Antara Allah dan Alien

Terkini beberapa media bukan perdana di Amerika Syarikat melaporkan seorang pembocor maklumat atau whistleblower bernama David Charles Grusch mendakwa kerajaan AS menyimpan kapal angkasa yang bukannya berasal daripada manusia. Dengan kata lain, kerajaan AS menyimpan kapal angkasa kepunyaan alien dan dikatakan telah melakukan reverse engineer untuk kegunaan ketenteraan. Grusch yang juga merupakan bekas pegawai perisikan ketenteraan berkata dia telah memaklumkan program rahsia kerajaan AS itu kepada Kongres. Boleh baca beritanya di sini, dan di bawah.


Dalam UFO, alien dan masa depan agama, saya menggambarkan ulama Islam tidak bersedia untuk berhadapan dengan fenomena alien. Hujah paling kuat mereka adalah alien ini berkemungkinan jin. Berbanding Pope yang pada tahun 2014 berkata dia akan membaptiskan alien jika alien itu muncul di Vatican dan meminta untuk dibaptiskan.

Di mana buktinya?

Masyarakat masih skeptikal tentang kewujudan alien. Meskipun Grush mendakwa sudah memberikan bukti dan maklumat kepada Kongres, selagi orang ramai tidak dapat melihat dengan mata mereka sendiri, cerita ini akan pudar seperti cerita 'belon China' yang ditembak oleh jet pejuang AS di ruang udara Amerika Utara.

Masalahnya, seperti yang dikatakan dalam laporan dan berita di atas dokumen dan maklumat ini adalah classified atau rahsia dan tiada siapa boleh melihatnya kecuali mendapat kebenaran daripada peringkat tertinggi dalam kerajaan. Sungguh pun mungkin ada sedikit rasa kemungkinan alien ini ada, tapi orang ramai memerlukan lebih banyak bukti seperti video jelas tentang kapal angkasa alien ini dan bentuk tubuh mereka.

Tapi bagaimana pula dengan kewujudan Allah? Bayangkan terdapat seorang pembocor maklumat bernama Muhammad bin Abdullah yang mendakwa menaiki binatang bersayap terbang ke angkasa bersama makhluk bersayap yang dipanggil malaikat. Dia kemudian mendakwa berjumpa dengan entiti yang dipanggil Allah di suatu tempat yang tinggi di langit. Anehnya, terdapat berbilion manusia yang percaya dengan cerita ini tanpa perlu meminta pembuktian yang jelas.

Bagaimana agaknya sekiranya Muhammad hidup pada zaman moden ini. Adakah orang ramai akan mempercayai dakwaannya menerima wahyu daripada Malaikat Jibrail di dalam gua? Sedangkan dia ketika itu seorang diri dan tiada siapa pada zaman itu pun yang dapat melihat Jibrail. Tentulah kalau Allah itu maha berkuasa boleh sahaja dia menampakkan benda ghaib seperti malaikat.

Ulasan

Catatan Popular Terpilih

Siri 3: Keindahan ateisme, penentuan sendiri tujuan hidup

Siri 2: Keindahan ateisme, memperakui kepelbagaian, hak manusia untuk berfikir

Masyarakat barat yang sentiasa ingin tahu