Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

Permainan sembunyi-sembunyi Tuhan

"Tuhan juga suka bermain sembunyi-sembunyi, tetapi kerana tiada apa-apa di luar Tuhan, dia tidak mempunyai sesiapa selain dirinya untuk bermain. Tetapi dia mengatasi kesukaran ini dengan berpura-pura bahawa dia bukan dirinya. Ini adalah cara dia bersembunyi daripada dirinya sendiri. Dia berpura-pura bahawa dia adalah anda dan saya dan semua orang di dunia, semua haiwan, semua tumbuhan, semua batu, dan semua bintang. Dengan cara ini dia mempunyai pengembaraan yang pelik dan indah, sesetengah daripadanya  mengerikan dan menakutkan. Tetapi ini seperti mimpi buruk, kerana apabila dia bangun, ia akan hilang. Lalu apabila Tuhan bermain sembunyi dan berpura-pura bahawa dia adalah anda dan saya, dia melakukannya dengan baik sehingga mengambil masa yang lama untuk mengingati di mana dan bagaimana dia menyembunyikan dirinya.  Tetapi itulah keseronokannya—seperti apa yang dia mahu lakukan. Dia tidak mahu menemui dirinya terlalu cepat, kerana itu akan merosakkan permainan.  Disebabkan itulah

Perlembagaan Tunisia gugur Islam

Imej
Mengikut laporan berita pada 26 Julai 2022, rakyat Tunisia memberi sokongan padu apabila 92.3% mengatakan ya kepada Perlembagaan baharu melalui satu referendum yang dibuat. Perlembagaan baharu Tunisia, antara lainnya, tidak mentakrifkan Tunisia sebagai sebuah Negara Islam. Pengguguran Islam dalam Perlembagaan negara itu merupakan satu detik bersejarah atau 'turning point' kepada negara Arab dengan penduduk lebih 11 juta itu. Tunisia merupakan negara awal Arab yang mencetuskan revolusi kebangkitan Arab "Arab Springs" yang membawa kepada kejatuhan beberapa rejim di negara-negara Arab lain seperti di Mesir, Yemen, dan Libya. Adakah perkembangan terbaru di Tunisia akan membawa kepada penolakan Islam dalam perlembagaan negara di negara-negara berpenduduk majoriti Islam di dunia? 98% rakyat Tunisia adalah Muslim. Malaysia pula tidak sampai pun 65% beragama Islam.  Perkembangan positif ini tentunya memberi Tunisia jalan untuk maju ke hadapan tanpa kekangan agama Islam selep

Peristiwa Gharaniq

Imej
Dalam tahun 1988, Muslim merusuh di seluruh dunia kerana sebuah buku kontroversi The Satanic Verses  (Ayat-Ayat Syaitan) karya Salman Rushdie. Aku ingat begitu marahnya Muslim sampaikan kepala dia ditawarkan berjuta-juta oleh Ayatollah Khomeini, pemimpin Iran pada masa itu. Tapi tahukah Muslim ini bahawa sebenarnya memang ada peristiwa yang ditulis oleh sejarawan Muslim seperti al-Waqidi, Ibn Saad, al-Tabari, dan Ibn Ishaq, serta pentafsir Quran dan pakar hadis seperti al-Tirmidhi dan dalam Sahih Bukhari bahawa memang pernah berlaku insiden yang Muhammad mengucapkan ayat-ayat Quran yang dikatakan hasil bisikan syaitan? Insiden ini dikenali sebagai peristiwa gharaniq.  Peristiwa atau insiden ini terjadi kerana dikatakan Muhammad terlalu inginkan agar golongan Quraish dan penduduk Mekah yang belum Muslim untuk masuk Islam. Sehingga beliau (Muhammad) menyebut dua ayat yang mengatakan berhala-berhala yang disembah kaum bukan Muslim di Mekah ketika itu iaitu Al-Latta, Al-Uzza dan Al-Manat a

Pilihan-pilihan hidup

Aku Pilih Hidup Ini  merupakan catatan kehidupan yang membincangkan mengapa aku memilih kehidupan ini. Sebagai manusia, kita sebenarnya mempunyai akal fikiran untuk membuat pilihan daripada sekecil-kecil perkara seperti apa kita hendak makan untuk sarapan sehinggalah kepada sebesar-besar perkara seperti kepercayaan kepada tuhan. Ada pilihan yang mudah dibuat dan ada yang sukar terutama apabila ia melibatkan orang lain dan persekitaran. Catatan di sini bukan bertujuan untuk mempengaruhi sesiapa untuk membuat pilihan mereka, tetapi lebih kepada kenapa aku sendiri membuat pilihan itu. Semua catatan adalah pandangan peribadi melainkan dinyatakan sebaliknya. --- Aku Pilih Hidup Ini  (I Choose This Life) is a life blog that discusses why I chose this life. As human beings, we actually have mind to make choices from the smallest things like what we want to eat for breakfast to the biggest things like belief in god. Some choices are easy to make and some are difficult especially when it involv