Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Muhammad

Kalaulah Nabi Muhammad hidup pada zaman selfie...

Imej
  Tidak habis-habis kontroversi dicetuskan oleh Islam dan pemikirannya yang ketinggalan zaman, terutama zaman moden dengan media sosialnya, dan seni visual dan budaya selfienya. Kali ini seorang pensyarah di Universiti Hamline, Minnesota, di Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatannya kerana memaparkan lukisan Nabi Muhammad di dalam satu kelas seni oleh pihak universiti. Pihak universiti membuat demikian selepas mendapat aduan daripada seorang pelajar Muslim yang menganggap tindakan pensyarah itu menghina Islam.  Pada 6 Oktober, pensyarah Erika López Prater yang mengajar sejarah seni dunia menunjukkan lukisan Nabi Muhammad yang dibuat pada abad ke-14 oleh wazir dan ahli sejarah Muslim terkenal pada masa itu Rashid-al-Din (1247-1318). Gambar itu menunjukkan Malaikat Jibril menyampaikan wahyu Quran pertama kepada Nabi Muhammad. Anda boleh melihat gambarnya di atas.  Malah sebelum menunjukkan lukisan tersebut, pensyarah seni itu telah memberi amaran bahawa, walaupun terdapat...

Selamat hari jadi, Muhammad!

Imej
 Tanggal Ahad ini 9 Oktober atau 12 Rabiul Awal merupakan Maulidur Rasul atau hari jadi Muhammad, pengasas agama Islam. Hari ini disambut oleh masyarakat Muslim secara besar-besaran dengan perarakan, selawat beramai-ramai, ceramah dan sebagainya. Hari jadi Muhammad ini disambut oleh kebanyakan negara Muslim dan majoriti Muslim kecuali di Arab Saudi dan Qatar. Di Malaysia ia dijadikan cuti umum.  Tiada sambutan hari jadi Muhammad semasa hidupnya juga pada zaman sahabat dan salaf tetapi menurut Majlis Agama Islam Selangor di sini , "masyarakat Islam semakin jauh... semakin jauh dari ilmu dan sirah yang menceritakan tentang kehidupan Rasulullah.. maka muncul para ilmuan Islam yang ingin memupuk rasa cinta kepada Rasulullah dengan meletakkan tarikh kelahiran baginda sebagai hari sambutan Maulidur Rasur." Pokoknya sambutan hari jadi ini kerana ingin memupuk kecintaan kepada Muhammad. Antara ulama Islam yang mengkritik sambutan hari jadi Muhammad sebagai bidaah adalah Ibn Taymiyah....

Soalan tentang roh yang memalukan Muhammad

Imej
Masyarakat Quraisy di Mekah dicatat dalam buku sejarah telah menghantar wakilnya berjumpa dengan rabbi Yahudi di Yathrib (Madinah) untuk mendapatkan pandangan alim Yahudi tentang dakwaan Muhammad mengenai kenabian dan kerasulannya.  Rabbi atau ahli agama Yahudi di Yathrib, dihormati pada masa itu kerana pengetahuan mereka yang mendalam tentang teologi dan kitab Taurat, telah memberi cadangan kepada wakil masyarakat Quraisy ini iaitu An-Nadhr ibn Al-Harith dan Uqba ibn Abi Mu'ayt, untuk bertanyakan beberapa soalan kepada Muhammad.  Kedua-duanya An-Nadhr dan Uqba ialah musuh ketat Muhammad. An-Nadhr terutamanya sering ke bandar Al-Hirah (kini di Iraq) dan Farsi (sekarang Iran) dan selalu mendengar cerita-cerita rakyat masyarakat di sana. Dia mendakwa Muhammad menggunakan dan mengadaptasi cerita-cerita masyarakat di sana dan memasukkannya ke dalam Quran. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk membuktikan kenabian dan kerasulan Muhammad. Jika Muhammad dapat menjawabnya dia ...