Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2022

Al-Qaradawi menolak Imam Al-Mahdi

Imej
 Ulama besar Mesir, Dr Yusuf Qaradawi meninggal dunia pada 26 September 2022. Beliau merupakan salah seorang ulama atau sarjana Islam zaman moden ini yang mempunyai pengaruh hebat ke atas dunia Islam. Beliau telah menulis lebih 120 buku tentang Islam, merupakan pengasas IslamOnline dan terkenal dengan pandangannya yang progresif mengenai Islam. Salah satu pandangan kontroversi beliau adalah beliau menolak kewujudan Imam Al-Mahdi. Gambar Yusuf Qaradawi Qaradawi berkata kerana Imam Al-Mahdi tidak disebut dalam Quran dan juga secara eksplisit dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim, konsep Al-Mahdi itu tidak sepatutnya dianggap penting atau serius. Beliau menjelaskan jika perkara yang melibatkan kehadiran Al-Mahdi adalah sesuatu yang penting dalam agama, sudah pasti ia sudah termaktub dalam Al-Quran dan dalam hadis-hadis yang sahih. Namun realitinya adalah sebaliknya. Tentu sahaja pandangan Qaradawi ini mengundang kritikan dari ulama syiah dan sebilangan ulama sunni. Namun Qaradawi tetap dengan

Rakyat Iran bangkit menolak Islam

Imej
 Satu gelombang kebangkitan rakyat sedang melanda Republik Islam Iran. Gelombang kebangkitan rakyat yang menolak Islam di negara yang mengamalkan sistem teokratik Islam. Gelombang kemarahan ini menjadi lebih parah dengan kematian Mahsa Amini, wanita berusia 22 tahun, yang mati dibelasah oleh polis agama Iran kerana tidak memakai tudung dengan menampakkan rambut.  Gambar: Wanita Iran membakar hijab dan memotong rambut sebagai protes terhadap kerajaan Islam Iran. Di jalan-jalan di Iran, gadis Iran, pemuda, pelajar universiti dan rakyat Iran secara umumnya melaungkan "marg bar diktator" atau "hancurlah diktator" dan nama Mahsa Amini. Sementara itu, wanita dan gadis Iran memotong rambut mereka dan membakar hijab sebagai tanda protes. Berada di luar tanpa hijab adalah kesalahan jenayah di Iran. Dalam sebuah video yang disiarkan dalam akaun Twitter pejuang demokrasi Iran Masih Alinejad, seorang wanita muda Iran berkata: "Kami benci dengan Republik Islam. Republik

Quran tidak pernah mansuh perhambaan

Imej
 Antara topik sensitif yang tidak diketahui oleh kebanyakan Muslim adalah Islam tidak pernah menghapuskan perhambaan. Saya pernah bertanya kepada kenalan yang terkejut dengan fakta ini selain daripada posting-posting di media sosial oleh kebanyakan Muslim yang kononnya Islam telah memansuhkan perhambaan. Mereka tidak tahu Islam tidak pernah memansuhkan perhambaan sehingga sekarang. Benar Islam menggalakkan pembebasan hamba tetapi tidak ada dalil yang mengutuk perhambaan secara terang. Menggalakkan pembebasan tidak sama dengan mengharamkan perhambaan.  Muhammad sendiri dan para sahabat beliau mempunyai ramai hamba yang juga mereka setubuhi sebagaimana hukum dalam Surah Al-Mu'minuun, ayat 5-8 dan Al-Maarif, ayat 30. Amalan perhambaan masih diamalkan di Arab Saudi, tempat yang dikatakan kelahiran agama Islam, sehingga pada tahun 1962. Itu pun selepas didesak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tunisia merupakan antara negara Arab Muslim pertama yang secara rasmi menghapuskan perham

Soalan tentang roh yang memalukan Muhammad

Imej
Masyarakat Quraisy di Mekah dicatat dalam buku sejarah telah menghantar wakilnya berjumpa dengan rabbi Yahudi di Yathrib (Madinah) untuk mendapatkan pandangan alim Yahudi tentang dakwaan Muhammad mengenai kenabian dan kerasulannya.  Rabbi atau ahli agama Yahudi di Yathrib, dihormati pada masa itu kerana pengetahuan mereka yang mendalam tentang teologi dan kitab Taurat, telah memberi cadangan kepada wakil masyarakat Quraisy ini iaitu An-Nadhr ibn Al-Harith dan Uqba ibn Abi Mu'ayt, untuk bertanyakan beberapa soalan kepada Muhammad.  Kedua-duanya An-Nadhr dan Uqba ialah musuh ketat Muhammad. An-Nadhr terutamanya sering ke bandar Al-Hirah (kini di Iraq) dan Farsi (sekarang Iran) dan selalu mendengar cerita-cerita rakyat masyarakat di sana. Dia mendakwa Muhammad menggunakan dan mengadaptasi cerita-cerita masyarakat di sana dan memasukkannya ke dalam Quran. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk membuktikan kenabian dan kerasulan Muhammad. Jika Muhammad dapat menjawabnya dia arif

Kekeliruan kata ganti Kami untuk Allah dalam Quran

Imej
Sejak kecil lagi saya tertanya-tanya kenapa kata ganti diri bagi Allah boleh berubah menggunakan kata jamak "kami" yang menunjukkan lebih daripada satu orang. Kalau dikatakan Allah itu esa dan satu, kenapa Allah ada ketikanya membahasakan dirinya dengan "kami" yang menunjukkan ramai atau jamak. Keagungan manusia, keagungan tuhan Justifikasi  yang diberikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah penggunaan kata ganti diri jamak "kami" menunjukkan tuhan itu ingin mengagungkan, membesarkan dan memuliakan dirinya.  Pejabat Mufti menerangkan: "Di sisi masyarakat Arab, seseorang itu apabila dia ingin membesarkan dan memuliakan dirinya, maka dia akan menggunakan kata ganti diri yang bersifat jamak (kata banyak). Justeru, seseorang itu tidak menyebut : ‘Buku ini telah saya tulis dalam tempoh sebulan’ sebaliknya dia menyebut: 'Kami telah menulis buku ini dalam tempoh sebulan’."  Masalah pertama bagi saya adalah contoh yang diberikan di atas ada

Kemangkatan Ratu Elizabeth II, ke mana kita selepas kita mati?

Imej
 Ratu Elizabeth II, dari UK, dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 September 2022 di kediaman diraja Balmoral Castle di Scotland. Beliau meninggal dunia pada usia 96 tahun ketika dalam pemerhatian doktor susulan kesihatan yang merosot. Dengan kematian beliau, satu pelan yang dinamakan "Operation London Bridge" dilaksanakan.  Pintu cahaya putih  Ke mana kita pergi selepas kita mati? Tentu bukan London Bridge :) Seorang ateis tidak percaya kehidupan selepas mati. Tapi misteri ini menarik difikirkan kerana terdapat teori yang jiwa dan roh manusia seperti tenaga tidak boleh dimusnahkan. Saya tidak mahu membincangkan tentang teori Islam tetapi melihat kepada satu teori menarik tentang Perangkap Jiwa ( Soul Trap ). Menurut teori Perangkap Jiwa ini, apabila kita mati, jiwa atau kesedaran ( consciousness ) kita meninggalkan jasad kita. Kita akan nampak pintu cahaya putih yang seolah-olah menjemput kita untuk masuk melaluinya.  Idea tentang pintu cahaya putih selepas mati