latar belakang kisah ini mengikut versi Bible dan versi Islam. Berikut adalah beberapa elemen penting dan perbezaan. Protagonis:   Versi Bible: Abraham  Versi Islam: Ibrahim  Mangsa (anak yang akan disembelih):  Versi Bible: Isaac  Versi Islam: Ismail  Apa yang diarahkan oleh tuhan:  Versi Bib

Kenapa saya tak takut kepada neraka jahanam Allah

Imej
Neraka yang dicipta Allah digambarkan dalam Quran sebagai tempat penyeksaan, penderitaan, dan pembakaran kepada mereka yang melakukan dosa, tidak taat dan tidak mempercayai ketuhanan Allah. Penghuni neraka juga terdiri kepada mereka yang menyekutukan Allah dengan makhluk lain. Penyeksaan di neraka digambarkan sangat panas dengan semuanya mendidih dan penghuninya yang menidakkan Allah akan berada di dalamnya "abadan abada" atau kekal selama-lamanya. Malah dalam bahasa Arab, neraka dipanggil Jahannam untuk menggambarkan ia sebagai tempat penyeksaan yang begitu panas dengan api yang menyala dan membara.  Dalam satu hadis Sahih Bukhari , dikatakan lebih 99 peratus manusia adalah penghuni neraka dan kebanyakan mereka adalah perempuan . Selain manusia, jin yang dibuat daripada angin api yang panas (Surah Al-Hijr 15:27) juga menjadi penghuni neraka. Di sini juga timbul kemusykilan, bagaimana agaknya jin yang dicipta daripada angin api boleh terseksa dengan api juga? Tapi perkara ini