Perlembagaan Tunisia gugur Islam

Mengikut laporan berita pada 26 Julai 2022, rakyat Tunisia memberi sokongan padu apabila 92.3% mengatakan ya kepada Perlembagaan baharu melalui satu referendum yang dibuat.

Perlembagaan baharu Tunisia, antara lainnya, tidak mentakrifkan Tunisia sebagai sebuah Negara Islam. Pengguguran Islam dalam Perlembagaan negara itu merupakan satu detik bersejarah atau 'turning point' kepada negara Arab dengan penduduk lebih 11 juta itu. Tunisia merupakan negara awal Arab yang mencetuskan revolusi kebangkitan Arab "Arab Springs" yang membawa kepada kejatuhan beberapa rejim di negara-negara Arab lain seperti di Mesir, Yemen, dan Libya. Adakah perkembangan terbaru di Tunisia akan membawa kepada penolakan Islam dalam perlembagaan negara di negara-negara berpenduduk majoriti Islam di dunia? 98% rakyat Tunisia adalah Muslim. Malaysia pula tidak sampai pun 65% beragama Islam. 

Perkembangan positif ini tentunya memberi Tunisia jalan untuk maju ke hadapan tanpa kekangan agama Islam selepas bergelut dengan pelbagai mehnah yang membawa kepada Revolusi Tunisia pada tahun 2011 dan menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali.

Gambar AFP/ANIS MILI - Penyokong Presiden Tunisia, Kais Saied, bersorak gembira di ibu negara Tunis pada 26 Julai 2022 selepas pengumuman hasil referendum yang meluluskan Perlembagaan baharu Tunisia.

Ulasan

  1. Satu langkah baik oleh rakyat tunisia. Agak mengejutkan juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Tunisia dari segi sejarahnya amat menarik juga. Negara itu juga adalah yang terawal menghapuskan sistem perhambaan di dunia Arab walaupun agak lambat pada tahun 1950-an berbanding negara-negara kafir lain.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu