Perlembagaan Tunisia gugur Islam
Mengikut laporan berita pada 26 Julai 2022, rakyat Tunisia memberi sokongan padu apabila 92.3% mengatakan ya kepada Perlembagaan baharu melalui satu referendum yang dibuat. Perlembagaan baharu Tunisia, antara lainnya, tidak mentakrifkan Tunisia sebagai sebuah Negara Islam. Pengguguran Islam dalam Perlembagaan negara itu merupakan satu detik bersejarah atau 'turning point' kepada negara Arab dengan penduduk lebih 11 juta itu. Tunisia merupakan negara awal Arab yang mencetuskan revolusi kebangkitan Arab "Arab Springs" yang membawa kepada kejatuhan beberapa rejim di negara-negara Arab lain seperti di Mesir, Yemen, dan Libya. Adakah perkembangan terbaru di Tunisia akan membawa kepada penolakan Islam dalam perlembagaan negara di negara-negara berpenduduk majoriti Islam di dunia? 98% rakyat Tunisia adalah Muslim. Malaysia pula tidak sampai pun 65% beragama Islam. Perkembangan positif ini tentunya memberi Tunisia jalan untuk maju ke hadapan tanpa kekangan agama Islam selep...