Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2023

Kisah aneh di sebalik hari raya korban dan kegilaan tuhan

Imej
Dalam masa seminggu iaitu Khamis 29 Jun ini semua rakyat Malaysia akan bercuti sempena hari raya korban atau haji. Selain membazirkan wang untuk melawat binaan sembahan orang Islam dan mencium batu hitam, hari raya korban juga terkenal dengan penyembelihan haiwan seperti lembu dan kambing. Saya rasa kita semua sudah tahu kisah aneh di sebalik sambutan hari raya korban ini dengan watak yang digelar Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya sendiri sebagai tanda ketaatan dan kepatuhan kepada Allah. Lukisan  The Sacrifice of Isaac oleh Caravaggio (1603). "Tolong jangan sembelih saya" agaknya itu yang dijerit oleh Isaac. Versi Bible and versi Islam Sedikit maklumat latar belakang kisah ini mengikut versi Bible dan versi Islam. Berikut adalah beberapa elemen penting dan perbezaan. Protagonis:   Versi Bible: Abraham  Versi Islam: Ibrahim  Mangsa (anak yang akan disembelih):  Versi Bible: Isaac  Versi Islam: Ismail  Apa yang diarahkan oleh tuhan:  Versi Bib

Kenapa saya tak takut kepada neraka jahanam Allah

Imej
Neraka yang dicipta Allah digambarkan dalam Quran sebagai tempat penyeksaan, penderitaan, dan pembakaran kepada mereka yang melakukan dosa, tidak taat dan tidak mempercayai ketuhanan Allah. Penghuni neraka juga terdiri kepada mereka yang menyekutukan Allah dengan makhluk lain. Penyeksaan di neraka digambarkan sangat panas dengan semuanya mendidih dan penghuninya yang menidakkan Allah akan berada di dalamnya "abadan abada" atau kekal selama-lamanya. Malah dalam bahasa Arab, neraka dipanggil Jahannam untuk menggambarkan ia sebagai tempat penyeksaan yang begitu panas dengan api yang menyala dan membara.  Dalam satu hadis Sahih Bukhari , dikatakan lebih 99 peratus manusia adalah penghuni neraka dan kebanyakan mereka adalah perempuan . Selain manusia, jin yang dibuat daripada angin api yang panas (Surah Al-Hijr 15:27) juga menjadi penghuni neraka. Di sini juga timbul kemusykilan, bagaimana agaknya jin yang dicipta daripada angin api boleh terseksa dengan api juga? Tapi perkara ini

Antara Allah dan Alien

Imej
Terkini beberapa media bukan perdana di Amerika Syarikat melaporkan seorang pembocor maklumat atau whistleblower bernama David Charles Grusch mendakwa kerajaan AS menyimpan kapal angkasa yang bukannya berasal daripada manusia. Dengan kata lain, kerajaan AS menyimpan kapal angkasa kepunyaan alien dan dikatakan telah melakukan reverse engineer untuk kegunaan ketenteraan. Grusch yang juga merupakan bekas pegawai perisikan ketenteraan berkata dia telah memaklumkan program rahsia kerajaan AS itu kepada Kongres. Boleh baca beritanya di sini , dan di bawah. Dalam UFO, alien dan masa depan agama , saya menggambarkan ulama Islam tidak bersedia untuk berhadapan dengan fenomena alien. Hujah paling kuat mereka adalah alien ini berkemungkinan jin. Berbanding Pope yang pada tahun 2014 berkata dia akan membaptiskan alien jika alien itu muncul di Vatican dan meminta untuk dibaptiskan. Di mana buktinya? Masyarakat masih skeptikal tentang kewujudan alien. Meskipun Grush mendakwa sudah memberikan bukti